Tempat: Akademi Kemahiran & Latihan Insan (AKLI) 2014
Tarikh: 15 – 17 Disember 2014
Jumlah atlet: 60 orang
Hari Pertama (15 Disember 2014 / Isnin)
Atlet dan jurulatih tiba di AKLI Resources pada jam 12.00 tengah hari dan sesi pendaftaran dijalankan di depan dewan makan. Makanan tengah hari disediakan pada jam 1.00 petang dan sesi Taklimat Kem dijalankan di AKLI Hall 1.
Sesi ice-breaking pada jam 2.30 petang dikendalikan oleh pegawai dari Jabatan Bomba. Setelah rehat dan solat zohor, program disambung dengan aktiviti dalam kumpulan.
Makan malam disediakan pada jam 7.00 malam dan atlet terus ke surau untuk solat berjemaah serta tahlil selepas makan. Program diteruskan lagi dengan aktiviti outdoor yang memerlukan kerjasama dari semua pegawai dan jurulatih yang terlibat.
Program hari ini tamat pada jam 10.00 malam setelah atlet dijelaskan tentang aktiviti pada hari esok dan jamuan malam disediakan.
Secara keseluruhan, program sepanjang hari ini berbentuk santai dan aktiviti menarik yang mempunyai mesej semangat sepasukan. Objektif tercapai!
No comments:
Post a Comment