21 April 2015

LAPORAN KEJOHANAN 51st MILO / PRAM MALAYSIA NATIONAL AGE GROUP AQUATIC CHAMPIONSHIP 2015 DIVING

Tarikh : 16 hingga 19 April 2015
Tempat Kejohanan : Pusat Akuatik Paroi, Negeri Sembilan
Tempat Penginapan : Spanish Villa
Atlet : 4 orang ( 2 Lelaki & 2 perempuan )
Jurulatih : Yao Fu Ling (JLN)

BUTIRAN

16 April 2015
2.30 pm : Ketibaan kontijen Terjun Johor ke Pusat Akuatik Paroi untuk latihan
3.00 pm : Managers meeting - pengesahan acara dan kategori atlet

17 April 2015
1) 3m Springboard (Group B - Boys & Girls)
2) Platform (Group C - Boys & Girls)
3) 1m Springboard (Group A - Boys & Girls)

18 April 2015
1) 3m Springboard (Group A - Boys)
2) 1m Springboard (Group B - Boys & Girls)
3) 3m Springboard (Group C - Boys & Girls) (Johor participation)

19 April 2015
1) 1m Springboard (Group C - Boys) (Johor participation)
2) Platform (Group B - Boys and Girls)

ULASAN

Secara keseluruhan, Coach Yao Fu Ling berpuas hati dengan pencapaian atlet Johor yang semakin meningkat. Ini merupakan NAG pertama bagi mereka dan tambahan 2 terjunan baru serta kategori C yang peringkat umur bawah 13 tahun; di mana berbeza dengan kejohanan interzone kategori C bawah 12 tahun.

Secara peribadi, atlet Johor perlu lebih cepat menunjukkan peningkatan dalam prestasi di mana mereka perlu mengejar negeri-negeri lain yang lebih konsisten dalam latihan dan fasiliti yang lebih baik.

Maklum balas daripada atlet pula, mereka sendiri berpuas hati kerana mendapat "judge score" yang lebih tinggi tambahan dengan kejohanan peringkat antarabangsa ini. Mereka akan terus fokus dalam menjalani latihan agar dapat memberi peningkatan dari masa ke semasa.


Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


No comments:

Post a Comment