30 October 2010

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 02/2010

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 02/2010
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
27 -31 OKTOBER 2010

LAPORAN HARI KETIGA (29 OKTOBER 2010)

Pasukan Menembak Pelapis Negeri Johor telah memperolehi 1 emas melalui acara individu 10 meter air pistol melalui Eddy Chew dan 2 perak melalui berpasukan 10 meter air pistol lelaki yang terdiri daripada Eddy Chew, Nor Afiffudin bin Nordin serta Lim Darwin dan individu 10 meter air rifle waniat melalui Nuraidatul Elia Bt Abd Rahim. Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Daerah Batu Pahat diatas bantuan dan kerjasama yang diberikan ini. Esok (30 Oktober 2010) akan meneruskan perjuangan bagi acara 10 meter air rifle lelaki : individu dan berpasukan dan 10 meter air pistol wanita individu dan berpasukan.

Acara Olahraga telah pun menutup tirai pertandingan dengan jayanya tanpa ada sebarang permasalahan yang besar. Keseluruhan pasukan olahraga Pelapis Negeri Johor telah memperoleh 1 emas melalui acara 200 meter Teong Sui Min dengan catitan masa 26.5 saat. Perak pula dimenangi oleh Teong Sui Min melalui acar 100 meter bawah 21 tahun dengan catitan masa 13.51 saat (28 Oktober 2010). Acara lompat kijang gagal melayakan diri ke pusingan kedua. dan acara lompat jauh melalui Ng Sze Cin (5.01 meter).
 Ng Sze Cin (Kucing)... go girl......
Tn Hj Shazan sibuk menerangkan teknik lompatan yang betul....
Teong Sui Min

Tahniah kepada semua gimnas Pelapis Negeri Johor kerana telah lulus bagi 'up greding' gred 1, 2, dan 3. Tahniah juga kepada 'litter gymnast' menduduki tempat ke empat berpasukan bagi kategori litter gymnast.


Hari pertama acara sepak takraw dipertandingan bagi peringkat berkumpulan yang melibatkan acara regu 21 tahunke bawah, double dan regu 18 tahun kebawah. Kontinjen Pelapis Negeri Johor telah menghantar 2 pasukan melibatkan pusat latihan Tangkak, Johor dan pasukan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor. Semua regu bawah 21 tahun, regu bawah 18 tahun dan daouble telah layak memasuki pusingan kedua yang akan dipertandingakan pada (30hb Oktober 2010). Tahniah semua.

jersi baru pusat latihan Tangkak, Johor yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor


antara aksi para pemain


29 October 2010

KARNIVAL SUKAN PELAPIS 02/2010

LAPORAN PENYERTAAN
KONTINJEN PELAPIS NEGERI JOHOR
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 02/2010, 
SEREMBAN N.SEMBILAN
HARI KEDUA : 28HB OKTOBER 2010

Pada 28hb Oktonetr ini, Karnival Sukan Pelapis Negeri 02/2010 telahpun memulakan pertandingan secara rasminya diperingkat awal dan juga akhir pada awal jam7.30 pagi sehingga 5.00 petang  tadi.Terdapat beberapa para atlet Pelapis Negeri Johor yang telah memulakan pertandingan diantaranya tinju di Center Point Seremban, gimrama di Center Court Paroi, olahraga di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi dan memanah di Padang Institut Pergurusan Raja Melewa.

Berikut adalah beberapa keputusan pertandingan 28hb Oktober 2010 yang membabitkan para atlet pelapis Negeri Johor.

Sukan Tinju (Kategori Bawah 16 Tahun)
1. 51 kg - Muhammad Hazizul Hakim B. Md Shukor (15 Tahun) - menang - mara Suku Akhir
2. 48 kg - Muhammad Izzat Ismat Bin Gani (15 Tahun) - menang - mara Separuh Akhir
3. 54 kg - Muhd Asyraf Bin Zulkifle (16 Tahun) - menang - mara Separuh Akhir
4. 64 kg - Syazwan Shah Bin Omar (16 Tahun) - menang - mara Separuh Akhir

Sukan Gimrama 
1. Grade LG Team Event : 3rd (Wait for tomorrow result)

Sukan Olahraga
1. Lompat Jauh : Ng Sze Cin (Tempat Ke-4) : 5.01 Meter
2. 100 meter Wanita : Teong Sui Min (Gangsa) :


Sukan Memanah
8.30 pg - 12.00 pm : Sightest

Hazizul sedang membuat sesi pemanas badan



 

28 October 2010

HARI PERTAMA (KARNIVAL PELAPIS SIRI 2/2010)

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 2/2010

Hari Pertama : 27 OKTOBER 2010


Alhamdullilah pada 27 Oktober 2010 semua kontinjen Johor telah selamat sampai di penginapan kami iaitu di Hotel Sri Senawang sekitar jam 6.oo petang dengan menaiki 2 buah bas, sebuah bas Sekolah Sukan Bandar Penawar dan sebuah Bas Persiaran. Manakala beberapa jurulatih dan pegawai telah membawa kenderaan masing-masing bagi memudahkan perjalanan ke venue pertandingan kelak.
HOTEL SRI SENAWANG

Kemudian pada sebelah petang dan malam, beberapa sukan telah pun menjalankan sesi Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan Gimrama, Memanah, Olahraga dan Tinju.

Kesemua sukan di atas akan memulakan pertandingan pada 28 Oktober 2010. Manakala bagi sukan Sepak Takraw dan Menembak akan memulakan pertandingan pada 29 Oktober 2010 setelah Mesyuarat Pengurus Pasukan diadakan pada 28 Oktober 2010. Sekian untuk makluman hari ini. Pihak kami akan sentiasa update result dan berita terkini dari masa ke semasa.


MESYUARAT PENGURUS PASUKAN MEMANAH

27 October 2010

KARNIVAL SUKAN PELAPIS SIRI 2/2010

MAJLIS AMANAT & PENYERAHAN BENDERA JOHOR OLEH PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR

Pada 27-31 Oktober 2010 akan berlangsungnya Karnival Sukan Pelapis Siri 2/2010 bertempat di Seremban Negeri Sembilan. Berikutan daripada itu sebuah Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) telah diadakan sebelum kontijen bertolak pada 27 Oktober 2010. Majlis diadakan di halaman asrama Akademi Serantau dengan dihadiri oleh Pengarah (MSNJ), Penolong Pengarah (MSNJ), Ketua-ketua Unit (MSNJ), Ketua Pusat Satelit ISN, Ketua Unit USPTN, Para Pegawai USPTN dan Para atlet-atlet Pelapis Negeri dan Serantau.

Majlis diserikan dengan ucapan dari Ketua Unit USPTN dan seterusnya ucapan dan Amanat dari Pengarah (MSNJ). Sepenjang ucapan dan amanat dari tuan Pengarah, beliau sering memberi kata-kata semangat yang tinggi kepada para atlet agar lebih yakin dan dapat membanggakan negara suatu hari kelak. Beliau juga berharap agar penyertaan Pelapis Johor ke Karnival pada kali ini dapat menunjukkan peningkatan prestasi berbanding dengan Karnival yang lalu iaitu di Karnival Siri 1/2010 (Kedah).

Akhir sekali Majlis diteruskan dengan Penyerahan Bendera oleh Pengarah (MSNJ) kepada Ketua Unit USPTN selaku Ketua Operasi bagi Kontijen Pelapis Johor. Kami warga USPTN Johor amat berbangga dengan semangat dan komitmen yang diberi oleh Pengarah (MSNJ). Beliau juga akan turut serta bersama-sama kontijen Pelapis Johor ke Karnival ini. Diharap dengan kehadiran beliau atlet-atlet akan lebih bersemangat ketika bertanding.

Karnival kali ini melibatkan 93 orang kontijen termasuk atlet, jurulatih dan urusetia. Berikut adalah sedikit maklumat penyertaan ke Karnival Siri 2/2010:-

1. GIMRAMA : ATLET-16 ORANG , JURULATIH - 2 ORANG
2. TINJU : ATLET - 7 ORANG, JURULATIH - 2 ORANG
3. MEMANAH : ATLET- 10 ORANG- JURULATIH - 3 ORANG
4. SEPAK TAKRAW SSBP : ATLET 11 ORANG, JURULATIH 2 ORANG
5. SEPAK TAKRAW TANGKAK : ATLET 11 ORANG, JURULATIH 2 ORANG
6. MENEMBAK : ATLET 10 ORANG, JURULATIH 3 ORANG
7. OLAHRAGA : ATLET 3 ORANG, JURULATIH 2 ORANG

PEGAWAI : SERAMAI 9 ORANG


KETUA-KETUA UNIT YANG HADIR

KATA-KATA SEMANGAT DARI PENGARAH



PENYERAHAN BENDERA KEPADA KETUA UNIT USPTN JOHOR

PEMANTAUAN KUN KE PLN TINJU

KEM LATIHAN PERSIAPAN
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 02/2010
SUKAN TINJU 
DI PUSAT LATIHAN TINJU MSN JOHOR/ MSNM
25HB OKTOBER 2010

Larkin, Johor Bahru: Pasukan Pelapis Negeri Johor telah membuat persiapan rapi bagi menyertai Karnival Sukan Pelapis Negeri 02/2010 di Seremban, Negeri Sembilan. Pada karnival yang lepas di Alor Star Kedah, Pasukan Pelapis Johor telah memperoleh 3 emas, 2 perak dan 4 gangsa serta dua peninju dari program pelapis negeri Johor telah diserapkan ke program Pelaspi Serantau. Kem ini telah mengumpukan semua peninju di negeri Johor dari Johor Bahru dan Pontian. Kem latihan ini melibatkan 3 orang jurulatih iaitu 2 dari pelapis negeri dan seorang dari pelapis serantau dan seramai 9 orang atlet telibat di dalam kem latihan ini.

Semoga pasukan tinju akan peroleh kejayaan.





PEMANTAUAN KUN USPTN JOHOR

PEMANTAUAN KUN USPTN JOHOR
TID SUKAN MENEMBAK SEKITAR BATU PAHAT
BAGI UMUR 12 TAHUN
21HB OKTOBER 2010


Batu Pahat; Satu program TID sukan menembak telah dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih di sekitar Lapangsasar Menembak Jalan Tanjung Laboh Batu Pahat. Sesi pemantaun KUN USPTN Johor telah dilaksanakan ke Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam Batu Pahat didapat seramai 67 orang pelajar wanita telah dibuat tapisan TID peringkat awal (fasa 1) dan seramai 6 orang pelajar wanita telah dipilih untuk menjalani ujian bertulis yang disediakan oleh jurulatih. Pelajar-pelajar yang terpilihan ini akan di panggil untuk menjalani ujian ke dua (fasa 2) di Lapangsasar Menembak Johor di Jalan Tanjung Laboh Batu Pahat yang dijangkakan pada 11hb Nov 2010 ini.

Pemantauan kedua dibuat di Sekolah Kebangsaan Limpooh 2, Batu Pahat yang melibatkan pelajar lelaki dan wanita darjah 6 (12 tahun). Seramai 5 orang pelajar telah dipilih (3 lelaki dan 2 wanita) untuk menghadiri sesi TID fasa 2 akan datang.










24 October 2010

PROGRAM MENEGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN SEPESIFIK MENEMBAK FASA 1

Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Menembak Fasa 1
Tempat : 9 buah Sekolah Daerah Batu Pahat
Tarikh : 7 - 22/10/2010
Masa : 9.00am - 3.00pm



Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor di bawah Program Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Menembak yang melibatkan pelajar yang berumur 12 tahun lepasan UPSR pada 7hb hingga 22hb Oktober di 9 buah sekolah di daerah Batu Pahat, Johor sepertimana berikut :

BIL
SEKOLAH
TARIKH
1
      SK. Montfort, Batu Pahat
7 Oktober 2010
2
      SK. Bandar, Batu Pahat
3
      SK. Banang Jaya, Batu Pahat
8 Oktober 2010
4
      SK. Convent, Batu Pahat
14 Oktober 2010
5
      SK. Bukit Soga, Batu Pahat
6
      SK. Tengku Mariam, Batu Pahat
15 Oktober 2010
7
      SK. Lim Poon 1 & 2, Batu Pahat
21 Oktober 2010
8
      SK. Temenggung Ibrahim, Bt. Pahat
22 Oktober 2010


Sehubungan itu, seramai 82 orang pelajar telah terpilih untuk menghadiri Ujian Kecergasan Fasa 2 yang akan dilaksanakan oleh pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat, Institut Sukan Negara sepertimana berikut:


Tarikh             :           11 November 2010
Hari                 :           Khamis
Masa                :           9.00 pagi
Tempat            :           Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor






21 October 2010

PEMANTAUAN SDO KE PLN OLAHRAGA

Pemantauan PLN Olahraga Batu Pahat,Johor
Tempat : SMK Kolam Air Batu Pahat,Johor
Tarikh : 15/10/2010

Masa : 4.30pm - 7.00pm
Jurulatih : Hj. Shazan Amir

Latihan dilakukan disekolah kerana stadium UTHM masih lagi tidak siap sepenuhnya ,oleh itu latihan dilakukan di sekolah ini.Kedatangan atlet sedikit menyecewakan kerana ramai yang tidak dapat menghadiri latihan kerana kelas tambahan ,memandangkan musim perperiksaan yang semakin hampir khususnya pelajar yang akan menduduki PMR & SPM.













Jurulatih memberi penerangan kepada atlet















































Atlet membuat lompatan

GRAND PRIX FINALIST SIRKIT BOLING REMAJA JOHOR 2010

GRAND PRIX FINAL SIRKIT REMAJA BOLING JOHOR
2010
Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera.
Di bawah adalah Maklumat Pertandingan GP Final Boling Sirkit Remaja Johor 2010 untuk dimuaturun:-
  1. Format Pertandingan (click di sini)

JADUAL PERTANDINGAN DAN JADUAL PROGRAM

Berikut adalah senarai finalist yang layak ke pusingan akhir GP FINAL.
Tahniah diucapkan kepada para atlet yang layak dan kepada yang tidak layak boleh mencuba lagi tahun hadapan.