Showing posts with label SUKAN PELAYARAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN PELAYARAN. Show all posts

13 February 2015

JOHOR - PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN PELAYARAN 2015

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN PELAYARAN 2015

Tarikh            : 10 Februari 2015

Masa             : 11.00 Pagi

Tempat          : SMK SUNGAI TIRAM, ULU TIRAM

Kehadiran      :-
1. Persatuan              : En. Norzaidi bin Ahmad Fuad
2. PPN                       : En. Firman bin Mohd Zambri
3. ISN Satelit              : 6 orang
3. Guru                       : 2 orang
4. Pelajar Sekolah      : 51 orang ( 29 Lelaki, 22 Perempuan)

Ulasan
1.  Atlet daftar pada jam 11.00 pagi, dan taklimat program disampaikan oleh PPN En. Firman Bin Mohd Zambri. 

2. ISN mengambil alih untuk ujian kecergasan yang diketuai oleh Institut Sukan Negara Bukit Jalil dan dibantu oleh Insitut Sukan Negara Cawangan Nusajaya. 

3. Secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada pihak sekolah terutamanya pengetua sekolah menyokong program yang dianjurkan. 

4. Atlet yang terpilih akan dimaklumkan secara rasmi kepada pihak sekolah dan terus kepada ibubapa setelah semua maklumat diteliti. 


20 October 2014

LAPORAN KEJOHANAN PELAYARAN KFC-FELDA JOHOR OPEN REGATTA 2014

Hari Pertama Kejohanan 17.10.2014 | Jumaat

Sebanyak 15 pasukan telah terlibat dalam Johor Regatta 2014 ini, dan sejumlah 155 orang peserta dari setiap pasukan dan acara telah mendafarkan diri termasuk pasukan Navy Lumut, dan Team Malaysia.

Pagi ini, peserta telah diberikan taklimat tentang laluan dan peratuaran di Dewan Persatuan Pelayaran Johor dan peserta terus membuat pendaftaran selepas taklimat selesai.

Kejohanan bermula pada jam 3.00 pertang ini dengan acara Marathon Race untuk semua kelas bot. Keadaan angin yang baik pada kejohanan ini dan acara ini tamat pada jam 5.00 petang.

Hari Kedua Kejohanan
18.10.2014 | Sabtu

Pada hari ke-2 kejohanan, acara (individual race all class) bermula pada jam 1.00 petang kerana kekuatan angin yang rendah. Hanya 2 perlumbaan sahaja dapat ditamatkan. Kejohanan tamat pada jam 3.30 petang.

Hari Ketiga Kejohanan 19.10.2014 | Ahad

Pada hari terakhir kejohanan, acara dimulakan pada jam 11.00 pagi hingga 2.30 petang. Hanya bot kelas Optimist sahaja tamat 2 perlumbaan manakala bot kelas yang lain berjaya menghabiskan 3 perlumbaan.

Acara penyampaian hadiah berlangsung pada jam 5.00 petang. Pihak Johor Corp. juga mengambil kesempatan kejohanan ini untuk memberi saguhati SUKMA 2014 kepada pasukan Johor dan anak Johor yang merangkul pingat Perak dalam Sukan Asia 2014 di Incheon Korea, NURAISYAH BINTI JAMIL.

Berikut Merupakan Keputusan Pemenang:

OPTIMIST KESELURUHAN (WANITA)
1. NURIN ARISHAH BT MOHD AZMAN - JOHOR
2. NOR NABILA NATASHA – MYA/MSN PELAPIS
3. NUR AISHAH BT ROSE RAMLY – MYA/MSN PELAPIS

OPTIMIST KESELURUHAN
1. MOHD SYAFIE B ALI – MYA/MSN PELAPIS
2. MOHD FAUZI B KAMAN SHAH – MYA/MSN PELAPIS
3. ABD LATIF BIN MASUR – TESA

LASER 4.7 (LELAKI)
1. AHMAD KHAIRUL HAFIZ BIN AHMAD KHAMBALI – MYA/MSN PELAPIS
2. ASMAWI B AZMAN – TESA
3. MUHD AMIRUL MUZAMMIR – SELANGOR

LASER 4.7 (WANITA)
1. AL-YAUMA AKMA – TESA
2. NURUL SHATIRA – MYA/MSN PELAPIS
3. NATASYA NABILA – MYA/MSN PELAPIS

LASER RADIAL (LELAKI)
1. ASRI BIN AZMAN – MYA/MSN PELAPIS
2. MUHAMAD AMIRUL SHAFIQ BIN MD JAIS – JOHOR
3. MUHD MUSTAKIM BIN ROS SAIDI – MAFSA

LASER RADIAL (WANITA)
1. NURLIYANA BT MOHAMAD LATIF – MYA/MSN PELAPIS
2. NUR SHAZRIN BT MOHD LATIF – MYA/MSN PELAPIS
3. ADELE LIM – KYC

LASER STANDARD OPEN
1. AHMAD LATIF KHAN BIN ALI SABRI KHAN – MYA/MSN ELIT
2. MUHAMAD FARHAN BIN KAMARDIN – JOHOR
3. SAIFUL ZAMRI BIN MAWI – MAFSA

WINDSURFING – BIO TECHNO
1. EIFEE SHAHRIZAN B ALIAS – TESSA
2. MUHD HAFIZ BIN HARUN – TESSA
3. AHMAD DANISH B ABD HADI KAME – MYA/MSN ELIT

INTERNATIONAL 420 (LELAKI)
1. MOHD ISAN & MOHD FAUZAN – MYA/MSN PELAPIS
2. MOHD ZAMRI & HAKIM WAGIMAN – JOHOR
3. MOHD UZAIR AMIN & NAQUIB EIMAN – MYA/MSN PELAPIS

INTERNATIONAL 420 (WANITA)
1. NURAISYAH BINTI JAMIL & MUHAMMAD HANAFI BIN NAZARUDDIN – JOHOR
2. NOR ADRIANA & SITI NUR FATIHAH – MYA/MSN PELAPIS
3. NURHAMIZATUL AMIRA & AINI KHAIRIYAH – USPTWP

MARATON OPTIMIST OPEN
1. MUHAMMAD DHIAUDDIN BIN ROZAINI – MYA/MSNN PELAPIS
2. ABD LATIF B MASUR – TESA
3. MOHD IZZUDDIN BIN ABD RANI – TESA

MARATHON LASER OPEN
1. AHMAD LATIF KHAN BIN ALI SABRI KHAN – MYA/MSN ELIT
2. AZRI AZMAN – MYA/MSN PELAPIS
3. KHAIRUNNEETA BT MOHD AFENDY – MYA/MSN ELIT

MARATHON INTERNATIONAL 420 OPEN
1. ALI IMRAN & IKRAMIN – TESA
2. NOR ADRIANA & SITI NURFATIHA – MYA/MSN PELAPIS
3. MOHD IHSAN & MOHD FAUZAN – MYA/MSN PELAPIS

MARATHON KESELURUHAN
PIALA PUSINGAN: AHMAD LATIF KHAN BIN ALI SABRI KHAN – MYA/MSN ELIT (LASER STANDARD)

24 August 2014

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN PELAYARAN BIL 01-08 TAHUN 2014

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : PELAYARAN                                        

TARIKH : 23 OGOS 2014

NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD

MASA : 11.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT PELAYARAN JOHOR, TUNJUK LAUT BEACH RESORT, TANJUNG LEMAN, MERSING


KEHADIRAN

JSM : ABDUL AZIZ BIN HASHIM

BIL ATLET : ATLET LELAKI 5   ATLET WANITA 4


LATIHAN

Atlet tidak turun laut kerana knot angin yang rendah dan arus laut yang kuat.

Walaupun begitu, atlet pelapis lama dan baru diberi kelas perbincangan ringkas tentang asas pelayaran, post-mortem kejohanan di Selangor dan persediaan peralatan bagi kejohanan di Sabah.


PERTANDINGAN

KFC-NSC 21st MERDEKA DAY OPEN REGATTA 2014 SABAH


KECEDERAAN

-Tiada-


PERALATAN

Atlet memeriksa dan menyediakan layar dan peralatan lain untuk kejohanan di Sabah.


PROGRAM PEMBINAAN

-Tiada-



ULASAN

1. Kehadiran agak memuaskan walaupun di minggu peperiksaan, kerana pihak JYA (Johor Yatching Association) menganjurkan program Sambutan Hari Raya bersama semua atlet, guru sekolah, murid-murid di sekolah berdekatan serta ibu bapa.

2. Pak Aziz menerangkan dengan teliti akan pelan perjalanan atlet yang akan ke Sabah serta persediaan yang perlu dilakukan oleh atlet.

3. Program Sambutan Hari Raya yang dianjurkan mendapat makum balas yang membina daripada kalangan guru dan ibu bapa di sesi dialog terbuka.

"LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR"


MOHAMAD RASHIDI DAUD,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Memanah, Pelayaran, Taekwondo)

19 August 2014

KEJOHANAN PELAYARAN: 6th KFC MDKL SELANGOR OPEN REGATTA 2014

Tarikh : 15 - 17 OGOS 2014
Tempat : PANTAI BATU LAUT, KUALA LANGAT, SELANGOR

Ulasan:
- Pasukan Johor menginap 5km dari tempat kejohanan di  2 buah Homestay (Lelaki & Perempuan)
- Seramai 8 atlet lelaki dan 5 atlet wanita terlibat
- Kejayaan yang dibawa pulang oleh pasukan Johor:-
          - NURIN ARISYA BTE MOHD AZMAN
            (Tempat Pertama : Optimist - Women Overall)

          - MOHD AKIL BIN JAMIL
            (Tempat Ke-8 : Optimist - Keseluruhan)


Rumusan:
Pengalaman menyertai kejohanan pelayaran secara holistik kepada saya sangat berguna. Bermula dari Pengumpulan atlet, Load & Unload Barang, Brief meeting, Tarik troli turun, Turun laut (Coach Boat), Lunch atas bot, Tarik troli naik, Basuh bot, Kemas layar, Post-mortem dan seterusnya berulang sehingga tamat kejohanan. Pada akhirnya, semangat kental fizikal & mental para atlet harus diberi kredit bukan dengan hanya wang ringgit, tetapi pengurusan yang telus dan memudahkan jalan anak-anak muda ini. Semoga saya dan pasukan pembangunan Johor dapat menyumbang kepada pembangunan SUKAN dan ATLET dalam membina kejayaan mereka.

Untuk gambar lebih lanjut :
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.938457659503618.1073741833.100000181774564&type=3

"Luaskan Kuasa Sukan Johor"

(Rashidi Daud)
SDO Sukan Pelayaran

22 July 2014

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN MEMANAH BIL 02-07 TAHUN 2014

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : MEMENAH                                        

TARIKH : 15 JULAI 2014

NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD

MASA : 3.45 PTG

TEMPAT : SEBELAH PADANG SEKOLAH PADUKA TUAN, SEGAMAT JOHOR.


KEHADIRAN

JSM : CIKGU AZLAN BIN ARIS

BIL ATLET : ATLET LELAKI 2


LATIHAN

1. Memanah jarak 20m, membaiki semula asas memanah atlet (bahu dan keseimbangan badan)


PERTANDINGAN

-Tiada-


KECEDERAAN

-Tiada-


PERALATAN

Milik persatuan dan atlet sebelum ini.


PROGRAM PEMBINAAN

-Tiada-


ULASAN

1. Kehadiran kurang memberangsangkan kerana ramai atlet lebih tertumpu kepada PT3 yang banyak melibatkan amali pelajar  

2. Sempat berbincang dengan pengetua sekolah Cikgu Balachandra tentang isu memanah di sekolah.

3. Pengetua meminta agar tarikh untuk kejohanan selepas ini diperbincangkan bersama dengan pihak JPN agar tidak mengganggu jadual peperiksaan besar atlet seperti PT3, SPM dan peperiksaan akhir tahun.

4. Pengetua juga meminta agar atlet diberi pendedahan apa kelebihan sukan dalam pelajaran atau dunia pekerjaan terutama mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan.

07 February 2014

PEMANTAUN SUKAN PERAHU LAYAR


SUKAN PERAHULAYAR

Tarikh : 7 Februari 2014
Masa Latihan : Jumaat 4.30 - 7.00 mlm
Sabtu 7.30 - 10.00 Pagi
Tempat : Tanjung Leman , Mersinh
Kehadiran
Jurulatih : Jurulatih En Naza
Atlet : 10 Lelaki 7 Perempuan


Ulasan :-

Latihan dijalankan seperti mengikut jadual baru iaitu pada pagi jumaat , latihan teori dan selepas sembahyang jumaat , latihan di laut dimulakan

Jurulatih

Jsm En Zamri dan En Zaidi sedang menjalani khusus khas kategori 420 di Pulan Langkawi dan dijangka akan pulang pada hari isnin bagi membawa atlet ke Kejohanan Di Langkawi pada 13-16 Februari ini

Diatas perbincangan bersama Jsm En aziz , kemungkinan beliau akan menarik diri sebagai Jsm pelapis Johor kerana faktor usia dan kesihatan.Dan cadangan dari pihak kami melantik En zaidi, jsm persatuan sebagai JPM sukan perahu layar pelapis Johor.

Atlet

Latihan dijalankan seperti biasa dan kebanyakkan atlet baru masih dalam berada pengawasan jsm semasa latihan amali dilaut.

Alatan

Alatan seperti fin dan sail masih berada didalam keadaan yang uzur . Kerosakkan pada bahagian tersebut memberi impak kepada atlet semasa dalam kejohanan.

Selain itu , bot jurulatih yang rosak telah siap difiber kan dan pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negara .

Sekian terima kasih


















19 December 2013

MESYUARAT PEMBANGUNAN SUKAN PERAHU LAYAR

Perbincangan Bersama Persatuan Perahu Layar Johor

Tarikh : 17 Disember 2013
Tempat : Bilik Persatuan Perahu Layar Johor
Kehadiran :

1) En Norzaidi Ahmad Fuad
-Pengurus Tunjuk Laut Resort

2) En Aziz Hashim
-JSM Pelapis Sukan Perahu Layar

3)En Ezranee
-Felda Enterprise

4)Haji Mazlan Othman
-Johor Corporation

5)En Abdul Razak
-Persatuan Perahu layar Johor

6)En Mohd Faizal
-Jabatan Pelajaran Negeri

Isu yang dibincangkan

1) Pengerusi pembangunan persatuan perahu layar iaitu Haji Mazlan mencadangkan untuk menubuhkan komuniti dari setiap pengurus felda bagi membantu membangunkan sukan perahu layar dimana kebanyakkan atlet-atlet berasa dari kawasan berdekatan dengan Pusat Latihan Negeri iaitu di Tanjung Leman Mersing , Johor

2) Selain itu , beliau menitikberatkan program pelapis iaitu progam pembangunan dimana permulaan sukan yang baik adalah daripada bawah di saya telah menerangkan kepada beliau , berkenaan progam yang di adakan pada awal tahun iaitu Program pengenalan perahu layar kepada pelajar-pelajar di sekitar sekolah Tenggaroh di mersing.

3)Atas cadangan dan idea daripada pelbagai pihak yang hadir, pada tahun hadapan,satu program Pengenalan Sukan Perahu layar akan diadakan dimana pada program kali ini , penglibatan ibu-bapa adalah perlu.Ini kerana , pada pandangan saya , kebanyakkan ibu-bapa tidak percaya dan takut untuk melepaskan anak-anak mereka untuk berlatih memandangkan , latihan sukan perahu layar ini melibatkan kawasan laut lepas.Oleh yang demikian , pada progam kali ini , ibu-bapa akan diberi ceramah tentang tahap keselamatan semasa latihan dijalan kan seperti pemantauan setiap masa oleh jurulatih semasa latihan , dan insurans atlet jika berlaku sesuatu.

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan dijangka pada awal tahun , akan diadakan sekali lagi Mesyuarat bagi melancarkan program yang sudah di tetapkan







PEMANTAUAN SUKAN PERAHU LAYAR

SUKAN PERAHU LAYAR

Tarikh : 17 Disember 2013
Masa Latihan : 8.30 - 11.30 Pg
Tempat : PLN Tanjung Leman Mersing
Kehadiran
Jurulatih : En Aziz bin Hashim
Jurulatih : En Zamri Bin Azlan
Jurulatih : En Zaidi Bin Amin

Pasukan Institut Sukan Negara yang terlibat
1)Pn Nurhazirah Binti Ahmad
2)Pn Nor Rafidah Binti Hashim
3)Pn Azura Binti Mat Nasir
4)Pn Durrah bt Ramli
Atlet : 13 Lelaki Lelaki 10 Perempuan

Latihan :
-Ujian kecergasan oleh Institut Sukan Negara
-Menitik berat kan tahap stamina atlet sebelum menyertai pertandingan

Antara aktiviti yang dilakukan oleh Institut Sukan Negara Johor ialah

1) Sesi Pemantauan dan Khidmat Sains sukan
2) Sesi Psikologi dan Pemakanan Sukan
3) Sesi Ujian Kecergasan


Kehadiran :
-Kebanyakkan atlet yang hadir berasal dari sekitar kawasan PLN Tanjung Leman dan ada diantaranya dari Pasir Gudang
-Atlet menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam menjalankan latihan

Peralatan :
-Peralatan masih berada didalam keadaan yang uzur dan dijangka Pihak sukma akan memberi bantuan sempena Kejohanan Sukma yang akan berlangsung pada bulan Mei 2013
-Terima kasih diucapkan kepada Majlis Sukan Negara kerana memberi bantuan geran bot untuk baik pulih bot jurulatih

Sekian Terima kasih