29 August 2013

BEKAS JAGUH BERBASIKAL NEGARA SERTA NEGERI JOHOR DIBANTU


PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL TREK NEGERI JOHOR

TARIKH      : 25HB APRIL 2013
MASA         : 3.00PM
TEMPAT      : PLN BERBASIKAL TREK NEGERI JOHOR
KEHADIRAN: JSM - MUHAMMAD FIRDAUS DAUD

ULASAN:


PADA 26HB JULY 2013 YANG LALU ,SATU PEMANTAUAN TELAH DILAKUKAN DI PUSAT LATIHAN INI.SEMASA PEMANTAUAN DILAKUKAN LATIHAN MASIH BELUM BERMULA.SEMASA KEHADIRAN SAYA DISINI KEDUA DUA JURULATIH TIADA SEMASA INI KERANA JSM FIRDAUS DAUD SEDANG MENGIKUTI PASUKAN BASIKAL PELAPIS KEBANGSAAN MALAYSIA MENERTAI KEJOHANAN DI EUROPE MANAKALA JSM FUAD DAUD PULA MENGIKUTI PASUKAN PERSATUAN LUMBA BASIKAL NEGERI JOHOR KE KOREA JUGA MENYERTAI KEJOHANAN.SEMASA KETIADAAN KEDUA DUA JURULATIH TELAH MEMBERI JADUAL LATIHAN KEPADA ATLET UNTUK BERLATIH SENDIRI DAN DIKETUAI OLEH ATLET MUHD FARUQ BIN DAUD.SEMASA PEMANTAUAN INI JUGA SAYA TELAH MENYERAHKAN BANTUAN TAYAR BASIKAL BERJUMLAH 100 UNIT YANG DIBERIKAN OLEH MSN MALAYSIA.SEMOGA USAHA DAN KESUNGGUHAN JSM DAN ATLET BERJAYA DIMASA HADAPAN.





Mesyuarat Program Kerjasama di antara USPTN & Pusat Satelit ISN Johor

Tarikh: 28 Ogos 2013
Tempat: Bilik mesyuarat MSNJ
Kehadiran : 7 Pegawai USPTN & 7 Pegawai ISN Johor.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan program kerjasama antara USPTN-ISN bagi tahun 2013/2014 serta menyelaraskan keperluan khidmat ISN di dalam program Pelapis Johor.
Diharap perbincangan seperti ini akan lebih kerap dijalankan bagi memastikan jurulatih serta atlet mendapat maanfaat sepenuhnya dari aspek sains sukan terutamanya.
Terima kasih kami ucapkan kepada ketua pusat satelit ISN Johor serta pegawai-pegawai beliau kerana memberi kerjasama di dalam menjalankan mesyuarat tersebut.Moga jalinan kerjasama ini akan terus dikekalkan.



PEGAWAI-PEGAWAI USPTN & ISN JOHOR

28 August 2013

PEMANTAUAN SUKAN TERJUN


SUKAN : TERJUN
TARIKH : 28/08/2013 (5.00 PETANG)
ATLET : 10 ORANG
JURULATIH : XU JI


LATIHAN:

1. Drylan exercise
2. A,B,C Position tepi pool, 1 & 3 meter Springboard
3. 101 C, 101 B
4. Syncro Diving

Ulasan:

1. PPN telah memaklumkan kepada jurulatih berkenaan pertandingan terjun akan datang dan meminta jurulatih membuat persiapan untuk atlet sertai pertandingan tersebut.

2. PPN juga memaklumkan bahawa bermula 7 September 2013 atlet-atlet baru hasil dari TID yang lalu akan mula melapor diri, dan pada hari tersebut PPN telah meminta jurulatih untuk membuat latihan dryland khas untuk atlet baru dibantu oleh atlet-atlet senior. 




1 Meter Springboard Training

Mohd Adnan, atlet yang akan berpindah ke Sabah kerana ayah beliau telah ditukarkan ke sana. Semoga berjaya di negeri Sabah. 


Syncro Diving

Jamuan meraikan hari terakhir bersama Mohd Adnan, jamuan tersebut disediakan oleh ibubapa Mohd Adnan serta  ibubapa atlet terjun yang lain. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang menjayakan jamuan tersebut.

26 August 2013

Pemantauan Sukan Gimnastik

Tarikh : 22 Ogos 2013
Masa : 6:30 pagi - 8:15 pagi
Tempat : Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

Latihan yang dijalankan adalah berbentuk circuit training yang bertujuan untuk mendapatkan semula rentak atlet setelah bercuti 2 minggu sempena musim perayaan. Secara keseluruhan, tiada masalah yang dilaporkan kecuali seorang atlet yang masih belum cukup cergas kerana kecederaan lutut yang dialami masih belum pulih.









..

20 August 2013

Pemantuan Sukan Memanah

Tarikh :2 Ogos 2013
Masa Latihan : 3.30 - 5.00 Ptg
Tempat : PLN Memanah Larkin Johor

Kehadiran 
Jurulatih : En Azizul Khairi 
Atlet : 1 Lelaki 

Latihan :
-Shooting Dril untuk jarak 30m , 50m 
-Pembentukan skill oleh jurulatih Kehadiran 
-Atlet tidak mencukupi kerana 4 atlet daripada johor sedang berada didalam tingkatan 3 dan 5 , dan 2 lagi atlet bawah 16 tahun tidak dapat hadir kerana masalah pengangkutan


Peralatan :
-Atlet menggunakan peralatan sendiri.

Ulasan Perbincangan :
-JPM memaklumkan bahawa , dalam bulan September/Oktober , akan berlansung 1 kejohanan tertutup memanah Johor dimana pengambilan peserta untuk ke pelapis negeri dan sukma akan dinilai daripada kejohanan tersebut.





-JPM juga memaklumkan bahawa , atlet mempunyai masalah dari segi pengangkutan untuk ke PLN . Setelah berbincang,JPM telah bersetuju untuk mencari sekolah yang berdekatan untuk melakukakan TID/KLINIK dalam mencari pelapis baru dalam sukan memanah

05 August 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK

LAPORAN PEMANTAUN

SUKAN : MENEMBAK

TARIKH : 2 OGOS 2013
MASA : 1500 - 1700
TEMPAT : PUSAT LATIHAN MENEMBAK NEGERI JOHOR

Kehadiran:
  1. En Subari Bin Ariffin - JPM
  2. En Mohd Nasir Bin Ramli - JSM
  3. Atlet seramai 9 orang.
LATIHAN
  1. Shooting Trial Air Pistol & Air Rifle 10m
PERTANDINGAN
  1. Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Trophy Chia Woh, yang akan disertai pada 03 - 08 September 2013
PERALATAN
  1. Satu (1) unit System Simulator SCATT mengalami kerosakan serius dan perlu diperbaiki segera. Penambahan dua (2) unitlagi juga amat perlu disegerakan.
  2. Empat (4) unit komputer kegunaan SCATT rosak sejak September 2012 dan perlu pengantian segera.
  3. Kesemua mesen sasaran 25m mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki segera agar segala perancangan latihan tidak terjejas.
ULASAN
  1. Menurut ketiga-tiga jurulatih, prestasi atlet semakin meningkat menjelang SUKMA.
  2. Pendedahan awal perlu diberikan kepada atlet baru bagi meningkatkan tahap keyakinan diri.
  3. Di dalam perancangan saya, mesyuarat JKK akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
  4. Jurulatih memaklumkan agar pusat latihan dinaik taraf bagi memastikan program pembangunan yang berterusan. Jurulatih mencadangkan agar menyediakan asrama bagi atlet yang benar-benar berpotensi.

sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh,

ROSHAZA AZEERA BINTI ROSLAN
SDO MENEMBAK