10 April 2016

JOHOR- LAPORAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT & KLINIK PENGENALAN SUKAN GIMRAMA

Masa - 8.30 pagi
Tarikh - 6 April 2016
Tempat - Dewan Terbuka SJKC Chung Hwa Presbyterian,Muar Johor
Pegawai - Rahmah Binti Wailtakun
Jurulatih- Toh Ai Lee


Kehadiran      :-

1. ISN Satelit                    : 5 orang
2. Plajar                            : 80 orang
3. Guru Pengiring             : 16 orang

Ulasan

Pada 6 April 2016 satu Program Mengenalpasti Bakat Sukan Gimrama telah dijalankan bertempat di Dewan terbuka SJKC Presbyterian Muar, Johor. Seramai 80 Orang pelajar telah Terlibat dalam sesi pemilihan tersebut. Pelajar yang hadir ke sesi pemilihan tersebut adalah daripada 8 sekolah di sekitar daerah Muar yang merangkumi pelajar wanita berumur 7, 8, dan 9 tahun.

Program bermula seawal 9.00 pagi selepas sesi pendaftaran pelajar selesai dan pelajar diberikan sarapan pagi sebelum ujian kecergasan dimulakan.Antara ujian yang dijalankan termasuk 10m Sprint, Standing Long Jump, Max Push-up dan lain-lain.Sesi ujian kecergasan tamat tepat pada pukul 1.00 tengah hari dan seterusnya kesemua pelajar diberikan makan tengahari dan berehat sebentar selama 1 jam untuk sesi seterusnya. Pada pukul 2.00 petang kesemua pelajar berkumpul semula di dewan terbuka untuk sesi klinik pengenalan sukan Gimrama yang di bantu oleh jurulatih dan juga beberapa atlet gimrama di bawah program pelapis negeri dan program tamat pada pukul 3.30 petang.













Saya yang menjalankan tugas,

Rahmah Binti Wailtakun

Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia
(Tenis,Gimrama,Gimnastik,Berbasikal)

Tel   : 018- 2929940 / 07-5545972
Fax  : 07-5548706

No comments:

Post a Comment