25 May 2015

JOH - LAPORAN PERLAKSAAN PROGRAM PENGENALAN DAN KLINIK ASAS SUKAN SEPAK TAKRAW


LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENGENALAN DAN KLINIK ASAS SUKAN SEPAK TAKRAW 

TARIKH : 19-20 MEI 2015 

TEMPAT : DEWAN SEPAK TAKRAW PLN SRI TANJUNG TANGKAK LEDANG 

ANJURAN : MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR ( UNIT PEMBANGUNAN MSNJ DENGAN KERJASAMA USPTN JOHOR DAN PERSATUAN SEPAK TAKRAW NEGERI JOHOR 

PENYERTAAN : 73 PELAJAR & 14 ORANG GURU 

Pada 20 MEI 2015 yang lepas, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor telah menagadakan TID , Program Pengenalan dan Klinik Asas Sukan Sepak Takraw bertempat di Dewan Sepak Takraw PLN Sri Tanjung Tangkak Ledang.  Program ini telah melibatkan seramai 73 orang pelajar dan 14orang jurulatih/ guru daripada 7 sekolah di sekitar Daerah Ledang Program Ini bertujuab bagi mengenalpasti atlet - atlet yang berbakat untuk diserapkan ke pusat latihan Pelapis Negeri PLN Sri Tanjung Ledang. Program ini dikelolakan oleh Tuan Haji Ismail Bin Atan iaitu Jurulatih sepenuh Masa MSNM / Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail SSTMi dan dibantu oleh Tn Haji Kasbollah Bin Mohamed Idris jurulatih Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail , dan 4 orang jurulatih Sambilan  dari pusat latihan Sri Tanjung Tangkak. Selain itu juga program ini telah melibatkan atlet pelapis negeri Johor seramai 4  orang dan  5 orang urusetia dari MSN Johor bagi bersama - sama menjayakan program ini. 

SESI PAGI 

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan taklimat oleh PPN Zahari dengan memperkenalkan program pelapis Negeri Johor dan Objektif perlaksaaan program. Program diteruskan dengan sesi yang pertama iaitu pengenalan sukan sepak takraw ( teori) oleh Tn Haji Kasbollah Bin Mohamed Idris. Sesi pertama berakhir pada jam 9.30 pagi. 

SESI KEDUA 
Sesi kedua diteruskan pada jam 10.00 pagi selapas atlet berhenti rehat untuk minum pagi pada jam 9.30 pagi. Untuk sesi kedua telah dikelolakan oleh Tn Haji Ismail Bin Atan dengan sesi pengenalan sukan dan teknik - teknik asas dalam permainan sukan Sepak Takraw. Sesi kedua berakhir pada jam 12.30 tengahari. 

SESI KETIGA 
Sesi ketiga bersambung pada jam 2.30 petang dengan Ujian spesifik Sukan Sepak Takraw lebih kepada ujian posisi dalam permainan Sepak Takraw seperti ujian Posisi Tekong dan Killer. Jurulatih mengajar teknik- teknik asas tekong dan killer kepada peserta yang terlibat. Melalui Ujian spesifik ini panel jurulatih telah memilih peserta yang berbakat untuk di senarai pendek ke program pelapis negeri bagi mengikuti program latihan. Sesi ketiga ini tamat pada jam 3.30 petang. 

SESI KEEMPAT
Sesi Keempat bersambung pada jam 4.00 petang selepas peserta berehat minum petang pada jam 3.30 petang. Untuk sesi keempat ini jurulatih telah memecahkan 5 pasukan bawah 12 tahun dan 5 pasukan bawah 15 tahun bagi mengadakan mini game. Pihak MSNJ menyediakan  hadiah kepada pemenang - pemenang bagi sesi mini pertandingan. 

Program berakkhir pada jam 5.30 petang dengan upacara majlis penyampaian hadiah,kepada pemenang - pemenang dan cenderahati kepada sekolah - sekolah yang terlibat yang disampaikan oleh Tn Haji Ismail bin Atan. 

Ucapan terima kasih kepada tetamu dan pihak sekolah - sekolah yang turut serta dalam menjayakan program ini. Tahniah dan syabas kepada pihak MSN Johor , USPTN Johor , Persatuan Memanah dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dalam bersama -sama menjayakan program pengenalan dan Klinik Asas Sukan Memanah ini. 

Bingkisan laporan bergambar




















Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment