09 November 2014

KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014


HARI PERTAMA
3 NOV 2014 (ISNIN)
Atlet Johor bertolak dari Terminal Bas Larkin ke Terminal One Seremban pada jam 8.40 pagi dan tiba pada jam 12.30 tgh hari. Sesi pendaftaran dan makan pagi setelah tiba di Spanish Villa.

Taklimat program dijalankan pada jam 3.00 petang oleh Cik Nency. Sesi Pengenalan dijalankan oleh En.Latif, PPN Selangor dan dibantu oleh En. Syafiq, PPN Negeri Sembilan.

Atlet makan malam pada jam 7.00 petang dan sesi Ice Breaking pada jam 8.00 malam oleh Fasilitator jemputan dari UiTM. Program tamat pada jam 10.00 malam dan Cik Nency memberi penerangan tentang program hari esok.

HARI KEDUA
4 NOV 2014 (SELASA)
Sarapan pagi pada jam 7.00 dan Program Ujian Kecergasan Spesifik pada jam 8.00 pagi yang dikendalikan oleh pihak Institusi Sukan Negara (ISN). Atlet bergerak dengan menaiki bas untuk ke Central Court, Paroi. Program tamat pada jam 11.00 pagi dan atlet pulang ke Spanish Villa untuk makan tengah hari dan rehat.

Program latihan diteruskan pada jam 3.00 petang di Pusat Akuatik, Paroi. Untuk sesi latihan, setiap negeri dilatih oleh Jurulatih Pelapis Negeri masing-masing sambil dipantau oleh Jurulatih Kebangsaan En.Kenny. Atlet Johor dibantu oleh Coach Amin dari Negeri Sembilan dan Coach Sham dari Selangor. Sesi latihan tamat padajam 6.30 petang. Atlet pulang ke Spanish Villa dan terus makan malam.

Program Motivasi pada jam 8.00 malam dikendalikan oleh pensyarah psikologi dari UiTM, Dr.Mazlan. Prog tamat pada jam 10.00 malam.

HARI KETIGA
5 NOV 2014 (RABU)
Sarapan pada jam 7.00 pagi dan atlet terus ke Pusat Akuatik, Paroi untuk latihan terjun sehingga jam 11.30 pagi. Atlet kemudian pulang ke Spanish Villa untuk makan tengah hari dan rehat.

Atlet sambung latihan pada jam 2.30 petang di Pusat Akuatik, Paroi sehingga jam 6.30 petang. Kemudian mereka pulang ke Spanish Villa untuk bersiap sedia dan makan malam

Program bersama ikon iaitu bekas Atlet Terjun Malaysia, saudara Bryan Nickson. Beliau berkongsikan pengalamannya dalam sukan terjun ke peringkat antarabangsa kepada atlet-atlet muda ini. Kita juga sempat memuatkan slot ringkas daripada Atlet Terjun Malaysia, saudara Ahmad Amsyar. Program tamat pada jam 10.00 malam.

HARI KEEMPAT
6 NOV 2014 (KHAMIS)
Sarapan pada jam 7.00 pagi dan atlet terus ke Pusat Akuatik, Paroi untuk latihan terjun sehingga jam 11.30 pagi. Atlet kemudian pulang ke Spanish Villa untuk makan tengah hari dan rehat.

Mini Competition bermula pada jam 4.00 petang selepas atlet warm-up selama satu jam. Untuk acara 1m papan anjal, juri pertandingan adalah En. Lutfi - PPN Selangor, Coach Kenny – Jurulatih Kebangsaan dan Kak Intan PPN Sabah. Acara tertunda selama 10 minit akibat hujan lebat. Bagi acara 3m papan anjal, juri adalah Ahmad Amsyar – Atlet Terjun Malaysia, Coach Kenny – Jurulatih Kebangsaan dan Pandalela Rinong – Atlet Terjun Malaysia. Pertandingan tamat pada jam 6.30 petang.

Atlet berkumpul pada jam 7.30 malam untuk makan malam dan majlis penyampaian hadiah. Program turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefry Ngadirin; En. Megat Ketua Unit Pelpapis Serantau; En. Rizal Ketua Unit USPTN Negeri Sembilan; serta atlet kebangsaan Pandalela Rinong dan Ahmad Amsyar. Berikut merupakan butiran pemenang bagi Mini Competition:

Lelaki – 1m papan anjal
1. Bertrand Rhodict – Sarawak
2. Awang Mohd Sharszan fyirman – Sarawak
3. Meor Shazwan – Perak

Lelaki – 3m papan anjal
1. Bertrand Rhodict – Sarawak
2. Awang Mohd Sharszan fyirman – Sarawak
3. Tan Cyzn Yien – Selangor

Perempuan – 1m papan anjal
1. Eilisha Rania – Sarawak
1. Ong Jia Le – KL
2. Nur Alia Jasmina – Selangor

Perempuan – 3m papan anjal
1. Ong Jia Le – KL
2. Eilisha Rania – Sarawak
3. Nurul Najihah – Sabah

HARI KELIMA
7 NOV 2014 (JUMAAT)
Sarapan disediakan seawal jam 7.00 pagi dan aktiviti hari ini lebih kepada santai dan recover selepas Mini Competition semalam. Sesi penggulungan diadakan pada jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh semua atlet, PPN, Jurulatih dan ibu bapa yang hadir. Majlis tamat dan bersurai pada jam 10.00 pagi selepas sesi bergmbar. Makanan tengah hari disediakan pada jam 11.30 pagi dan atlet pulang mengikut persediaan pegawai masing-masing.

No comments:

Post a Comment