20 April 2016

JOHOR - MISI MENCARI PEMANAH- PEMANAH BERBAKAT DAN BERKUALITI PROGRAM KERJASMA USPTN JOHOR DAN SEKOLAH

Dimaklumkan Majlis Sukan Negeri Johor melalui Uni Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dan Persatuan  Memanah Negeri Johor  dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan Ujian Penilian Atlet Memanah Program kerjasama USPTN dan Program Latihan Sekolah. Program ini melibatkan sekolah - sekolah yang bekerjasama dengan program pelapis negeri Johor bermula pada pada 1 Feb 2015. 


Tujuan utama program ini dijayakan adalah untuk menilai markah / skor semasa atlet - atlet sekolah ini bagi melayakkan diri ke Program Pemilihan Atlet Karnival Bakat Pelapis Negeri 2016 Siri 1. Empat Lelaki dan Empat Perempuan dari pusat latihan sekolah ini akan layak ke program pemilihan yang akan dijalankan pada 7 dan 7 Mei 2016 bertempat di lapang sasar PLN Johor Bahru Taman Mutiara Rini JB. 

Panel pemilihan terdiri daripada Jurulatih Sepenuh Masa SUKMA Johor En.  Rahman Bin Saayon, Jurulatih Sepenuh Masa Pelapis Negeri En. Azizul Khairi Bin Tajuddin  dan jurulatih Separuh Masa USPTN En. Shuhairi Bin Jaruman 


Berikut adalah jadual Ujian penilaian atlet memanah di sekolah -sekolah 

18 April 2016 - SK Perumahan Tampoi JB 

20 April 2016 - SK Temenggong Abd Rahman 1 JB 

20 April 2016 - SMK Paduka Tuan Segamat (PLN) 

21 April 2016  - SM Islam Hidayah JB & SR Islam Hidayah JB 

22 April 2016 - Sekolah International Mount SAFA JB 

23 April 2016 - Atlet PLN Johor Bahru 

24 April 2016- SRJK Tamil Pasir Gudang 

25 April 2016 - SK Gambut Batu Pahat (PLD) 


Berikut adalah tentatif perlaksanaan Program 


TENTATIF PROGRAM 

0700-0730 - Pendaftaran peserta 

0730-0800 - Latihan Rasmi 

0800-0900- Jarak 1 30m (12-13 tahun) 60m (14-15 tahun)

0900-1000- Jarak 2 30m (12-13 tahun) 60m (14-15 tahun)

1030-1100- Majlis Penutup 

--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Memanah & Taekwondo & Sepak Takraw)

1 comment:

  1. Mengapa atlet bawah 18 tidak dilibatkan dalam program ini?

    ReplyDelete