29 November 2011

Program Tindik Olahraga

Program Tindik Olahraga Acara Pecut Bersama Jurulatih
Akademi Serantau Zon Selatan En. Azmi Ibrahim


TARIKH: 25HB - 27HB NOV 2011
PLN : OLAHRAGA MUAR
TEMPAT: ASZS JOHOR BAHRU ,JOHO
R

PADA 25HB HINGGA 27HB NOV 2011 YANG LEPAS USPTN JOHOR TELAH MENGADAKAN SATU PROGRAM BINAAN IAITU SATU PROGRAM TINDIK OLAHRAGA ACARA PECUT BERSAMA JURULATIH ASZS EN. AZMI IBRAHIM.PROGRAM INI BERTUJUAN AGAR ATLET DAN JURULATIH DAPAT MENIMBA ILMU PENGATAHUAN DAN PENGALAMAN DARI JURULATIH YANG BERDEDIKASI DAN BEKAS ATLET NEGARA YANG BERPENGALAMAN.SEMOGA PROGRAM INI DAPAT MENAIKAN SEMANGAT ATLET UNTUK LEBIH BERJAYA.

TAKLIMAT DAN PENERANGAN JURULATIH EN. AZMI IBRAHIM
SEMASA PROGRAM TINDIK INI BERLANGSUNG ,NJAC/MSN JOHOR MENGADAKAN SATU PERTANDINGAN PESTA OLAHRAGA SIRI 3, PADA MASA YANG SAMA PLN OLAHRAGA MUAR TURUT MENYERTAI DAN BERJAYA MERAIH 1 EMAS ACARA 100M LB15 DAN 2 PERAK DALAM ACARA 100M WB15 & 200MWB15.

25 November 2011

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK PELAPIS NEGERI 2/2011

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK PELAPIS NEGERI 2/2011
VELEDROM RAKYAT IPOH,PERAK
21HB-25HB NOVEMBER 2011

Pada 21hb-25hb November 2011 .USPTN Johor telah menghantar pasukan berbasikal trek Pelapis Negeri Johor ke kejohanan ini.Kejohanan ini diketuai oleh JSM Firdaus Daod Kejohanan Ini masih lagi berlangsung dan dilampirkan sedikit gambar aksi aksi PLN Berbasikal Johor.Keputusan Penuh akan dikemaskini dalam masa terdekat.

18 November 2011

Pemantauan PLN Sepak Takraw SSTMI

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN PELAPIS
DI SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL
SUKAN SEPAK TAKRAW

TARIKH: 16HB NOV 2011
MASA : 3.00-7.00 PETANG
PLN : SEPAK TAKRAW SSTMI

Pada 16hb yang lepas pemantauan di PLN Sepak Takraw telah di buat di PLN SSTMI.Perbincangan mengenai prestasi atlet serta keperluan dan masalah yang dihadapai oleh PLN tersebut. Jurulatih menghadapi masalah dari segi kelengkapan latihan seperti kekurangan bola takraw. Selain itu perbincangan & perancangan Kem Pelapis Johor dan untuk ke Karnival Pelapis pada Disember akan datang telah dibuat .

Sesi Latihan


11 November 2011

Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Menembak fasa 2/2011


TARIKH : 10 NOVEMBER 2011
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK BATU PAHAT, JOHOR


Pada 10 November 2011, satu program TID Sukan Menembak 2011 telah diadakan bertempat di Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor. Seramai 57 orang pelajar menyertai program ini diiringi guru-guru sekolah masing-masing. Turut hadir En. Abdul Razak Bin Ali wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dan juga ibu bapa pelajar-pelajar bagi menyokong Program Pelapis Negeri Johor dalam mencungkil bakat-bakat baru dalam Sukan Menembak Negeri Johor.

Beberapa ujian dijalankan oleh Jurulatih-jurulatih iaitu En. Subari Ariffin, En. Mohd Nasir Ramli dan juga En. Saadon kepada para pelajar. Pada TID kali ini lebih fokus kepada ujian stimulator, pemahaman dan kecekapan mata. Jurulatih memaklumkan ujian-ujian yang dijalankan adalah sumber dari pengalaman bekas JLN - Nikolaev Victor sepanjang dalam Sukan Menembak. Walaupun, bilangan pelajar yang menyertai kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun saya berharap agar pelajar-pelajar yang terpilih lebih berkualiti. 

Ucapan terima kasih diberikan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dan ibu bapa yang sudi hadir serta menyokong program ini sepenuhnya. Dengan penglibatan sepenuhnya dari PPD Batu Pahat, diharap akan lebih terancang pelaksanaan Sukan Menembak di Negeri Johor. Sekian, terima kasih.



31 October 2011

Pemantaun Latihan Terjun

Sesi Latihan Terjun
Tarikh : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
Kehadiran : 19 Orang

Pada sesi latihan kali ini, hanyalah latihan 'dryland' yang dibuat berikutan kolam renang mempunyai masalah Pam Rosak dan air kolam berada dalam keadaan yang kotor. Kehadiran atlet adalah seramai 19 orang kesemuanya dan dibantu oleh atlet senior iaitu adik Nur Annatasia.
Jurulatih telah mejalankan Dryland training menggunakan mattress dan trampoline. Latihan tamat pada jam 5.30petang dan jurulatih telah menunngu atlet sehingga ibubapa mereka datang mengambil anak-anak mereka.









JSM MEMBERI PENERANGAN KEPADA ATLET








KEPUTUSAN SIRKIT BOWLING REMAJA JOHOR 05/2011

Berikut adalah keputusan Kejohanan Sirkit Bowling Remaja Johor 05/2011 yang telah diadakan pada 17 Julai 2011 yang lalu. Sila Click pada butiran di bawah untuk memuaturun. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Untuk maklumat lanjut boleh juga click di sini- http://pelapisbowlingjohor.blogspot.com/

1. Keputusan Keseluruhan Sirkit 5 (click di sini )
2. Rangking Point ( click di sini )

Aktiviti Bersama Pegawai Pusat Satelit ISN

Program : Pemakanan & Psychology
Pegawai : Puan Azura Nasir (Psychology), 
Cik Durrah Ramli (Pemakanan)
Tarikh : 22 Oktober 2011
Tempat : Bilik Relaksasi Pusat Satelit ISN Larkin.

Pada 22 Oktober yang lalu, sebuah program Sains Sukan bersama Pegawai dari Institut Sukan Negara telah diadakan untuk atlet baru Terjun Pelapis Johor. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet disamping dapat mempelbagaikan lagi aktiviti latihan atlet dan memberi kelainan untuk mereka agar tidak mudah bosan dengan sesi latihan yang selalu dijalankan di Kolam Terjun.
Pada program ini atlet  telah diperkenalkan tentang Pemakanan sebagai seorang atlet. Berikutan atlet terdiri daripada umur bawah 12 tahun. Mereka lebih didedahkan dengan bermain mini games yang telah disediakan oleh Cik Durrah Ramli. Atlet kelihatan amat seronok dengan aktiviti yang diberi. 
Kemudian atlet juga diberi penekanan berkenaan keyakinan diri untuk bercakap atau berkomunikasi. Aktivtit tersebut telah dijalankan oleh Puan Azura selaku Pegawai Psychology ISN. Atlet amat menunjukkan respon yang memberangsangkan. Atlet juga telah diberi beberapa task dalam kumpulan untuk mereka selesaikan.
Tepat jam 10.30pagi kedua-dua aktiviti tersebut tamat dengan jayanya. Terima kasih kami ucapkan kepada Pegawai dari Pusat Satelit ISN Larkin di atas kerjasama yang diberi. Moga jalinan kerjasama ini akan terus berkekalan bagi meningkatkan lagi sukan di Malaysia.
 


Puan Azura semasa sesi beliau.






Cik Durrah semasa sesi Pemakanan.



28 October 2011

WARGA BARU USPTN JOHOR

WARGA BARU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR
CAWANGAN PELAPIS 
BAHAGIAN ATLET
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Pada 17hb Oktober 2011, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor telah menerima dua (2) warga baru bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N17 - Pentadbiran dan Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi) N17 - Kewangan. Mereka yang dimaksudkan adalah : -

 Cik Norsazila Binti Mohd Sahid
Pembantu Tadbir - Pentadbiran

Cik Farhah Aslinda Binti Ahmad
Pembantu Tadbir - Kewangan

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS

25 October 2011

MESYUARAT JKK SUKAN MENEMBAK BIL 01/2011

TARIKH : 20 OKTOBER 2011
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK BATU PAHAT, JOHOR


Satu Mesyuarat JKK Sukan Menembak Bil 01/2011 diadakan pada 20hb Oktober 2011 dan dipengerusikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor. Mesyuarat JKK ini dilaksanakan agar dapat memastikan pembangunan sukan di peringkat Negeri dijalankan secara teratur dan sistematik. 

Pelaksanaan JKK Sukan Menembak kali ini adalah antara Majlis Sukan Negeri Johor, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dan PPN (Cawangan Pelapis MSNM), Persatuan Menembak Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta jurulatih-jurulatih yang dilantik. Dengan melalui kerjasama ini, segala program-program latihan, penyertaan kejohanan dan perancangan akan datang dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan terancang bagi melahirkan atlet-atlet muda yang berbakat dan komited di setiap peringkat.

Pelbagai perkara yang dibentangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat JKK tersebut. Antaranya adalah :

1. Mengkaji semula program latihan tahunan sukan menembak dari aspek teknikal agar lebih terancang. Manakala pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa oleh PPN.

2. Perlantikan jurulatih yang berkelayakan. Pihak USPTN Johor ingin memohon lantikan semula JLN - Nikolaev Victor dari pihak MSNM. 

3. Perancangan pertandingan yang diselaraskan dengan kejohanan peringkat kebangsaan beserta amplikasi kewangan yang telah diperuntukan sepanjang 2011.

4. Penilaian prestasi atlet, jurulatih dan PLN dibuat berdasarkan laporan-laporan bulanan serta pemantauan PPN. Jurulatih dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti dan mencadangkan atlet-atlet yang berpotensi bagi program akan datang.

5. Permasalahan PLN turut dibincangkan dalam mesyuarat JKK ini. Antaranya kerosakan sistem sasaran, baikpulih sistem sasaran,  kerosakan senjata api serta kekurangan aksesori tambahan bagi sukan menembak. Perkara ini diambil berat oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor kerana perlu persediaan awal bagi menghadapi SUKMA 2012 di Pahang nanti.

6. PPN memaklumkan program  TID sedang dijalankan dalam tempoh bulan Oktober ini. Manakala, Fasa 2 akan diadakan pada 10 November 2011. 




  Atlet yang hadir menjalani latihan sewaktu mesyuarat JKK diadakan iaitu adik Elaine & Yvonne Ong.

Laporan TID Sukan Menembak - SK. Lim Poon 1 & 2, Batu Pahat

TARIKH : 19 OKTOBER 2011
TEMPAT : SK. LIM POON 1 & 2, BATU PAHAT, JOHOR

Pada 19hb Oktober 2011, jurulatih telah membuat sesi pemilihan bagi program TID Sukan Menembak Fasa 1 bertempat di SK. Lim Poon 1 di sesi pagi manakala SK. Lim Poon 2 di sesi petang. Pada kali ini, jurulatih memaklumkan terlalu ramai pelajar perempuan yang terpilih manakala pelajar lelaki agak kurang kerana faktor fizikal yang tidak sesuai dengan sukan menembak.

Namun, jurulatih tetap tidak putus asa untuk menjalankan program ini bagi pencarian bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan bagi mewakili Negeri Johor pada masa akan datang. Program ini perlu dijalankan setiap tahun agar tiada berlakunya kekurangan atlet kerana untuk mengekalkan dan melahirkan seseorang penembak terbaik memerlukan jangka masa yang lama untuk menonjolkan kebolehan mereka.

Gambar-gambar sepanjang program dijalankan :





Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang menjalankan program tersebut.