TARIKH : 8 OKTOBER 2016
--
MASA : 8.00 PAGI - 3.00 PETANG
TEMPAT : SMK MEDINI JOHOR BAHRU
Pada 8 Oktober 2016 yang lepas bersempena hari Sukan Negara 2016, USPTN Johor dan SMK Medini telah pun menganjurkan Program Pengenalan dan Klinik Asas Memanah di SMK Medini Johor Bahru
Tujuan utama adalah untuk mengenal pasti atlet- atlet yang berbakat dalam sukan memanah dan seterusnya mendedahkan pelajar tersebut ke Program Pelapis Negeri Johor.
Seramai 30 orang dan 6 orang ibu bapa peserta yang turut menyertai program pengenalan pada hari tersebut.
Program bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta dan diteruskan dengan taklimat PPN berkaitan Program Pelapis Negeri Johor dan perlaksanaan program Pengenalan dan Klinik Asas Sukan Memanah.
Selepas sahaja taklimat PPN program diteruskan dengan kelas (teori) bersama jurulatih sepenuh Masa USPTN Johor iaitu Encik Azizul Khairi Bin Tajuddin selaku ketua Program dan dibantu oleh En. Abd Rahman Bin saayon. Program bermula dengan pengenalan peralatan dan peraturan sukan memanah.
Pada jam 10.30 program bersambung dengan teknik asas sukan memanah. Peserta diberi penekanan 9 teknik asas dalam sukan memanah.
Manakala kelas praktikal pula bermula pada jam 11.30 pagi dan di ketuai oleh En Rahman bin Saayon bdan dibantu dengan atlet - atlet Pelapis Negeri Johor seramai 6 orang.
Pada sesi Praktikal ini, peserta telah diberikan peluang untuk mengfaplikasi teknik yang telah diajar pada sesi teori. Di akhir sesi praktikal , jurulatih telah mengadakan mini pertandingan kepada peserta - peserta secara berkumpulan.
Majlis penutup program pengenalan ini diserikan dengan kehadiran Pengetua SMK Medini bersama -sama GPK Ko Kurikulum SMK Medini.
Pihak USPTN Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMK Medini kerana memberi peluang kepada USPTN Johor untuk mencungkil bakat baru di SMK medini untuk di ketengahkan dan di serapkan ke Program Pelapis Negeri Johor.
Saya yang menjalankan tugas,
ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia
SDO Sukan
(Memanah & Taekwondo & Sepak Takraw)
No comments:
Post a Comment