TARIKH : 27 - 29 APRIL 2016
TEMPAT : SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL
ATLET : 10 LELAKI 8 PEREMPUAN
Hari Pertama (27 APRIL 2016)
Pendaftaran Atlet di Stadium Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail pada jam 10.00 Pagi. Seramai 18 orang atlet yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Penyertaan program ini dari Pusat Latihan Negeri, Pusat Latihan Daerah (PLD) Batu Pahat, PLD Pasir Gudang dan PLD Kota Tinggi. setelah selesai sesi pendaftaran, PPN memberi taklimat ringkas kepada atlet mengenai jadual kem.
Pada pukul 4.30 petang, semua atlet berkumpul di Stadium SSTMI bagi menjalani latihan sesi pertama. Sebelum menjalani latihan, atlet akan diasingkan mengikut acara dan jurulatih-jurulatih SSTMI akan mengambil atlet mengikut acara dan memberikan latihan spesifik. Jenis latihan yang diberi kepada atlet Pelapis Johor sama seperti atlet SSTMI tetapi jumlah set latihan dikurangkan.
Latihan Tamat pada jam 6.30 Petang
Selepas itu sesi kedua bermula pada Pukul 8.30 malam. Sesi kedua coach poad memberi talk kepada atlet berkaitan dengan cara untuk berjaya dalam sukan. Sesi ini lebih kepada apa yang perlu dilakukan oleh atlet untuk berjaya, perkara yang penting yang perlu atlet tahu sebelum, semasa dan selepas pertandingan, bagaimana cara mengelakkan kecederaan dan coach memberi motivasi untuk atlet.
Sesi ini tamat pada jam 10.30 malam.
HARI KE DUA (28 APRIL 2016)
Hari kedua bermula pada jam 7.00 pagi dimana atlet menjalani latihan bersama coach Mas. Sesi ini atlet melakukan pemanasan badan terlebih dahulu bersama atlet-atlet SSTMI yang diketuai oleh Badrul Hisham. Selepas itu, atlet-atlet diberi latihan 100Meter speed dan 100Meter jogging sebanyak 6 Set.
Selepas itu, sesi kedua bagi hari kedua bermula pada jam 4.30 petang dimana atlet diberi ujian masa dengan larian 300meter dan coach poad menetapkan masa bagi atlet lelaki dan atlet perempuan dan tidak boleh melepasi masa yang ditetapkan.
Latihan Tamat jam 6.30 Petang
HARI KE TIGA (29 APRIL 2016)
Hari ketiga bermula pada jam 8.30 pagi dimana atlet menjalani latihan bebanan sehingga jam 11.00 pagi. Atlet dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan diketuai oleh atlet SSTMI. Latihan bebanan yang diberikan ialah latihan mengunakan getah, resistance training, latihan plyometrik dan latihan dengan menggunakan barbell.
Sesi terakhir ialah ucapan dari coach Poad kepada atlet dan ucapan terima kasih dari PPN kepada coach Poad dan SSTMI.
Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih kepada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan semua pihak yang terlibat semasa kem ini dijalankan.
FIRMAN BIN MOHD ZAMBRI
Pegawai Pembangunan Negeri Majlis Sukan Negara Malaysia
(Pelayaran, Tenpin Boling & Olahraga)
Tel : 014-3847741 / 07-5545972
Fax : 07-5548706
No comments:
Post a Comment