31 October 2012

Penangguhan tarikh penganjuran Kejohanan Tenpin Bowling Sirkit RemajaJohor 2012 Peringkat Akhir

Penganjuran Kejohanan Tenpin Bowling Sirkit Remaja Johor 2012 Peringkat akhir yang dijadualkan pada 3 Nov 2012 Di Daiman Bowl Johor Bahru ditunda ke bulan Disember 2012. Tarikh Dan tempat akan dimaklumkan kepada semua tidak lama lagi.

Sebarang Pertanyaan lanjut sila hubungi En Zahari 016-7177961.

Pemantauan latihan Tenpin Bowling

Tarikh : 30 Okt 2012
Masa : 8.30 mlm
Tempat : PLN Danga City Mall
Jumlah atlet : 8 orang

Latihan
Foul Line one step
Push away drill
Timing & Step
Strike practice

Ulasan
Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana kerana kebanyakan atlet terlibat dengan exam sekolah. Atlet sedang dalam persediaan menyertai Pertandingan dalaman yang Alan diadakan pada 4 Nov 2012.





17 October 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA ZON SELATAN 2/2012

TARIKH: 14HB OKTOBER 2012
MASA: 8.00AM - 1.00PM
VANUE: SMK TUN HUSSEIN ONN, KLUANG, JOHOR
JURULATIH: TUAN HJ. YUSOF B. KHALID.
MD SHAH B. MD NOH

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor telah menyertai Kej. Olahraga PLN Zon Selatan 2/2012 bertempat di SMK Tun Hussein Onn Kluang Johor  pada 14hb September 2012 yang lepas. Kejohanan ini telah disertai oleh Pelapis Serantau,PLN dari Zon Selatan iaitu PLN Johor, PLN Negeri Sembilan dan PLN Melaka serta jemputan pasukan luar seperti SMK THO dan NJAC. Berikut adalah aksi para atlet Johor semasa hari kejohanan. 

   

  
  















16 October 2012

Pemantauan Latihan Harian Sukan Terjun



Tarikh : 8, 12 & 13 Oktober 2012
Masa Latihan : 3.30 -6.30 ptg/ 8.30-11.30 pg
Tempat : PLN Terjun Negeri Johor

Kehadiran :
1. Jurulatih : JLN Xu Ji / Pegawai ISN
2. Atlet : 7 Perampuan 6 Lelaki

Latihan
1. Drylan exercise
2. A,B,C Position tepi pool, 1 & 3 meter Springboard
3. Sirkit Training with ISN.

Peralatan
1. JLN meminta SDO untuk mendapatkan tali untuk beliau gunakan sebagai harness kerana beliau tidak yakin untuk menggunakan tali di harness yang sedia ada.

Program Binaan
1. Telah berbincang dengan JLN akan mengadakan TID di sekolah yang berhampiran PLN, sasaran untuk jalankan sebelum cuti sekolah dan disusuli dengan Klinik Pengenalan Terjun kepada pelajar yang terpilih.

Ulasan
1. Latihan Berjalan seperti biasa setiap hari. Atlet amat menunjukkan perkembangan yang positif ketika berlatih bersama JLN baru ini.
2. Setiap hari Jumaat atlet akan berlatih di bawah progam ISN sambil dipantau oleh JLN Xu Ji bagi meningkatkan tahap kecergasan mereka dan membantu jurulatih sedia ada meningkatkan prestasi atlet terjun tersebut.


Laporan oleh : Siti Radziah Abd Sahar





Program Khas di SM Sains Batu Pahat Sempena Program Mengenalpasti BakatSukan Menembak



Program Khas Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak di 
SM Sains Batu Pahat
Tarikh : 11 Oktober 2012
Masa : 2.30 - 4.30 ptg

Sebuah program khas telah dijalankan di SM Sains Batu Pahat bagi tujuan menjalinkan satu hubungan baik dengan pihak sekolah, di mana dengan mencari bakat-bakat baru di Sekolah tersebut dan malantik sekolah tersebut sebagai sekolah angkat bagi sukan Menembak di Batu Pahat.

Walaubagaimana pun, perkara tersebut masih diperingkat cadangan dan perlantikan secara rasmi sebagai Sekolah angkat bagi sukan Menembak Batu Pahat masih di dalam perbincangan. Pihak USPTN berharap agar dapat menempatkan atlet-atlet menembak yang terbaik dalam akademik dan sukan menembak di sekolah tersebut secara automatik dapat menaikkan nama sekolah tersebut sebagai sekolah angkat bagi sukan Menembak Negeri Johor.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana membenarkan pihak kami untuk membuat program tersebut serta memberi kerjasama yang amat tinggi semasa program dijalankan.
Pihak kami telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak Fasa 1 di 11 sekolah termasuk SM Sains Batu Pahat dan susulan program Fasa ke 2 akan diadakan pada 24 Oktober 2012 bertempat di Lapangsasar Menembak Tg Labuh dan dijangka penglibatan pelajar dan guru adalah seramai 100 orang. Program Fasa ke2 ini juga disertakan dengan Klinik Pengenalan Sukan Menembak bagi tujuan memperkenalkan Sukan tersebut kepada para pelajar yang baru mula berjinak-jinak dengan sukan menembak. 

Gambar sepanjang program tersebut dijalankan:-


Perjumpaan Bersama Pengetua Sekolah Tersebut sebelum Program dijalankan.

 Guru yang bertanggungjawab membantu menjalankan program tersebut. ( En Zainuddin)

 Ucapan aluan dari Ketua Unit Pelapis Johor

 Atlet berjalankan ke arah jurulatih untuk sesi pemilihan.


 PPN Radziah membantu pelajar untuk mengisi borang yang diberi.

 JSM Menembak Johor turut membantu (En Nasir Ramli)








Sedikit penerangan dari JPM En Subari serta pembentangan gambar-gambar berkaitan sukan menembak.

05 October 2012

Pemantauan Latihan Menembak

Tarikh: 4 Oktober 2012
Masa: 3.00 ptg
Atlet : 3 orang (sesi petang)
Jurulatih: Nikaloeve Victor & En Subari


Program Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak

Pada 26 September hingga 4 Oktober 2012 yang lalu, Pelapis Johor telah berjaya menjalankan Program Mengenalpasti Bakat Sukan Menembak di sekolah-sekolah sekitar Batu Pahat. Sebanyak 10 buah sekolah yang telah terlibat untuk program tersebut. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari bakat baru untuk diserapkan ke dalam Program Pelapis Johor di dalam sukan Menembak dan fokus kami adalah untuk pelajar yang berada di tahun 6 sahaja iaitu yang akan melangkah ke Tingkatan 1 pada tahun 2013. Program tersebut telah dijalankan selama 5 hari dari 26 Septermber dan tamat pada 4 Oktober yang lalu, manakala untuk Sesi pemilihan Fasa ke-2 dijangkan akan diadakan pada 17 Oktober 2012 akan datang, di mana pelajar-pelajar yang terpilih diminta untuk datang ke lapangsasar Menembak bersama guru pengiring ataupun ibubapa mereka. Seramai 76 pelajar yang berjaya dipilih dari fasa pertama dan pelajar tersebut hendaklah melalui pemilihan fasa ke-2 pula bagi melayakkan mereka diserap menjalani Program Latihan Pelapis Johor.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah kerana telah memberi kerjasama yang tinggi sepanjang program tersebut dijalankan tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada pihak Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana membenarkan pihak Pegawai & Jurulatih kami menjalankan program tersebut di sekolah-sekolah. Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang terlibat serta sedikit gambar semasa program dijalankan.

Sekolah-sekolah terlibat:-

BIL
SEKOLAH
TARIKH
1.
SK KORIS
26 Sept 2012
2.
SK BANANG JAYA
3.
SK BUKIT SOGA
4.
SK CONVENT
28 Sept 2012
5.
SK TENGKU MARIAM
6.
SK LIM POON 1
3 Oktober 2012
7.
SK LIM POON 2/SRI PUTERI
8.
SK TEMENGGONG IBRAHIM
4 Oktober 2012
9.
SK BANDAR
10.
SK MONFORT
Tunda ke         
 10 Oktober 2012
11.
SMK SAINS BP



SK TENGKU MARIAM


SK KORIS


SK TENGKU MARIAM & SK SRI PUTRI


SK KORIS


SK BANDAR


SK BUKIT SOGA & SK CONVENT

03 October 2012

KLINIK MEMANAH SEGAMAT 2012


SUKAN : MEMANAH

TEMPAT : KLINIK SEGAMAT 2012

TARIKH : 27 SEPTEMBER

PADA 27 SEPTEMBER , USPTN JOHOR DAN PPD SEGAMAT TELAH BERSAMA MENGANJURKAN KLINIK MEMANAH SEGAMAT 2012 BERTEMPAT DI SMK PADUKA TUAN,SEGAMAT JOHOR.DIANGGARKAN SERAMAI 50 ORANG MURID DAN 5 CIKGU TERLIBAT DI DALAM PROGRAM INI

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT DENGAN KERJASAMA UNIT SUKAN PRESTASI NEGARA MENGAMBIL INISIATIF MENGADAKAN KLINIK MEMANAH UNTUK MEMBANTU MEMBERIKAN ILMU DAN KEMAHIRAN KEPADA PARA ATLET MEMANAH YANG TERPILIH DI SELURUH DAERAH SEGAMAT

SELAIN ITU,TUJUAN UTAMA KLINIK INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MEMPERKENALKAN SERTA MENGEMBANGKAN SUKAN MEMANAH DALAM KALANGAN PELAJAR DAN GURU DI DAERAH SEGAMAT.MEMBERIKAN PENDEDAHAN SUKAN MEMANAH DARI ASPEK KEMAHIRAN ASA,PENGURUSAN TEKNIKAL,UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG BERKAITAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DAN SYABAS KEPADA EN AZLAN SELAKU JURULATIH DI PLN SMK PADUKA TUAN YANG BANYAK MEMBERI KERJASAMA DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI

BERIKUT ADALAH RENTETAN PERISTIWA SEMASA KLINIK BERLANGSUNG



FASILITATOR IAITU JURULATIH EN HALIM DARI SSTMI 


MENEKAN BASIC SKILL KEPADA ATLET


HADIRI YANG TERDIRI DARIPADA PESERTA,GURU DAN PEGAWAI DARI PPD SEGAMAT


BASIC SKILL YANG DITEKANKAN EN HALIM IALAH BOW LINE


PENGETUA DAN PEGAWAI PPD SEGAMAT YANG MENYERTAI PROGRAM INI

01 October 2012

Laporan Hari Ketiga - Kejohanan Berbasikal Trek Sportexcel 1/2012


Sukan :Berbasikal Trek
PLN :Berbasikal Muar,Negeri Johor
Tarikh :28-30 September 2012
Vanue :Veledrom Cheras,Kuala Lumpur
JSM :En.Fuad Bin Daud
Cik Norbaizura Bt Noorali

Berikut adalah keputusan dan aksi para atlet Johor pada hari ketiga kejohanan.

1. 4km Team Persuit L18 - Gangsa (5:21.266)


Muhammad Faruq b. Dawod
Mohd Izzat Hilmi b. Abd Halil
Khairi b. Amin
Muhammad Amir Aizuddin b. Azhar

2. Team Sprint L16 - Perak (1:13.703)


Ahmad Muazzam Iman b. Mustaffa
Muhammad Amirul b. Amran Johor
Muhammad Hishamudin b. Jaafar

3. 3km Team Persuit 16 - Emas


Ahmad Muazzam Iman b. Mustaffa
Muhammad Amirul b. Amran
Muhammad Hishamudin b. Jaafar
Mohamad Abdul Hafiz b. Khalib

4. 6km Point Race


Ahmad Muazzam Iman b. Mustaffa  - Perak
Muhammad Amirul b. Amran - Gangsa