SUKAN : TINJU
TARIKH: 6HB DISEMBER 2015
NAMA : EDZAMRY BIN AMBIA
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT MSN JOHOR
JURULATIHJSM : AZME BIN ABD RAHMAN
MUHD FARID BIN ABD RAHMAN
KEHADIRAN : 11 ORANG
Pada 6hb Dis 2015 yang lalu,USPTN Johor melalui MSN Johor telah mengadakan satu mesyuarat JKK Sukan Tinju. Mesyuarat Ini adalah dilaksanakan bertujuan membentangkan program yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 serta bagi membincangkan perlaksanan penambahbaikan serta perancangan bagi tahun 2016.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia & Sukan Negeri Johor En.Mohammad Syafiq bin Hassan mewakili Pengarah MSN Johor yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi iaitu menghadiri majlis kemangkatan Tengku Laksaman Johor yang mangkat hari sebelumnya. Majlis mesyuarat JKK ini telah dihadiri oleh President Tinju Amatur Negeri Johor iaitu Tuan Hj. Kamal Bin Hj Ismail serta setiausaha kerja beliau En.Muhammad Hashim Muhd Yusoff turut hadir pada mesyuarat ini.selain itu wakil dari JPN Johor juga turut hadir iaitu En. Abdul Razak Bin Ali serta wakil-wakil dari Unit SUKMA Johor,Unit Gemilang, Unit Pembangunan MSNJ serta ISN Johor seterusnya jurulatih Tinju Johor. Banyak perkara yang telah di bincangkan,dirancang dan penambahbaikan dirangka bagi tahun 2016,Diharap kerjasama erat dapat dilaksanakan pada setiap unit ,jabatan dan antara persatuan dapat dilaksanakan dengan baik insyallah.
Sekian,Terima Kasih.
LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR
No comments:
Post a Comment