27 December 2010

Program Penutup Tahun 2010

Uji Tanding
Pelapis Negeri Johor vs Perguruan Sendeng Belalang Singapura

Tarikh: 25 Disember 2010

Tempat : Dewan Terbuka, Akademi Serantau Zon Selatan

Pada 25 Disember yang lalu, satu uji tanding Silat Olahraga antara Pelapis Negeri Johor dengan Perguruan Sendeng Belalang dari Singapura telah diadakan. Uji tanding ini dilaksanakan atas permintaan dari Perguruan Sendeng Belalang, dan segala kos program telah dibiayai sepenuhnya oleh Perguruan tersebut.

Uji tanding ini merupakan program pertama yang melibatkan pasukan Pelapis Negeri Johor dengan Perguruan Sendeng Belalang. Uji tanding ini bermula pada jam 12:00 tengah hari dan berakhir pada jam 6:00 petang.

Pada test match ini, sebanyak 23 perlawanan telah diatur yang melibat 5 kategori remaja dan selebihnya merupakan perlawanan kategori dewasa. Walaubagaimana pun, pasukan Pelapis Negeri Johor telah mengambil peluang ini untuk mempertaruhkan pesilat-pesilat remaja agar bertanding dengan pesilat dewasa dari Perguruan Sendeng Belalang. Program uji tanding pada kali ini telah memberi pengalaman baru kepada pesilat-pesilat remaja apabila berpeluang untuk beradu kekuatan dengan pesilat yang lebih senior. Walaupun sebahagian mereka kalah, namun mutu permainan yang ditunjukkan amat memberangsangkan.

Pasukan Pencak Silat Pelapis Negeri Johor nampaknya telah dijadikan sebagai pilihan utama pasukan-pasukan dari Singapura untuk mengadakan test match. Selain Perguruan Sendeng Belalang, antara pasukan lain yang kerap mengadakan test match dengan Pelapis Negeri Johor adalah Grasio Association Singapore dan juga Singapore Sport School. Dijangkakan pada tahun 2011, lebih banyak pasukan dari Singapura yang akan mengadakan test match dengan Pelapis Negeri Johor. Suatu fenomena yang dilihat sebagai pemangkin kepada kemajuan prestasi atlet-atlet Pelapis Negeri Johor.

Diharapkan hubungan silaturahim antara pasukan Pelapis Negeri Johor dengan pasukan-pasukan dari Singapura akan lebih rapat dan saling memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha memajukan sukan pencak silat dan dapat melahirkan pesilat-pesilat yang berkualiti tinggi.



Menyambut kehadiran tetamu dari Singapura


Sesi warm up bersama-sama


Atlet senior Pelapis (merah) vs Atlet senior PSB Singapura


Barisan teknikal pertandingan dari Singapura dan Pesaka Johor Bahru


Cenderahati tanda kenangan dari Pelapis Negeri Johor


..

1 comment:

  1. tahniah usptn Johor kerana memberi peluang kepada pesilat pesilat pelapis negeri nenonjolkan bakat mereka

    teruskan usaha anda demi kegemilangan sukan negeri Johor

    (NAWAWI ISN)

    ReplyDelete