01 October 2014

UJIAN KECERGASAN ATLET TENPIN BOWLING PROGRAM PELAPIS NEGERI JOHOR

Sukan : Tenpin Bowling 
Tarikh : 14 September 2014
Masa : 8.30 Pagi 
Tempat : Akademi Tenis Taman Perling Johor Bahru 
Atlet : 13 Lelaki & 6 Perempuan 
Jurulatih : 2 Orang 
ISN : 4 orang 

Pada 14hb September 2014, Unit Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Pusat Satelit Institut Sukan Negara Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Ujian Kecergasan untuk atlet Tenpin Bowling Program Pelapis Negeri Johor (USPTN) bertempat di Akademi Tenis Taman Perling Johor Bahru, Johor. Program ini melibatkan seramai 19 orang atlet (13 Lelaki dan 6 orang perempuan) dan  2 orang jurulatih sambilan  program Pelapis Negeri Johor. Seramai 4 orang pegawai dari Institut Sukan Negara (ISN) yang telah  terlibat di ketuai oleh Pn. Nur Hazirah Binti Ahmad selaku ketua Penguji. 

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti 'Warm Up' yang dikelolakan oleh pihak Pusat Satelit ISN Johor. Peserta - peserta yang terlibat telah diuji oleh pihak ISN melalui ujian seperti 

1. Basic Anthropometry
- Standing Height 
- Body Weight

2. Flexibility
- Modified Seat & Reach 

3. Abdominal Mascular Endurance
-Maximum Crunches 

4.Upper Body Strenght Endurance
-Maximum Push Up 

5.Grip Strenght
-Hand Grip Test 

6.Aerobic Test
- Yo-yo Endurance Test 

Program berakhir dengan "warm' down" dan disusuli dengan rumusan ringkas daripada ketua penguji.. 

Pihak USPTN Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada Pihak ISN Johor, Jurulatih dan Ibu- bapa yang telah  terlibat  bagi bersama- sama menjayakan program tersebut. 

--
Saya yang menjalankan tugas,
vimala
ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Taekwondo,Tenpin Bowling,Tinju)

JHR - PEMANTAUAN TERJUN SEPTEMBER 2014


SUKAN : TERJUN                                         

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2014

NAMA : RAHMAH BINTI WAILTAKUN                 

MASA : 3.00 PETANG

TEMPAT : GYMNASIUM STADIUM LARKIN JOHOR


KEHADIRAN

JSN : XU JI

BIL ATLET : ATLET LELAKI 2   ATLET WANITA 2

LATIHAN

Ujian Kecergasan

PERTANDINGAN

-Tiada pertandingan sepanjang bulan Ogos.

KECEDERAAN

Tiada


PERALATAN

Penukaran Papan Terjun kerana sudah licin dan sangat membahayakan keselamatan atlet.

PROGRAM PEMBINAAN

Perancangan untuk menganjurkan program TID dan Klinik pada hujung tahun 2014

ULASAN

1. Jurulatih telah meletakan jawatan pada bulan Ogos 2014. Sehingga kini kami menunggu Jurulatih sepenuh masa yang baru dan dijangka akan masuk pada hujung tahun 2014.

2. Sepanjang jurulatih tiada, atlet menjalankan latihan kecergasan di Gymnasium yang dibawa oleh En.Nawawi daripada ISN Johor, Ujian kecegasan dijalankan pada setiap hari selasa dan khamis pada pukul 3.30ptg hingga 5 petang.

3. Atlet juga akan turun ke kolam sekiranya SDO atau ibu bapa mempunyai masa untuk mengawal atlet tersebut untuk turun ke kolam. Ini adalah untuk mengelakkan badan atlet tidak keras. Atlet akan melakukan latihan sepertimana yang jurulatih telah latih semasa latihan.






PROGRAM PENGENALAN DAN KLINIK ASAS SUKAN TINJU

Sukan : Tinju 
Tarikh : 7-8 Sept 2014 
Tempat : SMK Bandar Putra Segamat 

Pada 7 dan 8hb September yang lalu, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi TInggi Negeri Johor telah mengadakan program pencaraian bakat- bakat baru sukan Tinju iaitu Program Pengenalan Sukan Tinju & Klinik Asas Sukan Tinju. Program tersebut telah diadakan di Dewan SMK Bandar Putra Segamat Johor melibatkan seramai 50 orang pelajar SMK Bandar Putra , 3 orang jurulatih sambilan USPTN Johor, 1 Pegawai USPTN Johor dan 6 orang atlet Tinju SMK Bandar Putra Segamat Johor. 

Objektif utama pengajuran program ini adalah bertujuan memperkenalkan sukan Tinju di Sekolah SMK Bandar Putra Segamat dan mencungkil bakat- bakat baru yang berumur 13 & 14 tahun untuk di ketengahkan kepringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga program ini bertujuan bagi mecari atlet pelapis untuk diserapkan ke Program SUKMA Johor 2020. 

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti Pengenalan Sukan dan Peralatan Sukan Tinju dan disusuli dengan Demonstarsi Sukan Tinju oleh Atlet Program Pelapis Negeri Johor dan Seterusnya Klinik Asas Latihan yang dikelolakan oleh jurulatih Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor. 

Pada sesi petang peserta- peserta diberi taklimat asas pertandingan sukan Tinju dengan mengadakan Mini Pertandingan. Pada sesi ini peserta- peserta diberi peluang untuk memperaktikkan teknik2 yang telah diajar pada sesi pagi. 

Di akhir program pihak USPTN Johor telah menyerahkan  Sijil penyertaan kepada peserta- peserta dan cenderahati kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan padu agi melahirkan atlet- atlet sukan tinju pada masa akan datang. 


Akhir sekali pihak MSN Johor melalui USPTN Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah SMK Bandar Putra di atas sokongan dan bantuan bagi menjayakan program Pengenalan dan Klinik Asas Sukan Tinju 

'LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR"
--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Taekwondo,Tenpin Bowling,Tinju)

PROGRAM TID, PENGENALAN DAN ASAS SUKAN ANGKAT BERAT


Sukan : Angkat Berat
Tarikh : 10-11 Sept 2014
Tempat :Akademi Tenis Taman Perling Johor Bahru, Johor

Pada 10 & 11 hb September yang lalu, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi TInggi Negeri Johor telah mengadakan program pencaraian bakat- bakat baru sukan Angkat Berat  iaitu Program TID , Pengenalan Sukan Angkat Berat  & Klinik Asas Sukan Angkat Berat . Program tersebut telah diadakan di Akademi Tenis Taman Perling Johor Bahru  melibatkan seramai 50 orang pelajar SMK Taman Sri Perling Johor Bahru (49 lelaki & 1 wanita), 2 orang jurulatih sambilan USPTN Johor, 1 Pegawai USPTN Johor , 4 orang atlet Program Pelapis Negeri Johor dan 4 Orang Urusetia.

Objektif utama pengajuran program ini adalah bertujuan memperkenalkan sukan Angkat Berat kepada sekolah yang berhampiran dengan pusat latihan Angkat Berat MSN Johor iaitu SMK Taman Sri Perling Johor Bahru dan mencungkil bakat- bakat baru yang berumur 13 & 14 tahun untuk di ketengahkan kepringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga program ini bertujuan bagi mecari atlet pelapis untuk diserapkan ke Program SUKMA Johor 2020. 

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti TID yang dikelolakan oleh pihak Institut Sukan Negara dan Pusat Satelit ISN Johor. Peserta - peserta yang terlibat telah diuji oleh pihak ISN melalui ujian seperti 

1. Basic Anthropometry
2. Flexibility
3. Abdominal Mascular Endurance
4.Upper Body Strenght Endurance
5.Grip Strenght
6.Aerobic Test 

Seterusnya program diteruskan dengan Pengenalan Sukan dan Peralatan Sukan Angkat Berat  dan disusuli dengan Demonstarsi Sukan Angkat Berat  oleh Atlet Program Pelapis Negeri Johor dan Seterusnya Klinik Asas Latihan yang dikelolakan oleh jurulatih Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor. 

Pada sesi petang peserta- peserta diberi taklimat asas pertandingan sukan Angkat Berat  Pada sesi ini peserta- peserta diberi peluang untuk memperaktikkan teknik2 yang telah diajar pada sesi pagi. 

Di akhir program pihak USPTN Johor telah menyerahkan  Sijil penyertaan kepada peserta- peserta dan cenderahati kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan padu agi melahirkan atlet- atlet sukan Angkat Berat  pada masa akan datang. 


Akhir sekali pihak MSN Johor melalui USPTN Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah SMK Sri Perling Johor Bahru  di atas sokongan dan bantuan bagi menjayakan program Pengenalan dan Klinik Asas Sukan Angkat Berat  
--



--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Taekwondo,Tenpin Bowling,Tinju)