Showing posts with label SUKAN SILAT. Show all posts
Showing posts with label SUKAN SILAT. Show all posts

27 December 2010

Program Penutup Tahun 2010

Uji Tanding
Pelapis Negeri Johor vs Perguruan Sendeng Belalang Singapura

Tarikh: 25 Disember 2010

Tempat : Dewan Terbuka, Akademi Serantau Zon Selatan

Pada 25 Disember yang lalu, satu uji tanding Silat Olahraga antara Pelapis Negeri Johor dengan Perguruan Sendeng Belalang dari Singapura telah diadakan. Uji tanding ini dilaksanakan atas permintaan dari Perguruan Sendeng Belalang, dan segala kos program telah dibiayai sepenuhnya oleh Perguruan tersebut.

Uji tanding ini merupakan program pertama yang melibatkan pasukan Pelapis Negeri Johor dengan Perguruan Sendeng Belalang. Uji tanding ini bermula pada jam 12:00 tengah hari dan berakhir pada jam 6:00 petang.

Pada test match ini, sebanyak 23 perlawanan telah diatur yang melibat 5 kategori remaja dan selebihnya merupakan perlawanan kategori dewasa. Walaubagaimana pun, pasukan Pelapis Negeri Johor telah mengambil peluang ini untuk mempertaruhkan pesilat-pesilat remaja agar bertanding dengan pesilat dewasa dari Perguruan Sendeng Belalang. Program uji tanding pada kali ini telah memberi pengalaman baru kepada pesilat-pesilat remaja apabila berpeluang untuk beradu kekuatan dengan pesilat yang lebih senior. Walaupun sebahagian mereka kalah, namun mutu permainan yang ditunjukkan amat memberangsangkan.

Pasukan Pencak Silat Pelapis Negeri Johor nampaknya telah dijadikan sebagai pilihan utama pasukan-pasukan dari Singapura untuk mengadakan test match. Selain Perguruan Sendeng Belalang, antara pasukan lain yang kerap mengadakan test match dengan Pelapis Negeri Johor adalah Grasio Association Singapore dan juga Singapore Sport School. Dijangkakan pada tahun 2011, lebih banyak pasukan dari Singapura yang akan mengadakan test match dengan Pelapis Negeri Johor. Suatu fenomena yang dilihat sebagai pemangkin kepada kemajuan prestasi atlet-atlet Pelapis Negeri Johor.

Diharapkan hubungan silaturahim antara pasukan Pelapis Negeri Johor dengan pasukan-pasukan dari Singapura akan lebih rapat dan saling memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha memajukan sukan pencak silat dan dapat melahirkan pesilat-pesilat yang berkualiti tinggi.



Menyambut kehadiran tetamu dari Singapura


Sesi warm up bersama-sama


Atlet senior Pelapis (merah) vs Atlet senior PSB Singapura


Barisan teknikal pertandingan dari Singapura dan Pesaka Johor Bahru


Cenderahati tanda kenangan dari Pelapis Negeri Johor


..

30 November 2010

Kejohanan Silat Olahraga Pra Remaja Piala Dato' Shahril

Kejohanan Silat Olahraga Tertutup dan Jemputan
Daerah Johor Bahru 2010

Piala Dato' Shahril
24 November hingga 28 November 2010
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor


Pada 24 November hingga 28 November yang lalu, atlet-atlet silat olahraga Pelapis Negeri Johor telah menyertai Kejohanan Silat Olahraga Tertutup dan Jemputan Daerah Johor Bahru 2010. Kejohanan yang dianjurkan oleh Pesaka daerah Johor Bahru dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor, Pejabat Daerah Johor Bahru, dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor ini telah disertai oleh seramai 141 orang pesilat pra remaja (12 hingga 15 tahun) dari pelbagai persatuan di sekitar daerah Johor Bahru dan Singapura.

Antara perguruan yang menyertai kejohanan ini adalah Persatuan Seni Silat Pahlawan (2 pasukan), Persatuan Seni Silat Hulubalang (1 pasukan), Persatuan Seni Silat Kerawangan Pradin Chemandir (5 pasukan), Persatuan Seni Silat Abjad (A) Malaysia (2 pasukan), Persatuan Seni Silat Sendeng Hang Tuah (2 pasukan), Persatuan Silat Seni Golok Negeri Johor (2 pasukan), dan juga pasukan jemputan dari Singapura, Singapore Silat Federation (2 pasukan).

Kejohanan yang berlangsung selama 5 hari ini menyaksikan Singapore Silat Federation telah berjaya merangkul Piala Pusingan Dato' Shahril dan Piala Johan Keseluruhan dengan kutipan pingat sebanyak 12 emas, 3 perak, dan 2 gangsa. Manakala atlet-atlet Pelapis Johor yang mewakili Persatuan Silat Seni Golok Negeri Johor berada di belakang Singapore Silat Federation dengan kutipan pingat sebanyak 7 emas, 6 perak, dan 6 gangsa. Tempat ketiga keseluruhan disandang oleh Persatuan Seni Silat Pahlawan dengan kutipan pingat sebanyak 3 emas, 2 perak, dan 1 gangsa.

Dua orang atlet Pelapis Negeri Johor, Razali Shakir bin Rahmat (13 tahun) telah dipilih sebagai Pesilat Terbaik Putera dan Maizal Aizat bin Mansur (13 tahun) telah dipilih sebagai Pesilat Harapan Putera pada kejohanan ini.

Majlis penutup kejohanan diserikan dengan pertandingan khas kategori semi pra remaja yang menemukan 3 orang atlet Pelapis Negeri Johor, iaitu Mohd Solihin Abdul Aziz (10 tahun), Maizal Mazli Mansur (9 tahun), dan Mohd Pindy Ahmat (10 tahun) dengan 3 orang pesilat semi pra remaja dari Persatuan Seni Silat Sendeng Hang Tuah dari daerah Kulai Jaya. Pegawai Khas YB Dato' Shahril telah menyempurnakan majlis penutupan kejohanan.


Pesilat Terbaik Kejohanan: Razali Shakir


Pesilat Harapan Putera: Maizal Aizat


Pesilat Semi Pra Pelapis Johor: Mohd Solihin, Mohd Pindy, Maizal Mazli


Pesilat Pra Remaja Pelapis Negeri Johor



..

05 October 2010

Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2010

Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa 
Piala Timbalan Perdana Menteri 2010
28 September hingga 3 Oktober 2010

IOI Mall KulaiJaya, Johor

Pada kejohanan ini, pasukan Pencak Silat Pelapis Negeri Johor telah menghantar seramai 23 orang atlet ( 12 lelaki dan 11 wanita) dan 4 pegawai ( 3 lelaki dan 1 wanita).

Acara yang disertai oleh pasukan Pencak Silat Pelapis Johor ialah acara Tanding (Olahraga) Putera dan Puteri, Tunggal Putera dan Puteri, dan juga Regu Putera dan Puteri.

Pasukan Pencak Silat Pelapis Johor telah berjaya mengumpulkan 4 pingat emas, iaitu:
  • Hariadi Hotdri (Tunggal Putera)
  • Wan Nur Shamimi (Tanding Puteri kelas C)
  • Nur Fatin Natasha (Tanding Puteri kelas G)
  • Haerul Anuar Hamid (Tanding Putera kelas J)
Manakala 8 pingat perak dimenangi oleh:
  • Maizal Hafizi (Tanding Putera kelas B)
  • Azim Affendi (Tanding Putera kelas C)
  • Mohd Zulfakar (Tanding Putera kelasD)
  • Fahzryien Jaafar (Tanding Putera kelas G)
  • Hishamudin Omar (Tanding Putera kelas I)
  • Siti Farah Aian Fatiha (Tanding Puteri kelas D)
  • Mohd Adib Fikri, Lois Wirsa, Mohd Adib Jamal (Regu Putera)
  • Nur Anis Syahidah, Hurun Ain, Noor Hidayah (Regu Puteri)
Dan 3 gangsa dimenangi oleh:
  • Nur Afeeda (Tanding Puteri kelas E)
  • Siti Hajar (Tanding puteri kelas F)
  • Siti Norasyikin (Tunggal Puteri)
Secara keseluruhan, Pelapis Johor telah menduduki tempat kedua di belakang pasukan Singapura. Haerul Anuar Hamid, pesilat Putera kelas J juga telah dipilih sebagai Pesilat Terbaik kategori Remaja dalam kejohanan tersebut.

Di kesempatan ini, saya selaku SDO cum Pengurus Pasukan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi sokongan, terutamanya pihak Majlis Sukan Negara kerana memberikan kelulusan permohonan penyertaan kejohanan dan juga pembantu-pembantu jurulatih yang banyak memainkan peranan dalam mengendalikan latihan dan memberi tunjuk ajar kepada atlet-atlet Pelapis Johor, dan juga menyumbangkan bantuan wang ringgit memandangkan Pesaka Johor langsung tidak membantu walaupun hal ini telah dimaklumkan lebih awal.

01 June 2010

Pemantauan Sukan Pencak Silat dan Angkat Berat

Tarikh : 28 Mei 2010
Tempat : PLN Pencak Silat, Blok K, Taman Molek, Johor Bahru

Pemantauan bulanan yang telah dilakukan oleh SDO ke PLN Pencak Silat mendapati kehadiran atlet adalah amat memuaskan walaupun masih terdapat segelintir atlet yang masih belum habis peperiksaan di sekolah . Malah, pada hari pemantauan, didapati atlet-atlet Pelapis yang akan mewakili Negeri Johor ke SUKMA juga turut menjalani latihan tambahan di PLN Taman Molek.

JSM memaklumkan latihan dijalankan seperti biasa memandangkan tiada sebarang kejohanan mahupun uji tanding dalam masa terdekat ini.

Latihan yang dijalankan bermula pada jam 9:00 malam tamat pada jam 11:45 malam


Latihan Bebanan


Tunjuk ajar daripada Jurulatih


Taklimat ringkas sebelum beransur pulang



*****************************************************************************

Tarikh : 30 Mei 2010
Tempat : PLN Angkat Berat, Felda Pemanis 1, Segamat

Pemantauan pada kali ini adalah bertujuan untuk mengadakan perjumpaan dengan atlet dan juga melaksanakan Ujian Angkatan Bulanan. Namun, kehadiran atlet adalah amat mendukacitakan kerana hanya 6 orang atlet sahaja yang hadir, manakala yang lain tidak hadir tanpa sebab.

Selain itu, JSM juga memaklumkan kepada SDO berkenaan status di Felda Pemanis yang dilabelkan sebagai kawasan bahaya kerana sedang diserang penyakit malaria yang mana telah berlaku 1 kematian di kawasan tersebut.

Hal-hal lain yang dibangkitkan oleh JSM adalah mengenai peralatan latihan seperti platform yang semakin rosak, dan juga blok untuk back-squat. Walaubagaimana pun, SDO telah memaklumkan bahawa peralatan tersebut akan diberikan secepat mungkin (ketika entri ini ditulis, papan platform yang digunakan semasa Pertandingan Angkat Berat Inter-Zon Selatan 2010 dan juga blok back-squat milik Majlis Sukan Negara di gym Angkat Berat Negeri Johor sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke Felda Pemanis 1).




Kecil-kecil cili padi


Ganas!


Back-squat


Platform pecah


..

29 March 2010

Laporan 3 Dalam 1

Kejohanan Pencak Silat Tertutup dan Jemputan Remaja Johor 2010
Tarikh: 15 Mac - 18 Mac 2010
Tempat: Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor

Kejohanan yang dilangsungkan di Ruang Concourse Plaza Angsana Johor Bahru ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 236 orang pesilat dari pelbagai daerah, perguruan, dan kelab di seluruh Negeri Johor dan pasukan jemputan dari Singapura.

Kategori yang dipertandingkan bagi silat olahraga adalah kelas A sehingga L untuk kategori Putera, manakala bagi kategori Puteri pula dari kelas A sehingga I. Bagi acara seni pula, kategori yang dipertandingkan adalah Solo Bebas, Solo Baku, Ganda, dan Regu.

Kejohanan ini berjaya dilangsungkan dengan sukses hasil kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Johor, Pesaka Daerah Johor Bahru, PERSISI Singapura, Plaza Angsana (UDA Holdings), dan juga Majlis Sukan Negara Malaysia.

Dalam kejohanan ini, juara keseluruhan adalah pasukan Grasio Singapura, di tempat kedua Pelapis Johor, dan pasukan Gemilang 2012 di tempat ketiga.

Diharapkan kejohanan ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang memandangkan banyak pihak memberikan respons yang sangat menggalakkan, termasuk dari pihak media. Dan sebagai SDO yang bertanggungjawab terhadap sukan ini, saya memhon agar pihak Majlis dapat memperuntukkan penganjuran kejohanan untuk sukan Kategori D pada masa akan datang, dan bukan dianggap sebagai Program Binaan semata-mata.


KU USPTN Johor memberikan kata-kata aluan semasa mesyuarat pengurus





Ucapan penutup oleh Y.B. Dato' Haji Mohd Rashidi, Yang DiPertua Pesaka Johor


Penyeri Majlis: Pertandingan VIP atlet pra-remaja Pelapis Negeri Johor bergambar bersama-sama Jurulatih Pelapis Johor sebelum bertanding melawan pra-remaja Grasio Singapura




*************************************************************************************
Lawatan Y.B. Exco Belia dan Sukan Negeri Johor ke SSBP Tarikh: 22 Mac 2010 Tempat: Sekolah Sukan Bandar Penawar

Y.B Exco dan Pengarah Majlis Sukan Negeri telah mengadakan lawatan rasmi ke Sekolah Sukan Bandar Penawar. Di kesempatan itu, satu perjumpaan dengan Pasukan Lawan Pedang Pelapis telah diadakan.

Y.B. Exco dan Pengarah MSNJ sedang memberi amanat



Latihan dijalankan seperti biasa

*************************************************************************************

Pemantauan, Perjumpaan bersama Jurulatih dan atlet, dan Pertandingan Mini Angkat Berat PLN Felda Pemanis 1 Siri 1/2010
Tarikh: 28 Mac 2010
Tempat: PLN Felda Pemanis 1, Segamat, Johor

Pertandingan Mini ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada atlet-atlet Pelapis yang masih belum layak bertanding di kejohanan-kejohanan lain kerana masih tidak mencapai had kelayakan yang ditetapkan. Pada program yang pertama ini, 6 orang atlet telah berjaya memecahkan rekod peribadi masing-masing. Antara atlet yang menonjol adalah Mohd. Farid Mohid (Clean & Jerk +7 kg) dan Mohd. Zahrul Zamzuri (Snatch +3 kg, Clean & Jerk + 3 kg).

Selain itu, hasil pemantauan yang dilaksanakan oleh SDO, didapati peralatan latihan seperti plate dan platform telah rosak dan pecah. Oleh yang demikian, diharapkan pihak Majlis dapat menyalurkan bantuan peralatan yang berkenaan memandangkan sukan Angkat Berat merupakan sukan Kategori A yang wajar diberi penumpuan dalam pelbagai aspek.


Platform pecah






..



01 January 2010

Pesilat Pelapis Johor Cemerlang di Muar dan Kedah

Sepanjang bulan Disember 2009 yang lalu, pasukan Pencak Silat Pelapis Negeri Johor telah menyertai dua kejohanan yang dijalankan dalam waktu yang sama, iaitu Sukan Johor di Muar dan juga Kejohanan Pencak Silat Remaja Kebangsaan 2009 di Kedah.

Sukan Johor yang berlangsung pada 26 hingga 28 Disember 2009 telah disertai oleh 16 orang pesilat dari program Pelapis. Pada temasya ini, pesilat-pesilat Pelapis yang majoritinya mewakili daerah Johor Bahru telah berjaya meraih 9 emas, 2 perak, dan 2 gangsa di bawah bimbingan JSM Raja Ayub Bin Raja Yacub dan dibantu oleh pembantu jurulatih Mohd Sharudin Bin Ghulama Mersul dan Mohd Waliyuddin Hanis Bin Nordin. Temasya ini juga merupakan medan untuk memilih atlet-atlet yang akan mewakili Negeri Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA). Semoga pesilat-pesilat Pelapis Negeri Johor akan terus berusaha untuk berjaya mengharumkan nama Negeri Johor dalam SUKMA di Melaka kelak.



Di Kedah pula, pesilat-pesilat Pelapis Negeri Johor bawah 17 tahun juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya meraih 2 emas, 6 perak, dan 7 gangsa dalam Kejohanan Pencak Silat Remaja Kebangsaan 2009 yang berlangsung pada 24 hingga 28 Disember 2009. Pasukan Pencak Silat Pelapis Negeri Johor yang terdiri daripada 18 orang pesilat yang beraksi pada kejohanan ini membariskan muka-muka baru dan dibimbing oleh JSM Syarina Abdul Fatah dan dibantu oleh pembantu jurulatih Mohd Awis Bin Nordin dan SDO Black sebagai Pengurus Pasukan. Walaupun kebanyakannya merupakan pesilat baru, namun Pelapis Johor telah berjaya memberikan saingan kepada pasukan Pelapis dari negeri-negeri lain yang lebih berpengalaman. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi kali ini akan memberikan mereka semangat untuk terus memajukan diri, sekaligus berazam untuk mencapai kemenangan di kejohanan-kejohanan yang akan datang.



..

15 September 2009

KAJIAN KELOMPOK DI BULAN RAMADHAN - ISN

Institut Sukan Negara dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan kajianan ke atas semua atlet di setiap negeri sepanjang bulan Ramadhan ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti beberapa faktor yang berkaitan dengan pengaruh puasa terhadap prestasi atlet yang beragama Islam. Selain itu, satu kesimpulan akan dibuat bagi membantu mengenalpasti permasalahan yang wujud dan mampu memberi penyelesaian terbaik demi kecermelangan sukan negara.

Bagi Negeri Johor, kajian telah dijalankan oleh Institut Sukan Negara Pusat Satelit Larkin dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor dan USPTN Johor yang melibatkan atlet SUKMA, Pelapis serta atlet-atlet yang terdapat dalam program sukan MSNJ dan MSNM. Proses pengumpulan data telah dilaksanakan bermula pada 7hb September 2009.

Tarikh : 11 September 2009
Tempat : Pusat Latihan Sukan Silat Olahraga Pelapis Negeri
 
Atlet Silat Olahraga di Taman Molek di bawah bimbingan Coach Ayub.

Tarikh : 12 September 2009
Tempat : Pusat Latihan Sukan Perahu Layar Pelapis Negeri
Sesi Suai Kenal Bersama Atlet dan Ibu Bapa

 
Perbincangan Pengisian Borang Soal Selidik Oleh En. Sarkawi (ISN Larkin)
Sekian, terima kasih kepada semua yang terlibat. Sokongan anda semua adalah diharapkan.