27 December 2010

Program Penutup Tahun 2010

Uji Tanding
Pelapis Negeri Johor vs Perguruan Sendeng Belalang Singapura

Tarikh: 25 Disember 2010

Tempat : Dewan Terbuka, Akademi Serantau Zon Selatan

Pada 25 Disember yang lalu, satu uji tanding Silat Olahraga antara Pelapis Negeri Johor dengan Perguruan Sendeng Belalang dari Singapura telah diadakan. Uji tanding ini dilaksanakan atas permintaan dari Perguruan Sendeng Belalang, dan segala kos program telah dibiayai sepenuhnya oleh Perguruan tersebut.

Uji tanding ini merupakan program pertama yang melibatkan pasukan Pelapis Negeri Johor dengan Perguruan Sendeng Belalang. Uji tanding ini bermula pada jam 12:00 tengah hari dan berakhir pada jam 6:00 petang.

Pada test match ini, sebanyak 23 perlawanan telah diatur yang melibat 5 kategori remaja dan selebihnya merupakan perlawanan kategori dewasa. Walaubagaimana pun, pasukan Pelapis Negeri Johor telah mengambil peluang ini untuk mempertaruhkan pesilat-pesilat remaja agar bertanding dengan pesilat dewasa dari Perguruan Sendeng Belalang. Program uji tanding pada kali ini telah memberi pengalaman baru kepada pesilat-pesilat remaja apabila berpeluang untuk beradu kekuatan dengan pesilat yang lebih senior. Walaupun sebahagian mereka kalah, namun mutu permainan yang ditunjukkan amat memberangsangkan.

Pasukan Pencak Silat Pelapis Negeri Johor nampaknya telah dijadikan sebagai pilihan utama pasukan-pasukan dari Singapura untuk mengadakan test match. Selain Perguruan Sendeng Belalang, antara pasukan lain yang kerap mengadakan test match dengan Pelapis Negeri Johor adalah Grasio Association Singapore dan juga Singapore Sport School. Dijangkakan pada tahun 2011, lebih banyak pasukan dari Singapura yang akan mengadakan test match dengan Pelapis Negeri Johor. Suatu fenomena yang dilihat sebagai pemangkin kepada kemajuan prestasi atlet-atlet Pelapis Negeri Johor.

Diharapkan hubungan silaturahim antara pasukan Pelapis Negeri Johor dengan pasukan-pasukan dari Singapura akan lebih rapat dan saling memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha memajukan sukan pencak silat dan dapat melahirkan pesilat-pesilat yang berkualiti tinggi.



Menyambut kehadiran tetamu dari Singapura


Sesi warm up bersama-sama


Atlet senior Pelapis (merah) vs Atlet senior PSB Singapura


Barisan teknikal pertandingan dari Singapura dan Pesaka Johor Bahru


Cenderahati tanda kenangan dari Pelapis Negeri Johor


..

13 December 2010

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN SEPESIFIK MENEMBAK FASA 2

Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Spesifik Menembak Fasa 2
USPTN Johor & Cawangan TID ISN Kuala Lumpur
Tarikh : 11hb Disember 2010
Tempat : Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor di bawah Program Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor telah mengadakan Program Mengenalpasti Bakat (TID) bagi Sukan Menembak Negeri Johor pada 11hb Disember 2010. Program ini bertujuan untuk pencarian bakat-bakat baru sebagai pelapis untuk pembangunan sukan menembak secara berterusan dan sistematik terutama bagi Negeri Johor.

Sehubungan itu, pihak kami telah dibantu oleh Cawangan Mengenalpasti Bakat dari Institut Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur bagi melaksanakan pengendalian bateri-bateri ujian kepada pelajar-pelajar yang terpilih selepas pelaksanaan TID Fasa 1 bulan Oktober yang lalu. Kehadiran atlet amat memuaskan walaupun  diadakan pada musim cuti persekolahan.


 Penerangan dari JPM En. Subari bersama ISN KL

Antara bateri-bateri ujian yang dijalankan



Atlet-atlet senior turut hadir bagi membantu menjayakan program ini

Pihak USPTN Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ISN kerana membantu kami dan memberi kerjasama serta sokongan ibu bapa yang turut hadir dalam menjayakan program tersebut bagi mencapai objektif utama program ini dengan lebih berkesan. 

Sekian, terima kasih.

30 November 2010

Kejohanan Silat Olahraga Pra Remaja Piala Dato' Shahril

Kejohanan Silat Olahraga Tertutup dan Jemputan
Daerah Johor Bahru 2010

Piala Dato' Shahril
24 November hingga 28 November 2010
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor


Pada 24 November hingga 28 November yang lalu, atlet-atlet silat olahraga Pelapis Negeri Johor telah menyertai Kejohanan Silat Olahraga Tertutup dan Jemputan Daerah Johor Bahru 2010. Kejohanan yang dianjurkan oleh Pesaka daerah Johor Bahru dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor, Pejabat Daerah Johor Bahru, dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor ini telah disertai oleh seramai 141 orang pesilat pra remaja (12 hingga 15 tahun) dari pelbagai persatuan di sekitar daerah Johor Bahru dan Singapura.

Antara perguruan yang menyertai kejohanan ini adalah Persatuan Seni Silat Pahlawan (2 pasukan), Persatuan Seni Silat Hulubalang (1 pasukan), Persatuan Seni Silat Kerawangan Pradin Chemandir (5 pasukan), Persatuan Seni Silat Abjad (A) Malaysia (2 pasukan), Persatuan Seni Silat Sendeng Hang Tuah (2 pasukan), Persatuan Silat Seni Golok Negeri Johor (2 pasukan), dan juga pasukan jemputan dari Singapura, Singapore Silat Federation (2 pasukan).

Kejohanan yang berlangsung selama 5 hari ini menyaksikan Singapore Silat Federation telah berjaya merangkul Piala Pusingan Dato' Shahril dan Piala Johan Keseluruhan dengan kutipan pingat sebanyak 12 emas, 3 perak, dan 2 gangsa. Manakala atlet-atlet Pelapis Johor yang mewakili Persatuan Silat Seni Golok Negeri Johor berada di belakang Singapore Silat Federation dengan kutipan pingat sebanyak 7 emas, 6 perak, dan 6 gangsa. Tempat ketiga keseluruhan disandang oleh Persatuan Seni Silat Pahlawan dengan kutipan pingat sebanyak 3 emas, 2 perak, dan 1 gangsa.

Dua orang atlet Pelapis Negeri Johor, Razali Shakir bin Rahmat (13 tahun) telah dipilih sebagai Pesilat Terbaik Putera dan Maizal Aizat bin Mansur (13 tahun) telah dipilih sebagai Pesilat Harapan Putera pada kejohanan ini.

Majlis penutup kejohanan diserikan dengan pertandingan khas kategori semi pra remaja yang menemukan 3 orang atlet Pelapis Negeri Johor, iaitu Mohd Solihin Abdul Aziz (10 tahun), Maizal Mazli Mansur (9 tahun), dan Mohd Pindy Ahmat (10 tahun) dengan 3 orang pesilat semi pra remaja dari Persatuan Seni Silat Sendeng Hang Tuah dari daerah Kulai Jaya. Pegawai Khas YB Dato' Shahril telah menyempurnakan majlis penutupan kejohanan.


Pesilat Terbaik Kejohanan: Razali Shakir


Pesilat Harapan Putera: Maizal Aizat


Pesilat Semi Pra Pelapis Johor: Mohd Solihin, Mohd Pindy, Maizal Mazli


Pesilat Pra Remaja Pelapis Negeri Johor



..

18 November 2010

PEMANTAUAN PERTANDINGAN SPTS GIMRAMA/GIMNASTIK SERTA PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH MEMANAH

PLN: SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR
TARIKH/HARI: 14 NOVEMBER 2010/AHAD
SUKAN: MEMANAH/GIMRAMA.GIMNASTIK

Pada 14 Nov 2010 satu karnival sukan SPTS Negeri Johor telah diadakan di Sekolah Sukan Bandar Penawar yang telah melibatkan sukan-sukan seperti Gimrama, Gimnastik, Memanah dan olahraga. Di kesempatan itu Pegawai Pembangunan Negeri Pelapis Johor telah mengambil peluang ini dengan memantau beberapa orang atlet dari PLN Pelapis yang terlibat di kejohanan tersebut terutamanya gimrama. Seperti yang dijangkan atlet dari PLN Batu Pahat (Gimrama) telah menunjukkan prestasi yang baik dari kategori 'Little Gimnast' di mana mereka telah mengatasi atlet-atlet dari daerah-daerah lain di Negeri Johor. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jurulatih Gimrama kita iaitu Miss Teo Teng-teng di atas usaha dan kerjasama yang beliau berikan demi membangunkan sukan gimrama Negeri Johor. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada para atlet yang bertanding.


Semasa Pertandingan Gimrama Berlangsung





Sukan Gimnastik juga turut diadakan di kejohanan SPTS ini namun atlet dari PLN Pelapis Johor tidak dapat turut serta di atas alasan-alasan yang munasabah. Keseluruhan atlet adalah dari Gred 1. Dan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung En Khairuddin selaku Jurulatih Penuh Masa telah membantu para guru dengan memberi tunjuk ajar dalam beberapa aspek yang penting di dalam sukan Gimnastik. Diharap kerjasama di antara USPTN dan SPTS Negeri Johor akan terus berkekalan.



En Khairuddin membantu di dalam memberi penilaian kepada gimnast.
Our Future Gimnast.


Dikesempatan ini PPN juga telah berjumpa bersama Jurulatih baru Memanah yang ditempatkan oleh Kementerian Pendidikan di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Beliau juga bakal dijadikan Jurulatih Sambilan bagi Program Pelapis Johor di SSBP bermula tahun 2011. Beliau ialah En Halim iaitu jurulatih dari negeri Perak dan beliau juga telah melahirkan atlet-atlet yang telah mengharumkan nama Negara seperti Mabawi dan yang lain-lain. Diharap dengan kehadiran beliau ini akan dapat memberi semangat yang tinggi kepada para atlet kerana berpeluang berlatih dibawah didikan Jurulatih yang telah melahirkan ramai Pemanah Negara.



Semasa Kejohanan Memanah berlangsung.


Isu-isu Berbangkit:-

  1. En Halim berharap dengan kehadiran beliau di Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri dapat menggunakan peluang ini dengan sebaiknya dalam meningkatkan lagi prestasi atlet Johor.
  2. Beliau juga berharap lebih ramai pemanah dari Negeri Johor dapat ditempatkan di Sekolah Sukan Bandar Penawar.
  3. Beliau juga berharap agar diberi elaun yang setimpal dengan pengalaman yang beliau ada dan diharap MSNJ dapat membantu dari segi aspek-aspek lain. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama Ketua Unit USPTN.
Sekian Laporan dari PPN Radziah.

10 November 2010

KARNIVAL SUKAN PELAPIS 02/2010

KEPUTUSAN RASMI 
PASUKAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI JOHOR 
DI KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 02/2010

Seremban; Karnival Sukan Pelapis Negeri 02/2010 Sukan Menembak yang berlangsung di Lapangsasar Menembak Mantin , Negeri Sembilan pada 29hb dan 30hb Oktober hanya mempertandingkan 8 acara sahaja iaitu, air pistol individu lelaki dan wanita, air rifle individu lelaki dan wanita, air pistol berpasukan lelaki dan wanita dan air rifle berpasukan lelaki dan wanita.

Pada karnival ini, pasukan Menembak Pelapis Negeri Johor telah menghantar seramai 10 orang atlet bawah 16 tahun yang terdiri 6 lelaki dan 4 wanita serta 2 orang jurulatih. Secara keseluruhan pasukan menembak pelapis negeri Johor menduduki tempat ke-2 bersama pasukan Sabah dengan memenangi 1 pingat emas dan 2 pingat perak. Johan keseluruhan adalah pasukan Pahang dengan 3 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Berikut adalah keputusan rasmi pasukan menembak pelapis negeri Johor di Karnival Sukan Pelapis Negeri 02/2010 yang lalu: -

Emas - Acara Air Pistol Lelaki Individu - Eddy Chew (648.7 mata)
Perak - Acara Air Pistol Lelaki Berpasukan - Eddy Chew / Nor Afiffuddin Bin Nordin / Koh Zhe Wei (1568 mata)
Perak - Acara Air Rifle Wanita Individu - Nur Aidatul Elia Binti Abd Rahim ( 476.7 mata)

Berikut adalah antara aksi-aksi atlet menembak pelapis negeri Johor: -


 Aksi Muhammad 'Izzat Saufi Burhanudin di peringkat final air rifle lelaki individu. Walaupun menduduki tempat ke-8, namun kepujian harus diberikan kerana berjaya keperingkat akhir.
 

 
Pemenang pingat emas acara air pistol lelaki individu dan perak air pistol lelaki berpasukan : Eddy Chew. Tahniah diucakpan.

Terima kasih diatas kerjasama dan bantuan semua pihak di dalam menjayakan penyertaan ke Karnival Sukan Pelapis Negeri 02/2010.

01 November 2010

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 02/2010
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
27 -31 OKTOBER 2010

MAKAN MALAM BERSAMA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR

Ketua Unit En. Hafizal Tukemin bersama-sama staff USPTN Johor telah mengadakan makan malam bersama Pengarah MSN Johor pada 30hb Oktober 2010 yang lalu.Kami berterima kasih atas usaha yang bersungguh sungguh daripada Pengarah yang sempat memberikan sokongan walaupun sibuk dengan activiti dan jadual yang sibuk.



30 October 2010

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 02/2010

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 02/2010
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
27 -31 OKTOBER 2010

LAPORAN HARI KETIGA (29 OKTOBER 2010)

Pasukan Menembak Pelapis Negeri Johor telah memperolehi 1 emas melalui acara individu 10 meter air pistol melalui Eddy Chew dan 2 perak melalui berpasukan 10 meter air pistol lelaki yang terdiri daripada Eddy Chew, Nor Afiffudin bin Nordin serta Lim Darwin dan individu 10 meter air rifle waniat melalui Nuraidatul Elia Bt Abd Rahim. Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Daerah Batu Pahat diatas bantuan dan kerjasama yang diberikan ini. Esok (30 Oktober 2010) akan meneruskan perjuangan bagi acara 10 meter air rifle lelaki : individu dan berpasukan dan 10 meter air pistol wanita individu dan berpasukan.

Acara Olahraga telah pun menutup tirai pertandingan dengan jayanya tanpa ada sebarang permasalahan yang besar. Keseluruhan pasukan olahraga Pelapis Negeri Johor telah memperoleh 1 emas melalui acara 200 meter Teong Sui Min dengan catitan masa 26.5 saat. Perak pula dimenangi oleh Teong Sui Min melalui acar 100 meter bawah 21 tahun dengan catitan masa 13.51 saat (28 Oktober 2010). Acara lompat kijang gagal melayakan diri ke pusingan kedua. dan acara lompat jauh melalui Ng Sze Cin (5.01 meter).
 Ng Sze Cin (Kucing)... go girl......
Tn Hj Shazan sibuk menerangkan teknik lompatan yang betul....
Teong Sui Min

Tahniah kepada semua gimnas Pelapis Negeri Johor kerana telah lulus bagi 'up greding' gred 1, 2, dan 3. Tahniah juga kepada 'litter gymnast' menduduki tempat ke empat berpasukan bagi kategori litter gymnast.


Hari pertama acara sepak takraw dipertandingan bagi peringkat berkumpulan yang melibatkan acara regu 21 tahunke bawah, double dan regu 18 tahun kebawah. Kontinjen Pelapis Negeri Johor telah menghantar 2 pasukan melibatkan pusat latihan Tangkak, Johor dan pasukan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor. Semua regu bawah 21 tahun, regu bawah 18 tahun dan daouble telah layak memasuki pusingan kedua yang akan dipertandingakan pada (30hb Oktober 2010). Tahniah semua.

jersi baru pusat latihan Tangkak, Johor yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor


antara aksi para pemain


29 October 2010

KARNIVAL SUKAN PELAPIS 02/2010

LAPORAN PENYERTAAN
KONTINJEN PELAPIS NEGERI JOHOR
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 02/2010, 
SEREMBAN N.SEMBILAN
HARI KEDUA : 28HB OKTOBER 2010

Pada 28hb Oktonetr ini, Karnival Sukan Pelapis Negeri 02/2010 telahpun memulakan pertandingan secara rasminya diperingkat awal dan juga akhir pada awal jam7.30 pagi sehingga 5.00 petang  tadi.Terdapat beberapa para atlet Pelapis Negeri Johor yang telah memulakan pertandingan diantaranya tinju di Center Point Seremban, gimrama di Center Court Paroi, olahraga di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi dan memanah di Padang Institut Pergurusan Raja Melewa.

Berikut adalah beberapa keputusan pertandingan 28hb Oktober 2010 yang membabitkan para atlet pelapis Negeri Johor.

Sukan Tinju (Kategori Bawah 16 Tahun)
1. 51 kg - Muhammad Hazizul Hakim B. Md Shukor (15 Tahun) - menang - mara Suku Akhir
2. 48 kg - Muhammad Izzat Ismat Bin Gani (15 Tahun) - menang - mara Separuh Akhir
3. 54 kg - Muhd Asyraf Bin Zulkifle (16 Tahun) - menang - mara Separuh Akhir
4. 64 kg - Syazwan Shah Bin Omar (16 Tahun) - menang - mara Separuh Akhir

Sukan Gimrama 
1. Grade LG Team Event : 3rd (Wait for tomorrow result)

Sukan Olahraga
1. Lompat Jauh : Ng Sze Cin (Tempat Ke-4) : 5.01 Meter
2. 100 meter Wanita : Teong Sui Min (Gangsa) :


Sukan Memanah
8.30 pg - 12.00 pm : Sightest

Hazizul sedang membuat sesi pemanas badan