Showing posts with label KURSUS KEJURULATIHAN. Show all posts
Showing posts with label KURSUS KEJURULATIHAN. Show all posts

03 January 2011

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 ANJURAN MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1
ANJURAN MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR


Majlis Sukan Negeri Johor akan mengadakan Kursus Sains Sukan Tahap I pada 21-25 Febuari 2011. Berikut adalah butiran lanjut berkenaan Kursus tersebut:-

Tarikh : 21-25 Febuari 2011 (5 hari)
Hari: Isnin- Khamis
Yuran : RM 100.00 (Dibayar semasa hari pertama pendaftaran)
Tarikh Tutup: Jumaat/7 Febuari 2011
(Borang ataupun nama peserta perlulah dihantar sebelum tarikh disebut)


Borang Penyertaan : MUATURUN CLICK DI SINI


Sebarang maklumat lanjut bolehlah terus menghubungi Puan Hafizah@Eja (0197502090) ataupun Cik Radziah (012-2456853/012-7206504)




31 July 2010

SEMINAR SAINS SUKAN

SEMINAR SAINS SUKAN 
BERSAMA
MSNJ-ISN-UTM

Terima kasih diatas jemputan ISN (Pusat Satelit Johor) kepada semua jurulatih Program Pelapis Negeri Johor untuk turut serta didalam seminar sains sukan. Walaupun ianya diadakan selama sehari sahaja, namun ilmu dan perkembangan sains sukan terkini yang diberikan akan dapat direalisasikan oleh jurulatih terhadap program latihan mereka kelak.

Program ini yang dianjurkan secara bersama diantara Pusat Satelit Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor serta UTM telah diadakan di Dewan Gemilang MSN Johor pada 29hb Julai 2010 yang lalu. Seminar ini juga telah dihadir peserta dari Jurulatih MSN Johor, MSSJ dan UTHM. Berikut adalah gambar-gambar dimana jurulatih dari Program Pelapis Negeri Johor turut sama.


Jurulatih Tinju (Zulkefli Yacob) asyik mencatat maklumat untuk diaplikasika di dalam latihan


apa yang dibincangkan oleh Pengarah MSN Johor (kiri) bersama Pengarah Pusat Satelit (Kanan)

28 June 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN (CCE)

PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN (CCE)
ANJURAN MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
25HB JUN HINGGA 27HB JUN 2010
KOLEJ TUNKU CANSELOR UTM SKUDAI

Skudai, Johor Bahru; Satu Program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan (CCE) yang dianjurkan oleh Cawangan Kejurulatihan Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilaksanakan pada 25hb Jun hingga 27hb Jun 2010 di Dewan Astana Kolej Tunku Conselor UTM.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada semua jurulatih dibawah MSNM dan semua penggiat sukan untuk mengingkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai bidang kejurulatihan serta mewujudkan hubungan industri antara pihak MSNM dengan pihak UTM Skudai.

Seramai 15 orang jurulatih dari program pelapis Johor menyertai program. Namun jumlah ini amatlah mendukacita berbanding dengan jumlah jurulatih yang dilantik dibawah Pelapis Negeri Johor. Namun apa pun diucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat agar ilmu yang diperolehi digunakan sebaik mungkin bagi kemajuan sukan di negeri Johor khususnya bagi Program Pelapis Negeri Johor.