29 November 2011

Program Tindik Olahraga

Program Tindik Olahraga Acara Pecut Bersama Jurulatih
Akademi Serantau Zon Selatan En. Azmi Ibrahim


TARIKH: 25HB - 27HB NOV 2011
PLN : OLAHRAGA MUAR
TEMPAT: ASZS JOHOR BAHRU ,JOHO
R

PADA 25HB HINGGA 27HB NOV 2011 YANG LEPAS USPTN JOHOR TELAH MENGADAKAN SATU PROGRAM BINAAN IAITU SATU PROGRAM TINDIK OLAHRAGA ACARA PECUT BERSAMA JURULATIH ASZS EN. AZMI IBRAHIM.PROGRAM INI BERTUJUAN AGAR ATLET DAN JURULATIH DAPAT MENIMBA ILMU PENGATAHUAN DAN PENGALAMAN DARI JURULATIH YANG BERDEDIKASI DAN BEKAS ATLET NEGARA YANG BERPENGALAMAN.SEMOGA PROGRAM INI DAPAT MENAIKAN SEMANGAT ATLET UNTUK LEBIH BERJAYA.

TAKLIMAT DAN PENERANGAN JURULATIH EN. AZMI IBRAHIM
SEMASA PROGRAM TINDIK INI BERLANGSUNG ,NJAC/MSN JOHOR MENGADAKAN SATU PERTANDINGAN PESTA OLAHRAGA SIRI 3, PADA MASA YANG SAMA PLN OLAHRAGA MUAR TURUT MENYERTAI DAN BERJAYA MERAIH 1 EMAS ACARA 100M LB15 DAN 2 PERAK DALAM ACARA 100M WB15 & 200MWB15.

25 November 2011

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK PELAPIS NEGERI 2/2011

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK PELAPIS NEGERI 2/2011
VELEDROM RAKYAT IPOH,PERAK
21HB-25HB NOVEMBER 2011

Pada 21hb-25hb November 2011 .USPTN Johor telah menghantar pasukan berbasikal trek Pelapis Negeri Johor ke kejohanan ini.Kejohanan ini diketuai oleh JSM Firdaus Daod Kejohanan Ini masih lagi berlangsung dan dilampirkan sedikit gambar aksi aksi PLN Berbasikal Johor.Keputusan Penuh akan dikemaskini dalam masa terdekat.

18 November 2011

Pemantauan PLN Sepak Takraw SSTMI

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN PELAPIS
DI SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL
SUKAN SEPAK TAKRAW

TARIKH: 16HB NOV 2011
MASA : 3.00-7.00 PETANG
PLN : SEPAK TAKRAW SSTMI

Pada 16hb yang lepas pemantauan di PLN Sepak Takraw telah di buat di PLN SSTMI.Perbincangan mengenai prestasi atlet serta keperluan dan masalah yang dihadapai oleh PLN tersebut. Jurulatih menghadapi masalah dari segi kelengkapan latihan seperti kekurangan bola takraw. Selain itu perbincangan & perancangan Kem Pelapis Johor dan untuk ke Karnival Pelapis pada Disember akan datang telah dibuat .

Sesi Latihan


11 November 2011

Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Menembak fasa 2/2011


TARIKH : 10 NOVEMBER 2011
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK BATU PAHAT, JOHOR


Pada 10 November 2011, satu program TID Sukan Menembak 2011 telah diadakan bertempat di Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor. Seramai 57 orang pelajar menyertai program ini diiringi guru-guru sekolah masing-masing. Turut hadir En. Abdul Razak Bin Ali wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dan juga ibu bapa pelajar-pelajar bagi menyokong Program Pelapis Negeri Johor dalam mencungkil bakat-bakat baru dalam Sukan Menembak Negeri Johor.

Beberapa ujian dijalankan oleh Jurulatih-jurulatih iaitu En. Subari Ariffin, En. Mohd Nasir Ramli dan juga En. Saadon kepada para pelajar. Pada TID kali ini lebih fokus kepada ujian stimulator, pemahaman dan kecekapan mata. Jurulatih memaklumkan ujian-ujian yang dijalankan adalah sumber dari pengalaman bekas JLN - Nikolaev Victor sepanjang dalam Sukan Menembak. Walaupun, bilangan pelajar yang menyertai kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun saya berharap agar pelajar-pelajar yang terpilih lebih berkualiti. 

Ucapan terima kasih diberikan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dan ibu bapa yang sudi hadir serta menyokong program ini sepenuhnya. Dengan penglibatan sepenuhnya dari PPD Batu Pahat, diharap akan lebih terancang pelaksanaan Sukan Menembak di Negeri Johor. Sekian, terima kasih.