28 October 2014

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2014

Sesi Hari Kelima
27 Oktober 2014 (Isnin)

Program pada hari kelima (hari terakhir) bermula pada jam 9.00 pagi di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil. Pada hari kelima atlet akan menjalani "control testing" yang diuji oleh jurulatih-jurulatih negeri. Sebelum "control testing" dimulakan atlet akan melakukan sesi pemanasan badan dahulu. Selepas itu, jurulatih akan membahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan melakukan ujian dari satu station ke station yang lain. Ujian yang dilakukan ialah "flexibility" dan "physical" pada sebelah pagi manakala pada sesi petang atlet akan melakukan teknik yang telah ditetapkan.

Pada sesi malam pula dijalankan pada pukul 8.30 malam. Semua jurulatih berkumpul di bilik mesyuarat bagi tujuan rumusan keseluruhan kem yang diketuai oleh En Onn Kwang Tung bagi MAG dan Natalia Sinkova bagi WAG.

Antara isu-isu yang berbangkit adalah seperti berikut:

1. Control Testing disarankan oleh jurulatih dibuat pada hari pertama dan latihan dilakukan pada hari berikutnya bagi tujuan membaiki kelemahan atlet.

2. Alatan kecil seperti pump guard perlu disediakan kerana ramai atlet mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan.

3. Program pembangunan bagi MAG tidak mempunyai masalah dan disetujui oleh para jurulatih.

4. Pihak persatuan akan memberikan maklumat kejohanan akan datang lebih awal (3 bulan sebelum) bagi memudahkan jurulatih untuk membuat persediaan awal.

Sekian, terima kasih




No comments:

Post a Comment