18 October 2013

SESI ANTROPOMETRI ATLET TERJUN BERSAMA PEGAWAI PEMAKANAN PUSAT SATELIT ISN JOHOR

TARIKH : 21 SEPTEMBER 2013/SABTU
ATLET : 6 ORANG
JURULATIH : XU JI
PPN : CIK SITI RADZIAH
PEGAWAI ISN : PUAN DURRAH RAMLI

Pada 21 Sep yang lalu atlet terjun Johor telah menjalani sesi Antropometri bersama Pegawai Pemakanan ISN Johor. Seramai 6 orang atlet yang hadir sesama sesi tersebut dijalankan. Sesi tersebut dijalankan setelah atlet selesai menjalani latihan sebelah pagi. Hasil dari sesi tersebut akan difollow-up oleh pegawai berkenaan dari masa ke semasa. Berikut adalah sedikit penerangan yang disediakan oleh Puan Durrah berkenaan sesi yang dijalankan: 

Objektif:

1) Mengukur/menganggar komposisi tubuh (lemak tubuh di bawah kulit) atlet berdasarkan ukuran ketebalan lipatan kulit daripada 7 kawasan pada badan (triceps, subscapular, biceps, supraspinale, abdominal, front thigh, medial calf).
2) Menilai kadar perkembangan dan pembesaran atlet daripada ukuran tinggi dan berat.

Outcome:
1) Memastikan perubahan komposisi tubuh daripada latihan yang diberikan oleh pihak ISN/jurulatih dari semasa ke semasa supaya atlet mencapai perubahan fizikal untuk prestasi yang optimum.
2) Memastikan pembesaran dan perkembangan yang normal bagi atlet.



Beberapa Gambar yang sempat di ambil sebagai rujukan:-

Terima kasih kepada Puan Durrah di atas kerjasama.











No comments:

Post a Comment