28 March 2012

PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL JOHOR


LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN: BERBASIKAL
TEMPAT: PLN BERBASIKAL TREK JOHOR
TARIKH:23HB MAC 2012
MASA: 4.00PM - 6.00PM
JURULATIH: MUHD FUAD BIN DAUD

JURULATIH: MUHD FIRDAUS BIN DAUD

KEHADIRAN: SERAMAI 6 ORANG ATLET TERLIBAT HADIR

LATIHAN: TIADA LATIHAN BERAT DIJALANKAN HANYA LIGHT ROAD CYCLE KERANA PADA KE-ESOKAN HARI KESEMUA ATLET AKAN TERLIBAT MENYERTAI COMPETITION ROAD DI KEDAH.

PERTANDINGAN: SERAMAI 10 ORANG ATLET DARI PLN JOHOR AKAN MENYERTAI KEJOHANAN ROAD DI KEDAH BERMULA 24HB SEHINGGA 28HB MAC 2012 INI.

ULASAN: KEDUA DUA JURULATIH PLN MENUNJUKAN KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN ,SAYA BERPENDAPAT PADA TAHUN INI MEREKA AKAN MELAHIRKAN LAGI JAGUH-JAGUH DAN PELUMBA YANG BERPOTENSI KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI.

PEMANTAUAN PLN OLAHRAGA JOHOR / MSSD MUAR


LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: OLAHRAGA
TEMPAT: PLN OLAHRAGA JOHOR,STADIUM MUAR
TARIKH:23HB MAC 2012
MASA: 3.00PM - 4.00PM
JURULATIH: TUAN HJ YUSOF BIN KHALID
JURULATIH: MD SHAH BIN MD NOH

KEHADIRAN: SERAMAI 13 ORANG ATLET TERLIBAT HADIR
LATIHAN: TIADA LATIHAN DIJALANKAN KERANA PADA HARI TERSEBUT STADIUM MUAR DIGUNAKAN UNTUK MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

PERTANDINGAN: SERAMAI 13 ORANG ATLET DARI PLN JOHOR YANG BERSEKOLAH DI MUAR SEMUA TERLIBAT DAN MENYERTAI KEJOHANAN MSSD INI.

ULASAN: KEDUA DUA JURULATIH PLN OLAHRAGA TERLIBAT MENGURUSKAN MSSD INI SEBAGAI PEGAWAI KEJOHANAN DAN PADA MASA YANG SAMA TURUT MENGHANTAR ATLET UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN INI.KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN YANG DITUNJUKKAN DIHARAP BERPANJANGAN DIUCAPKAN SYABAS.





26 March 2012

JAWATAN KOSONG GRED S27

 IKLAN JAWATAN KOSONG 
DI UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR

MAJLIS SUKAN NEGARA
(UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR)
IKLAN JAWATAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. (a)   JAWATAN                                         :           PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN

    (b)   BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN                             :           MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA  

    (c)   GRED                                                :           S 27

    (d)   KUMPULAN PERKHIDMATAN      :           SOKONGAN

    (e)   KLASIFIKASI PERKHIDMATAN     :           PERKHIDMATAN SOSIAL

    (f)   JADUAL GAJI                                     :           MENGIKUT SKIM S27

    (g)  TARAF JAWATAN                             :           KONTRAK


SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a)       warganegara Malaysia ;

(b)       berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)                 
i)             Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii)            diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 (d)       lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan).


CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Majlis Sukan Negeri Johor (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor) dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau menghantar satu sampul surat berukuran 10cm x 23cm bersetem dan alamat sendiri dengan mencatat ”MOHON BORANG MSNJ/USPTNJ” disudut sebelah kiri sampul surat tersebut.

Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil yag diperlukan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Salinan Sijil-Sijil yang perlu dihantar bersama Borang: -

1. Salinan Sijil Kelahiran
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Lesen Memandu Kenderaan
4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
5. Salinan Sijil SPM atau kelulusan setaraf
6. Salinan Sijil SPTM atau Diploma
7. Sekeping gambar berukuran PASPORT yang terbaru
(tidak dikembalikan)
8. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat dimana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2011 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

KETUA UNIT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR
MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
ARAS 1, STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS
JALAN DATO’ JAFFAR
80350, JOHOR BAHRU
JOHOR

TARIKH IKLAN       :           26 MAC 2012
TARIKH TUTUP     :           16 APRIL 2012

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut :-

(i)            Sijil Kelahiran
(ii)          Kad Pengenalan
(iii)         Sijil Berhenti Persekolahan
(iv)         Lain-lain Sijil Kelayakan / Surat Akuan berkaitan


CATITAN AM

(a)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c) Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.

      Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pentadbiran Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor di talian : 07-2265807 / 07-2279932 / 07-2279254

Sekian

22 March 2012

Wajah-Wajah Atlet Pelapis Serantau d' ASZS

Wajah-Wajah Atlet Pelapis Serantau D'
Akademi Serantau Zon Selatan

Tahniah kepada mereka yaTng masih kekal di dalam program dan tahniah juga kepada mereka yang baru di tawarkan memasuki program ini.

Kini atlet pelapis serantau yg berada di ASZS seramai 23 orang (kemaskini 20hb Mac 2012) dan 6 orang jurulatih.
sepenuhmasa. Mereka ini terdiri atlet dari pelbagai negeri seluruh Malaysia.

Sepanjang minggu ini 19hb Mac sehingga 24hb Mac 2012 para atlet dan jurulatih. ASZS telah menyertai Kem Atlet Pelapis Serantau di Rompin Pahang.

Berikut adalah wajah-wajah atlet pelapis serantau di ASZS

14 March 2012

PEMANTAUAN LATIHAN TERJUN

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: TERJUN

Tarikh: 13/03/2012
Masa: 4.00 - 7.00 PTG
Tempat: KOLAM RENANG MBJB LARKIN

Kehadiran: 

1. M. RAZIF RAZA B JONAB - JSM
2. Atlet - 5 lelaki, 5 wanita

LATIHAN
(Bentuk latihan yang sedang dijalankan semasa hari lawatan)

1. DRYLAND TRAINING
2. A,B,C, DIVE FOR GROUP B (straight,pike,tuck)
3. 1 METER DIVE 'A' POSITION FOR GROUP B
3. 1 METER DIVE WITH HARNESS FOR GROUP A (103A)


PERTANDINGAN

1. Seramai 2 orang atlet sedang menyertai pertandingan MSSM di Sabah bermula 11-17 Mac 2012. Iaitu adik Nur Annatasia dan Nur Amira Najiha.


ULASAN


1. Pada hari tersebut cuaca agak tidak mengizinkan untuk atlet menjalankan latihan kerana hujan guruh, namun jurulatih tetap menjalankan latihan bermula pada jam 4 dan berakhir pada jam 7 petang. Pada awal sesi atlet terpaksa menjalankan latihan di kawasan tempat duduk penonton yang berbumbung dan sejam kemudian hujan berhenti dan atlet dibenarkan untuk turun ke kolam seperti biasa.

2. SDO sempat berbincang dan memaklumkan kepada ibubapa yang ada berkenaan pertandingan yang akan disertai pada bulan April akan datang dan diminta untuk atlet supaya berlatih dengan lebih kerap dan tidak ponteng latihan.

3. SDO telah meminta jurulatih untuk memastikan prestasi atlet berada di tahap yang memuaskan untuk dipilih ke kejohanan akan datang kerana hanya atlet yang mempunyai pencapaian yang memuaskan sahaja yang akan di bawa ke pertandingan tersebut.

4. Jurulatih memaklumkan bahawa seorang atlet yang telah pergi ke MSSM di Sabah mempunyai masalah kesihatan semasa hari pertandingan, namun beliau tetap melakukan terjunan dan telah mendapat tempat ke 7 dari 9 peserta. Beliau adalah adik Nur Amira Najiha dan ini merupakan Pertandingan beliau untuk kali yang pertama.

5. Semasa pemantauan kali ini terdapat seorang bekas atlet terjun yang telah berminat untuk menyertai semula program terjun ini, beliau adalah bekas atlet Cik Agnes semasa tahun 2010. Pihak saya amat mengalukan agar atlet-atlet yang telah berhenti dari program ini untuk turut serta semula kerana mereka telah mempunyai beberapa basic terjunan dan   memudahkan jurulatih sedia ada untuk mengasah lagi bakat mereka.

6. Pada perhatian saya JSM yang sedia ada kini amat menunjukkan komitmen yang tinggi di mana beliau kerap menjalankan latihan sebanyak 5 kali seminggu dan latihan yang dijalankan juga hampir 3 jam sehari. Atlet juga kelihatan enjoy semasa menjalankan latihan dengan beliau dan beliau menjalinkan hubungan yang baik sesama atlet serta ibubapa. Pihak saya berharap agar komitmen yang ditunjukkan ini akan berterusan.


Sekian, Terima Kasih.




DRYLAND TRAINING
LOMPAT TANGGA

WALK PRACTICE

 TEKAN TANGAN


A, B C Position

PIKE

 301 DIVE WITH HARNESS

1 METER A (STRAIGHT)







RENTETAN KEJOHANAN OLAHRAGA PELAPIS NEGERI SIRKIT 1 ZON SELATAN 2012



TARIKH: 10HB MAC 2012
TEMPAT: STADIUM TAN SRI DATO HAJI HASSAN YUNUS JOHOR BAHRU, JOHOR

PIHAK PENTADBIRAN INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PETUGAS DAN SUKARELAWAN YANG TERLIBAT MENJAYA PERTANDINGAN OLAHRAGA SIRKIT PELAPIS ZON SELATAN PADA 10HB MARCH 2012 YANG LALU. TERIMA KASIH KEPADA MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR,PERSATUAN OLAHRAGA NEGERI JOHOR, NJAC , JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR KERANA BERBSAMA MEMBANTU MERIALISASIKAN PROGRAM INI, INSYALLAH KITA BERTEMU DI SIRKIT KE 2 PADA BULAN OKTOBER 2012 KELAK.


06 March 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA PELAPIS NEGERI SIRKIT 1 ZON SELATAN 2012


Dimakluman, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor akan menganjurkan Pertandingan Olahraga Sirkit Pelapis Zon Selatan 01/2012

Tarikh: 10hb March 2012
Tempat: Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Johor Bahru, Johor

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi kami USPTN Johor di talian 07-2265807, 07-2279932, 07-2279245.

02 March 2012

Pemantauan PLN Squash


TARIKH: 1/03/2012
MASA: 4.00PM - 6.00PM
TEMPAT: PLN SQUASH ,JOHOR (RJCC)

PERJUMPAAN & PEMANTAUAN PLN SQUASH TELEH DIBUAT DI JGCC BERTUJUAN UNTUK MEMBINCANGKAN TENTANG PERANCANGAN PROGRAM UNTUK TAHUN 2012.BANYAK IDEA & CADANGAN BAGI PERNAMBAHBAIKAN DIBINCANGKAN,& DIHARAP DAPAT DILAKSANAKAN PADA TAHUN INI.SEMASA PEMANTAUAN INI JUGA IBU BAPA TURUT HADIR BERSAMA-SAMA ANAK-ANAK MEREKA BERLATIH,SEMANGAT SAYA KAGUMI DAN DIUCAPKAN SYABAS.



SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
MR NIKOLAEV VICTOR 
JURULATIH LUAR NEGARA SUKAN MENEMBAK 
PUSAT LATIHAN PELAPIS NEGERI JOHOR

Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia kerana bersetuju untuk melantik Mr Nikolaev Victor (Jurulatih Luar Negara) dari Russia untuk ditempatkan di Pusat Latihan Pelapis Negeri Johor di Lapangsasar Menembak Negeri Johor, Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat.

Mr Nikolaev Victor merupakan bekas Jurulatih Luar Negara yang pernah berkhidmat di pusat latihan ini sejak tahun 2000 sehingga 2010 yang lalu. Kini beliau kembali semula dengan semangat untuk membantu Negeri Johor khususnya dan Am untuk Malaysia terus maju dalam sukan menembak ini.

Serba sedikit tentang diri beliau: -
Dilahirkan pada 1hb April 1942

Pencapaian beliau semasa atlet: -

Tahun 1980 : Mewakili Pasukan Utama (USSR)
Shooting prone small bore rifle on 50m – 600 points;
-         Shooting 3 positions small bore rifle on 50m – 1175 points;
-         Shooting 3 positions big bore rifle on 300m – 1157 points;
-         Shooting 3 positions big bore standard rifle on 300m – 572 points;
-         Shooting air rifle (40 shots) – 389 points;
-         Shooting free pistol on 50m – 550 points.

Mewakili Russi di "Championships of Europe" pada tahun 1975 dan 1977. Berjaya memenangi 8 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Majlis Sukan Negeri Johor dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor mengucapkan selamat datang kepada beliau.

 Gambar Terkini : MR NIKOLAEV VICTOR

Gambar pada tahun 1976
Gambar pada tahun 1976

Semoga dengan kehadiri beliau Pasukan Menembak Pelapis Negeri Johor dan SUKMA Johor akan terus maju dan melahirkan atlet menembak yang berwibawa.