21 December 2014

KEM BINA SEMANGAT SEPASUKAN PROGRAM PELAPIS 2014

Tempat: Akademi Kemahiran & Latihan Insan (AKLI), Kota Tinggi

Tarikh: 15 – 17 Disember 2014

Jumlah atlet: 60 orang

 

Hari Kedua (16 Disember 2014 / Selasa)

Aktiviti pada hari kedua bermula dengan perhimpunan pagi iaitu pada jam 6.00 pagi. Pada jam 7.00 pagi atlet sarapan dan jam 8.00 pagi atlet mula dengan ujian kecergasan yang dijalankan oleh Institut Sukan Negara (Cawangan Johor) sehingga jam 12.00 tengahari.


Sesi ceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada jam 2.00 petang yang disampaikan oleh Mohammad Izuan Bin Abdul Rahman tentang "bahayanya dadah" sehingga jam 4.00 petang.


Aktiviti diteruskan pada jam 4.30 petang iaitu aktiviti dalam bentuk kumpulan yang diketuai oleh pegawai dari Jabatan Bomba.

 

Makan malam disediakan pada jam 7.00 malam dan atlet terus ke surau untuk solat berjemaah. Selepas itu program diteruskan lagi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh syed Abd Rahman pada jam 8.00 malam.


Aktiviti pada waktu malam bermula pada jam 10.30 malam iaitu aktiviti jalan malam yang diketuai oleh pegawai dari Jabatan Bomba dan dibantu oleh Jurulatih dan semua pegawai.


Program pada  hari ini tamat pada jam 12.00 malam dan atlet dijelaskan tentang aktiviti pada hari esok.



Hari Ketiga(17 Disember 2014 / Rabu)

Aktiviti pada hari ketiga bermula dengan senam robik yang diketuai oleh Syed Abdul Rahman pada jam 6.00 pagi. Pada jam 7.00 pagi atlet sarapan dan jam 8.00 pagi atlet mula dengan aktiviti outdoor iaitu Xplorace sehingga jam 10.30 pagi.


Majlis penutupan bermula pada jam 12.00 tengahari yang disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor iaitu En Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin.


Majlis Bersurai pada jam 1.00 petang dan makan tengahari.


No comments:

Post a Comment