26 January 2011

PERHIMPUNAN ATLET ASZS 2011

PERHIMPUNAN ATLET
AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN (ASZS)

Tarikh : 23 Januari 2011
Masa : Jam 3.30 petang
Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan

Akademi Serantau Zon Selatan, Johor Bahru; Terima kasih kepada pentadbiran Akademi Serantau Zon Selatan diatas usaha mengadakan perhimpunan atlet dan jurulatih ASZS pada tarikh tersebut. Perhimpunan Atlet ASZS kali ini telah dihadir semua atlet dan jurulatih ASZS dari sukan memanah, olahraga, tinju dan angkat berat serta kehadiran Ketua Unit Pelapsi Serantau Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia (KUPS) En. Mohd Nor Izuwan Hj Mohd Ariffin dan Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor (KUN Johor) En. Hafiszal Bin Tukemin. Walaupun kehadiran KUPS ke perhimpunan ini tidak rasmi, namun ianya cukup mengembirankan para penghuni ASZS kerana banyak perkara yang dapat dijelaskan dan diselesaikan. 

Di dalam amanat KUPS telah meminta agar perhimpunan seumpama ini dapat dilaksana secara bulanan agar sebarang perkara dapat diutarakan dan diselesaikan segera. Penekanan dispilin dan pencapaian latihan serta pertandingan juga diberi perhatian oleh KUPS kepada semua atlet ASZS agar sentiasa meningkatkan prestasi dari masa ke semasa.

Pihak ASZS sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian KUPS menghadiri perhimpunan ini. Berikut beberapa gambar berkaitan perhimpunan atlet ASZS tersebut.







25 January 2011

PEMANTAUAN KUN

TAKLIMAT SESI PEMILIHAN
ATLET PELAPIS NEGERI JOHOR 
SUKAN BADMINTON

TARIKH : 20HINGGA 23 JANUARI 2011
TEMPAT : DEWAN BADMINTON PERSATUAN BADMINTON NEGERI JOHOR

Pada 20 Jan 2011, Unit Sukan Prestasi Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor, Persatuan Badminton Negeri Johor dan Kelab-Kelab Sukan Badminton Negeri Johor telah mengadakan sesi pemilihan atlet program pelapis negeri Johor bagi sukan badminton mulai 20 hingga 23 Jan 2011 bertempat di Dewan Badminton Persatuan Badminton Negeri Johor, Larkin Johor.
 
Sesi pemilihan pada kali ini telah dihadir 91 peserta lelaki dan 30 peserta wanita dari seluruh negeri Johor melibatkan peringkat umur 12 tahun ke bawah, 14 tahun ke bawah, 16 tahun ke bawah dan 18 tahun ke bawah. Sesi pemilihan telah dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor, Setiausaha Persatuan Badminton Negeri Johor, Ketua Jurulatih Badminton USPTN Johor, wakil pegawai Pusat Satelit Sukan ISN dan Pegawai Pembangunan Sukan (Sukan Badminton) En Zahari Zahar Bin Yusof.

Sesi pemilihan telah dimulai dengan sesi ujian kecergasan yang dijalankan oleh pihak Pusat Satelit Johor ISN bagi mengukur tahap kecergasan para atlet badminton yang hadir. Sesi pemilihan telah dilaksanakan secara pertandingan yang akan di nilai oleh panel-panel jurulatih. Berikut adalah gambar-gambar sesi taklimat tersebut.









18 January 2011

Sepanjang Program Evaluation dan Pemilihan Atlet Tenpin Bowling Pelapis Negeri 2011

Sepanjang Program Evaluation dan Pemilihan
Atlet Tenpin Bowling Pelapis Negeri 2011

Pada
11.01.2011 yang lalu telah berlangsungnya Program Evaluation dan Pemilihan Atlet Tenpin Bowling Pelapis Negeri 2011 bertempat di Dynamic Bowl, Danga City Mall JB. Seramai 52 orang atlet lelaki dan 33 orang atlet perempuan yang telah terlibat. Para-para panel semasa evaluation ialah En Azidi Amran dan Mr George Tan dari Malaysian Tenpin Bowling Congres. Program tersebut telah bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang kemudiannya. Program telah berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Turut disertakan beberapa keping gambar sesama program dijalankan.
Sekian.



Para atlet yang terlibat sudah tidak sabar untuk di evaluate..


Pegawai2/jurulatih dan Panel2 yang terlibat

BULETIN PELAPIS JOHOR BAGI TAHUN 2010

Pada tahun 2010 yang lalu, pelbagai Program  dan Kejohanan yang telah diadakan dan disertai oleh Pelapis Johor. Banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran yang telah diambil oleh setiap yang terlibat termasuklah pegawai, jurulatih dan atlet. Program-program tersebut telah pun pihak kami jadikan di dalam bentuk buletin agar dapat dijadikan rujukan disamping dapat mempromosikan kepada seluruh peminat sukan di Malaysia dan luar negara. Berikut adalah buletin-buletin yang disediakan untuk dimuaturun:-


  1. Buletin Pelapis Johor- (April-Jun 2010) 
  2. Buletin Pelapis Johor- (Julai-Sept 2010)
  3. Buletin Pelapis Johor - (Okt-Dis 2010) 

 BULETIN OKT-DIS 2010







10 January 2011

Program Evaluatioan dan Pemilihan Atlet Pelapis Negeri 2011

Dimaklumkan bahawa, MTBC melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Sukan Tenpin Bowling Johor akan mengadakan Program Penilaian dan Pemilihan Atlet Tenpin Bowling Program Pelapis Negeri Johor (USPTN) / National Evaluation sepertimana ketentuan berikut :

Tarikh : 11.01.2011
Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dynamic Bowl, Danga City Mall JB
Masa Pendaftran : 1.00 - 1.30 petang
Yuran penyertaan : RM 15 seorang
Kelayakan : 18 tahun ke bawah ( lahir pada tahun 1993 dan ke atas)

Maklumat lanjut sila hubungi en. Zahari diitalian 016-7177961

05 January 2011

MESYUARAT UNIT (USPTN) BERSAMA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR

MESYUARAT UNIT 01/2011

PENGERUSI : PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
TUAN HJ ISMAIL B. HJ ABDUL RAHMAN
KEHADIRAN : SEMUA STAFF USPTN/ASZS

TEMPAT: BILIK MESYUARAT ASZS
TARIKH : 5 JANUARI 2011


Tirai 2011 kali ini telah dimulakan dengan diadakan satu Mesyuarat Unit USPTN yang telah dipengerusikan oleh Pengarah MSNJ untuk kali pertamanya. Mesyuarat yang singkat ini telah diisi dengan pembentangan daripada Ketua Unit USPTN Johor (En Hafiszal B Tukemin) tentang Pentadbiran USPTN, K.P.I, Pusat-pusat Latihan Negeri (PLN), bilangan atlet dan jurulatih serta beberapa perkara berbangkit. Diharap dengan mesyuarat kali ini Pengarah MSNJ akan lebih jelas dengan objektif dan struktur pentadbiran USPTN.

Kami dari USPTN Johor amat berterima kasih kepada Pengarah dan semua staff MSNJ di atas kerjasama dan sokongan kepada program Pelapis Negeri di negeri Johor. Kami juga amat berbangga kerana mempunyai seorang Pengarah yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi untuk membangunkan sukan di negeri Johor ke peringkat yang tertinggi. Semoga kerjasama di antara USPTN dan MSNJ ini akan dapat terus dikekalkan.






Terima Kasih Diucapkan Kepada Pengarah MSNJ kerana sudi hadir.

03 January 2011

GRAND PRIX FINAL SIRKIT BOWLING REMAJA JOHOR

KEPUTUSAN RASMI GP FINAL
SIRKIT BOWLING REMAJA JOHOR


Pada 5 November 2010 yang lalu telah berlangsungnya GP Final Sirkit Bowling Remaja Johor 2010 di Daiman Bowl. Seramai 66 atlet dari seluruh negeri Johor telah layak ke Pusingan tersebut. Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:-

  1. Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun
  2. Perseorangan Wanita Bawah 12 Tahun
  3. Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahun
  4. Perseorangan Wanita Bawah 15 Tahun
  5. Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun
  6. Perseorangan Wanita Bawah 18 Tahun
Untuk memuaturun Keputusan Rasmi GP Final Tersebut sila click di bawah:-
(KEPUTUSAN RASMI GP FINAL)

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya rakan-rakan USPTN serta MSNJ kerna turut membantu menjayakan Kejohanan tersebut. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada En Mohd Zahar B Zakaria (Penolong Pengarah MSNJ) kerana turut hadir untuk upacara penyampaian hadiah. Akhir sekali diucapkan Sekalung Tahniah kepada semua atlet yang bertanding tidak kira yang telah berjaya ataupun tidak. Semoga Kejohanan ini akan dapat dikekalkan pada tahun-tahun hadapan bagi memastikan Negeri Johor bakal melahirkan lebihramai Pemain Boling negara seperti adik Aiman dan lain-lain.













KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 ANJURAN MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1
ANJURAN MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR


Majlis Sukan Negeri Johor akan mengadakan Kursus Sains Sukan Tahap I pada 21-25 Febuari 2011. Berikut adalah butiran lanjut berkenaan Kursus tersebut:-

Tarikh : 21-25 Febuari 2011 (5 hari)
Hari: Isnin- Khamis
Yuran : RM 100.00 (Dibayar semasa hari pertama pendaftaran)
Tarikh Tutup: Jumaat/7 Febuari 2011
(Borang ataupun nama peserta perlulah dihantar sebelum tarikh disebut)


Borang Penyertaan : MUATURUN CLICK DI SINI


Sebarang maklumat lanjut bolehlah terus menghubungi Puan Hafizah@Eja (0197502090) ataupun Cik Radziah (012-2456853/012-7206504)