15 March 2013

Pemantauan latihan Di PLN Boling Danga City Mall JB

Pamantauan Latihan Di PLN Danga City Mall JB
Tarikh : 14 Mac 2013
Masa : 9.30 -10.30 mlm
Tempat : Danga City Mall

Pemantauan latihan PLN Taekwondo

Pemantauan latihan di PLN Taekwondo Tarikh : 14 Mac 2013
Masa : 8.30-9.00 malam
Tempat : PLN Taekwondo MSN Johor
Jum Kehadiran : 10 org
ulasan :
jurulatih memaklumkan kehadiran atlet amat memuaskan dn latihan mendapat komitmen ibu-bapa. PLN Taekwondo akan berpindah ke Setia Tropika bermula pada 30 Mac 2013. Pihak persatuan akan mengadakan pemilihan bagi menambahakn lagi atlet di PLN Taekwondo PTNJ.

14 March 2013

Pemantauan Sukan Memanah


Tarikh : 7.2.2013
Masa Latihan : 6.30 Pagi – 8.00 Pagi
Tempat : PLN Memanah Sekolah Sukan Tunku Makhota Ismail

Kehadiran :
Jurulatih : En Halim Bin Ismail
Atlet : 7 Perempuan

Latihan :
   -Shooting Dril untuk jarak 30m , 50m , dan 70m
   -Pembentukan skill oleh jurulatih

Peralatan  :
   -Komponen Bow untuk memanah seperti  Handle dan Sight yang rosak menyukarkan atlet semasa menjalani latihan.

   -JSM memohon agak memberi bantuan Bow case dan Target bud Cover untuk memastikan target bud berada didalam keadaan yang baik

PLN :
-Pusat latihan berhampiran dengan tempat pembuangan sampah , menyukarkan  atlet ketika berlatih.Jurulatih telah memaklumkn pada pihak sekolah tetapi tidak ada sebarang tindak balas daripada Pihk sekolah
      
-Bumbung tempat penyimpanan barang-barang bocor dan apabila hujan,stor akan dimasuki air

Ulasan :
   -JSM memanah memaklumkan waktu latihan atlet iaitu 6.30 pagi – 8.00 pagi dan pada setiap hari isnin dan rabu , pada waktu petang atlet akan pergi ke gym dan mengikuti  program psycoloy talk oleh pihak ISN

   -JSM mengingatkan atlet agar berdisplin semasa membuat latihan dan memberi kesungguhan dan focus yang tinggi semasa latihan dijalankan.








07 March 2013

Pemantauan Sukan Gimnastik Artistik


Tarikh     :   7 Mac 2013
Masa      :   7:00 pagi
Tempat   :   Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

Pada 7 Mac, satu pemantauan dan perjumpaan dengan atlet dan jurulatih telah dilakukan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. Pada pemantauan kali ini, jurulatih sedang melatih atlet dengan acara floor exercise dan juga horizontal bar bagi atlet-atlet bawah 13 tahun, manakala bagi atlet 16 tahun  ke bawah dilatih dengan acara ring. Tiada sebarang masalah yang dilaporkan oleh jurulatih setakat ini.

Pada pemantauan ini juga, SDO Black sempat memantau latihan yang dijalankan oleh atlet Pelapis Serantau di bawah bimbingan JLN, Encik Nico.

Pada perjumpaan ini juga, perbincangan berkenaan ujian spesifik juga telah dilakukan bersama jurulatih. Selain itu, jurulatih juga telah dimaklumkan mengenai program FIG Monitoring Camp yang akan dilaksanakan pada 24 Mac sehingga 29 Mac di Bukit Jalil. Jurulatih juga telah menyerahkan senarai nama terbaru atlet-atlet bagi tahun 2013.









..

Azlan Iskandar Squash Academy Junior Closed

Pada 1- 3 Mac telah berlansung satu kejohanan skuasy tertutup johor iaitu Azlan Iskandar Skuash Academy Junior Closed . Kejohohanan ini berlangsung di Johor Gold And Country Club .

Kejohahanan ini adalah kerjsama dengan Persatuan Skuash Negeri Johor dan Sportspin Event and Athlete Management Sdn Bhd.

Turut memeriahkan majlis , Azlan Iskandar iaitu pemain skuasy negara yang menduduki ranking dunia yang ke -10 hadir untuk memberi sokongan dan galakan kepada atlet.

Antara peserta yang terlibat adalah daripada sekolah rendah daerah Johor bahru , Pontian dan Muar. Sokongan daripada ibu-bapa dan guru amat mengagumkan.











05 March 2013

Pemantauan PLN Olahraga Negeri Johor

Tarikh: 4hb Mac 2013
Masa:4.00 P.M
Tempat: USPTN Johor
Kehadiran: JSM - Tuan Hj Yusof Bin Kalid
                  JSM - Md Shah Bin Md Noh

Pada 4hb Mac yang lalu satu perjumpaan dan pemantauan bersama jurulatih olahraga negeri Johor telah dilakukan.Pada hari pemantauan latihan dilakukan seperti biasa.Perbincangan mengenai hala tuju dan perancangan untuk tahun ini telah dibincangkan.Dalam masa yang sama penyerahan bantuan peralatan juga diserahkan bagi membantu dan menaikan prestasi atlet pelapis olahraga negeri Johor.Diantara peralatan yang diserahkan adalah, starting block dan step up board.diharap bantuan yang diberikan akan menaikan semangat dan prestasi atlet Pelapis Negeri Johor.