01 May 2015

JOH - LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENGENALAN DAN KLINIK ASAS - MEMANAH

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENGENALAN DAN KLINIK ASAS SUKAN MEMANAH

TARIKH : 28 APRIL 2015

TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN JOHOR & PLN PERSATUAN MEMANAH NEGERI JOHOR

ANJURAN : MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR DENGAN KERJASAMA USPTN JOHOR DAN PERSATUAN MEMANAH NEGERI JOHOR

Pada 28hb April 2015 yang lepas, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Johor telah menagadakan TID , Program Pengenalan dan Klinik Asas Sukan Memanah bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeti Johor dan Lapang Sasar Persatuan Memanah Negetri Johor. Program ini telah melibatkan seramai 53 orang pelajar lelaki , 39 orang perempuan dan 12 orang jurulatih/ guru daripada 10 sekolah di sekitar Johor Bahru . Program ini dikelolakan oleh Encik Othman bin Abd Wahab iaitu Jurulatih Memanah Kebangsaan MSNM dan dibantu oleh jurulatih sepenuh masa En Azizul khairi, JSM Suhairi dan Cik Rohayati. Selain itu juga program ini telah melibatkan atlet pelapis negeri Johor seramai 4 orang dan 5 orang urusetia dari MSN Johor bagi bersama - sama menjayakan program ini.

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta di kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.

Program pengenalan bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan taklimat program oleh PPN Zahari Zahar Yusof selaku penyelaras Program ini. Perasmian program ini telah dirasmikan oleh Cik Siti Radziah Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor pada jam 9.30 pagi.

Selepas itu, program diteruskan dengan Program pengenalan dan Klinik Asas Sukan Memanah yang dikelolakan oleh En Othman Bin Abd Wahab selaku Ketua Program. Sesi pertama bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Program telah bersambung pada jam 2.00 petang dengan klinik asas permainan dan latihan di lapang sasar Memanah Persatuan Memanah Negeri Johor Johor Bahru. Peserta - peserta telah diajar serba sedikit kemahiran dan teknik asas sukan memanah dan dalam masa yang masa jurulatih telah mengenal pasti 10 orang peserta yang terbaik berdasarkan talent dan kemahiran.

Program betakhir pada jam 4.30 petang dan majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurkan oleh yang berbahagia En Mohammad Syafiq Bin Hassan Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor dengan menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik , cenderahati kepada sekolah sekolah yang terlibat dan cenderahati kepada ketua program En Othman Bin Abd Wahab.

Ucapan terima kasih kepada tetamu dan pihak sekolah - sekolah yang turut serta dalam menjayakan program ini. Tahniah dan syabas kepada pihak MSN Johor , USPTN Johor , Persatuan Memanah dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dalam bersama -sama menjayakan program pengenalan dan Klinik Asas Sukan Memanah ini.

Bingkisan laporan bergambar

No comments:

Post a Comment