20 October 2014

Johor - Bengkel Jurulatih PPS 2014 (20hb Oktober 2014)


Tarikh : 20 Oktober 2014 (Isnin)
Masa  : 8.30am - 4.00pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Bil. J/latih : 11 Lelaki / 5 Wanita
Sukan : Memanah

Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari kedua bengkel, bagi sukan memanah penambahan 3 orang jurulatih wanita menjadikan jumlah jurulatih seramai 15 orang.

Sesi pagi bermula dengan pembentangan dari En. Marbawi tentang teknik asas sukan memanah seperti cara berdiri, mencangkuk tali, edaran daya, tarikan penuh, membidik, tindakan susulan dan langkah-langkah asas yang lain. Seterusnya ke sesi cara penyelenggaraan alat. Seperti cara memasang dan asas tuning bow.

Sesi petang, En. Norizam memberi penerangan berkaitan penyediaan atlet dari segi fizikal, kemahiran, mental dan peralatan. Serta perkara-perkara yang perlu dititik beratkan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Perkongsian pendapat dan pengalaman bersama diharap mencapai objektif perlaksanaan bengkel ini.

Sekian.Terima kasih







No comments:

Post a Comment