10 September 2013

PERJUMPAAN IBUBAPA ATLET BARU TERJUN


TARIKH : 7 SEPTEMBER 2013
MASA : 8.00- 10.30 PG
TEMPAT : KOLAM RENANG MBJB LARKIN

Perjumpaan bersama ibubapa atlet baru Terjun Johor adalah hasil dari TID yang telah dijalankan pada 30 Mac 2013 yang lalu. Seramai 20 orang atlet telah terpilih dan hanya 18 orang sahaja yang telah datang pada hari tersebut. 
 Pada hari itu atlet-atlet baru telah diberi latihan awal dengan dibantu oleh atlet lama dan Jurulatih Xuji. Manakala PPN telah membuat perjumpaan bersama ibubapa atlet bagi menerangkan bagaimana program latihan dijalankan serta hala tuju Program Pelapis. Atlet baru tersebut hanya diminta untuk hadir ke latihan 3 kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis & Sabtu dan atlet tersebut diberi masa selama sebulan latihan percubaan dan kemudian jurulatih akan menapis semula altet-atlet tersebut. Ini adalah bagi memastikan atlet yang terpilih adalah benar-benar berkualiti, bersungguh-sungguh dan memberi komitmen semasa latihan.
Pada hari tersebut juga Pengurus dari Cawangan Pelapis (Mr Giam) turut serta hadir sementara beliau menunggu bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. 
Di akhir perjumpaan tersebut, atlet-atlet lama telah mambuat terjunan di kolam sambil ditonton oelh para ibubapa serta atlet-atlet baru yang hadir. Ia adalah sebagai pemangkin semangat untuk atlet-atlet baru serta ibubapa yang hadir.









Perjumpaan PPN bersama ibubapa.



Latihan dryland dijalankan sambil dibantu oleh atlet senior.


Mr Giam Turut hadir semasa program berjalan.

No comments:

Post a Comment