10 February 2012

Kej Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 2012 Zon B Peringkat 1

Nama Kejohanan : kej badminton sirkit Remaja kebangsaan 2012
Tarikh: 9 -12 Feb 2012
Tempat : Dewan PBJ Johor Bahru
Negeri : Johor, Melaka , N Sembilan, Selangor, Putrajaya, Pahang, & Terengganu

jadual Pertandingan
8hb Feb - mesyuarat Pengurus
9hb Feb - pusingan pertama
10hb Feb - pusingan kedua
11hb Feb - suku akhir Pagi
11hb Feb - separuh akhir petang
12hb Feb - akhir (Pagi)



Majlis perjumpaan Atlet Badminton Bersama PBJ Dan USPTN

Program : Taklimat & Penyerahan Peralatan Sponsor Fleet
Tarikh : 8hb Feb 2012
Masa : 8.30 malam
Tempat : Asrama akademi serantau zon selatan

Pada 8hb february yang lepas, satu majlis perjumpaan Dan penyerahan Peralatan badminton yang ditaja oleh syarikat Fleets international sdn bhd. Majlis perjumpaan dikelolakan oleh pihak PBJ dan USPTN Johor. Turut hadir Presiden persatuan badminton Johor Tn Hj Abdul Rahman Bin Mohamad , Setiusaha Persatuan Badminton Negeri Johor Encik Ramli Bin Mokhtar dan jurulatih - jurulatih USPTN Johor.




05 February 2012

TINJAUAN LATIHAN ATLET TERJUN JOHOR

Tarikh : 4hb Feb 2012
Tempat : Kolam Renang MBJB

Pelbagai usaha akan dilaksanakan tahun ini bagi memastikan sukan terjun akan terus meningkatkan dan melahirkan atlet sukan terjun yang benar-benar mampu membawa cabaran khususnya di kejohanan MSSM dan SUKMA 2012 ini.

Dengan keperluan dan tempat latihan yang terhad ini dan kepakaran jurulatih yang terbatas, pihak kami akan terus berusaha menambahbaik kemudahan dan meningkatkan kepakaran jurulatih dengan mencadangkan untuk membawa jurulatih dari luar negara.

Namun pihak kami akan sentiasa memberi yang terbaik terutama jurulatih sedia ada En Razif agar usaha dan kerja keras beliau akan dapat melahirkan atlet terbaik suatu masa kelak.

Pada hari ini sesi latihan dimulakan dgn renggangan badan sebelum sesi di dalam kolam. Seramai 7 orang atlet telah hadir pada sesi latihan petang ini.

Sekian

19 January 2012

Tahniah ! - Nurul Sakinah Binti Abdul Karim

USPTN Johor bersama MSN Johor mengucapkan tahniah kepada adik Nurul Sakinah kerana telah berjaya ditawarkan ke dalam pasukan Pelapis Elit Berbasikal PKBM .Ini merupakan kejayaan terbaik untuk tahun 2011/2012 bagi USPTN Johor . Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih yang telah banyak melatih, memberi tunjuk ajar kepada atlet atlet kita. Tahniah JSM Berbasikal PLN Johor En. Muhammad Firdaus B. Daud kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Syabas!!

Profile Atlet :

Pencapaian: Program Pelapis Elit PKBM
Nama: Nurul Sakinah Binti Abdul Karim
PLN: Muar, Johor.
Acara: Berbasikal Trek/Road
Jurulatih: En. Muhammad Firdaus Bin Daud

17 January 2012

Kej Badminton Remaja Tertutup Johor 2011

Pada 29 Dis 2011 - 1 Januari 2012 yang lepas persatuan badminton negeri Johor dan USPTN Johor telah mengadakan kejohanan badminton Remaja Tertutup Johor 2011 Bertempat di Dewan PBJ Larkin Johor Bahru. Kejohanan ini telah Berjaya dilaksanakan dengan jumlah penyertaan seramai 275 orang lelaki dan perempuan Dari seluruh negeri Johor. Kejohanan ini melibatkan 4 categori umur iaitu bawah 11, 13 , 15 Dan 17 tahun perseorangan Dan bergu lelaki Dan perempuan. Kejohanan ini bertujuan bagi memilih atlet mewakili negeri Johor di Kejohanan Remaja kebangsaan 2012. Selain itu juga Kejohanan bertujuan bagi memilih atlet program pelapis 2012. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pengarah majlis Sukan negeri Johor Tn Hj Ramli Bin Abdul Rahman Dan Presiden Persatuan Badminton Negeri Johor TN Hj Abd Rahman Bin Mohamed. berikut adalah pemenang bagi Kejohanan tersebut

PEMANTAUAN : LATIHAN TERJUN 2012

Sukan : Terjun
Tarikh : 10 & 11 Januari 2012
Atlet : 10 orang

Sesi latihan pertama bagi tahun 2012 telah dijalankan pada 10 Januari 2012 yang lalu. Walaupun jurulatih merupakan Jurulatih Sambilan, beliau sepatutnya menjalankan program 2012 bermula bulan Febuari, namun beliau tetap menjalankan latihan pada bulan Januari demi membangunkan sukan Terjun Johor. Komitmen yang ditunjukkan oleh atlet dan ibubapa menambahkan lagi semangat beliau untuk menjalankan latihan tersebut.

Pada sesi kali ini, jurulatih hanya membuat latihan untuk atlet2 yang telah dibawa ke Kem Pelapis yang lalu bagi memberi tumpuan yang lebih kepada atlet2 tersebut. Disebabkan beliau hanyalah sebagai Jurulatih Sambilan, beliau tidak dapat menjalankan latihan pada setiap hari dan kebanyakkan ibubapa berharap agar latihan dapat dijalankan setiap hari agar anak2 mereka dapat berlatih dengan konsisten. Pihak Pelapis Johor kini di dalam usaha mendapatkan Jurulatih dari luar negara bagi memberi pembaharuan serta peningkatan kepada Program Terjun di negeri Johor. Diharap semua pihak dapat memberi kerjasama di dalam membangunkan sukan ini.




National Evaluation 2012 Tenpin Bowling

Pada 11hb Januari 2012 MTBC melalui USPTN Johor & persatuan sukan tenpin Johor telah mengadakan ujian penilaian Dan pemilihan atlet Boling 2012 ( national evaluation) Bertempat di Dynamic bowl Danga City Mall JB. Seramai 59 orang peserta yang terlibat 35 lelaki Dan 24 orang perempuan. Panel pemilihan terdiri daripada encik Azidi Ameran MTBC, En Hanif Dan EN Liow Sun Lai (USPTN). Program bermula pada jam 8.30 malam Dan berakhir pada jam 10.30 malam. Turut Serta pada hari tersebut Mr George Tan MTBC Dan EN Salim Dan En Khairudin wakil persatuan negeri. Berikut adalah atucara program
7.00 -8.30 mlm pendaftaran
8.30 -8.45 mlm meeting
8.30 -9.30 mlm evaluation
9.30-10.00 mlm meeting
10.30 pengumuman peserta yang terpilih




Perlawanan Persahabatan Badminton Pelapis Negeri Johor Dan AtletPersatuan Putrajaya

Pada 14hb Jan 2012 yang lepas persatuan badminton negeri Johor Dan pelapis negeri Johor telah mendapat kunjungan daripada persatuan badminton Putrajaya bagi mengadakan perlawanan persahabatan badminton.. Perlawanan diadakan di Dewan PBJ Johor Bahru Johor bermula jam 11.00 Pagi. Perlawanan melibatkan atlet bawah 10 tahun, 12 tahun, bawah 14 tahun, 16 tahun Dan 18 tahun lelaki Dan perempuan. Persahabatan tersebut melibatkan 40 perlawanan perseorang Dan bergu setiap kategori.. Perlawanan tersebut berakhir pada jam 5.00 petang.






Perlawanan persahabatan badminton pelapis Johor & KAPRI Indonesia

Pada 14 Jan 2012 satu perlawanan persahabatan badminton antara atlet pelapis negeri Johor Dan atlet KAPRI Indonesia telah pun diadakan di Dewan PBJ Larkin Johor Bahru Johor. Perlawanan melibatkan 8 orang peserta 4 lelaki Dan 4 wanita.. Perlawana bermula pada jam 10.00 Pagi Dan berakhir pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah perlawanan yang telah diadakan
Perseorangan lelaki Dan wanita
Bergu lelaki Dan wanita
Bergu campuran lelaki Dan wanita

Team Pelapis Johor


01 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua Pegawai, Jurulatih dan Atlet dari Program Pelapis Negeri JOhor dan juga kepada semua penggiat sukan terutama di Negeri Johor. Semoga tahun 2012 akan melahirkan lebih ramai atlet yang berwibawa dan mencapai kejayaan dalam apa jua pertandingan yang disertai.