22 August 2016

JOHOR - KEM LATIHAN PUSAT ATLET BAKAT DAN ATTACHMENT LATIHAN BERSAMA DENGAN JURULATIH PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN MSNM - SEPAK TAKRAW

LAPORAN PROGRAM LATIHAN PUSAT KE KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 2 DAN ATTACHMENT LATIHAN BERSAMA JURULATIH PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN MSNM 

SUKAN : SEPAK TAKRAW                

TARIKH : 12 HINGGA 14 OGOS 206

NAMA : ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF      

MASA :  8.00 PAGI - 6.00 PETANG

TEMPAT : SSN JOHOR SMK TUN HUSSIEN ONN KLUANG 

KEHADIRAN : 

JPM MSNM : HAJI ISMAIL BIN ATAN 
JSM MSNM : AHMAD JAIS 
JPM SSN : MOHD RIDUAN BIN KADIR 
JURULATIH PLD TANGKAK : MOHD AZAHAR BIN ABU BAKAR


BIL PESERTA : 
LELAKI: 20 ORAN

Pada 12 hingga 14 Ogos 2016 yang lepas, USPTN Johor telah mengadakan kem latihan pusat kepada atlet- atlet bakat dari 6 PLD Negeri Johor iaitu PLD Muar , PLD Johor Bahru, PLD Segamat, PLD SSN Kluang dan PLD Bandar Penawar dan PLD Tangkak untuk besaing merebut tempat ke Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2 2016 di Pulau Pinang. Seramai 20 orang atlet dan 44 jurulatih telah terlibat di kem latihan dan pemilihan ini. 

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyesuaikan atlet yang terpilih dengan sistem pertandingan yang akan di sertai di karnival tersebut. Selain itu juga program ini bertujuan bagi mengenal pasti kekurangan yang ada pada atlet tersebut dan untuk membentuk semangat sepasukan. 

Bagi mengelakan berlaku pilih kasih pihak USPTN Johor telah memanggil Jurulatih Pelapis Kebangsaan dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail iaitu Haji Ismail dan Ahmad Jais untuk membuat Attachment Latihan bersama atlet -atlet ini dan sekaligus untuk membuat pemilihan dan membentuk regu yang mantap bagi mewakili Negeri Johor di karnival bakat Pulau Pinang. . 

Sepanjang program atlet dan jurulatih banyak diberi bimbingan dan tunjuk ajar dari Jurulatih Haji Ismail dan Ahmad Jais  berkaitan program latihan dan teknik- teknik dalam posisi permainan. 

Program berakhir selepas taklimat akhir pada 14 Ogos 2016 sebelum berangkat ke Pulau Pinang. 

Pihak USPTN Johor dan Persatuan  Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Haji Ismail dan Ahmad Jais Jurulatih Program Pelapis Kebangsaan MSNM dalam menjayakan latihan bersama pasukan Bakat dan PLN Negeri Johor. 


Sekian terima kasih. 

--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Memanah & Taekwondo & Sepak Takraw)

No comments:

Post a Comment