31 May 2015

JOHOR - LAPORAN KEM LATIHAN SUKAN TENPIN BOLING

TARIKH : 29 - 30 MEI 2015

JURULATIH : LAMJAH BIN KHALIL

JUMLAH ATLET : 8 LELAKI 7 PEREMPUAN

Hari Pertama (29 MEI 2015)

Pendaftaran Atlet di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail pada jam 8.00 Pagi.
Seramai 15 orang atlet yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 7 orang perempuan. setelah selesai sesi pendaftaran, SDO memberi taklimat ringkas kepada atlet mengenai jadual kem latihan sukan tenpin boling.

Pada pukul 9.30 pagi semua atlet berkumpul di bilik gimnasium SSTMI bagi menjalankan sesi yang pertama iaitu latihan bebanan. Sebelum melakukan latihan bebanan atlet melakukan pemanasan dahulu. Selepas itu, jurulatih memberikan arahan latihan bebanan yang perlu dilakukan oleh setiap atlet.
Latihan Tamat pada 12 tengahari. 

Selepas itu sesi kedua bermula pada Pukul 3.00  petang. Sebelum sesi kedua bermula jurulatih memberi teori berkaitan dengan sukan boling selepas itu atlet menjalani latihan praktikal. 

Sesi ketiga ialah sesi bersama Jurupulih Perubatan Anggota SSTMI. Sesi ini di sampaikan oleh En Effan. Sesi ini lebih kepada bagaimana cara atlet mengatasi dan mengelakkan kecederaan.

HARI KE DUA (30 MEI 2015)

Hari kedua bermula pada jam 7.00 pagi dimana atlet menjalani latihan kecergasan sehingga jam 9.00 pagi. Selepas itu, atlet terus ke dewan makan untuk sarapan pagi.

Selepas itu, sesi kedua bagi hari kedua bermula pada jam 9.30 pagi dimana atlet dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. Sesi kali ini dibahagikan kepada 4 bahagian, atlet perlu melengkapkan 4 bahagian ini dan setiap bahagian akan dibagi markah.

Sesi ketiga bermula pada jam 11.30 pagi iaitu sesi bersama atlet. Sesi ini ialah sesi perbincangan diantara jurulatih dan atlet seperti masalah yang dihadapi oleh atlet semasa pertandingan seperti tiada keyakinan dalam spare, kurang fokus dalam pertandingan dan sebagainya.

Sesi yang terakhir ialah sesi mandi ais bagi tujuan pemulihan otot dan diikuti dengan majlis penutup.

Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih kepada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan semua pihak yang terlibat semasa kem ini dijalankan.

Sekian.

"LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR"



--
FIRMAN BIN MOHD ZAMBRI
Pegawai Pembangunan Negeri 
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

(Pelayaran, Tenpin Boling & Olahraga)
Tel   : 014-3847741 / 07-5545972 
Fax  07-5548706

JOHOR - PROGRAM PENGENALAN & KLINIK SUKAN TINJU 1/2015

SUKAN : Tinju

TARIKH : 28 Mei 2015

NAMA : Edzamry Bin Ambia

             Muhd Aizat Bin Johari

MASA : 8.00 Pagi - 2.00 Petang

VANUE : PLN Tinju ,SMK Tun Hussein Onn,Kluang,Johor.

KEHADIRAN

JSM : Muhd Farid Bin Abdul Rahman
          Muhd Nazri Bin Muhd Sah

          Azmee Bin Abdul Rahman

URUSETIA: 4 Orang

BIL PESERTA : 60 orang

Pada 28hb Mei 2015 yang lepas Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama USPTN Johor telah menganjur kan satu Program Pengenalan & Klinik Sukan Tinju Siri 1/2015 yang bertempat di PLN Tinju,SMK Tun Hussein Onn,Kluang,Johor.Program ini telah dihadiri seramai 60 orang pelajar daripada 3 sekolah berdekatan iaitu SMK Sri Intan,Kluang,SMK Tmn Sri Kluang dan SMK Tun Hussein Onn,Kluang. 

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan sukan Tinju ini dikalangan Pelajar sekolah dan seterusnya mencari bakat2 baru dan pelapis sukan Tinju ini.

Program ini bermula dengan kata-kata aluan dan penerangan kepada guru pengiring sekolah berkenaan tentatif program klinik,seterusnya kepada pelajar yang menghadiri program ini.Seterusnya program ini diteruskan dengan taklumat sukan Tinju daripada JSM Muhd Farid & Muhd Nazri.Berikut adalah beberapa rintitan gambar peristiwa semasa Program ini berlangsung,

Sekian Terima Kasih,

LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR