10 July 2011

KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI SIRKIT 2/2011



Adalah dimaklumkan bahawa, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia dan Persatuan Menembak Negeri Johor telah menganjurkan  Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Sirkit 2/2011 pada 6 - 9 Julai 2011 bertempat di Lapang Sasar Menembak Batu Pahat, Johor. Kejohanan ini merupakan medan untuk menilai prestasi atlet-atlet bawah 16 tahun dalam Program Pelapis Negeri, Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia.

Kejohanan ini telah melibatkan penyertaan seramai 113 orang atlet dari 11 buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Sebanyak 2 acara yang dipertandingkan bagi kategori Lelaki dan Wanita iaitu :-

1. Acara 10m Air Rifle - Lelaki & Wanita
2. Acara 10m Air Pistol - Lelaki & Wanita

Majlis penyampaian hadiah dan pingat kemenangan disempurnakan dengan kehadiran Presiden Persatuan Menembak Johor iaitu Dato' Kher Pok Sun serta Puan Nik Mardyiya Mansoor (Bahagian Pengurusan Acara MSNM), Puan Nur Ehsan Hassan (Cawangan Pelapis MSNM), Encik Hafiszal Tukemin (Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor), semua jurulatih dan atlet-atlet.

.Sesi bergambar bersama Presiden Persatuan Menembak Johor

Pada kejohanan kali ini, trofi Penembak Terbaik Lelaki dimiliki oleh adik Zul Haziq Bin Rosli (Wilayah Persekutuan) manakala Penembak Terbaik Wanita dimiliki oleh adik Aida Natasya Binti Rasip (Melaka). Kedua-dua penembak ini merupakan dari acara Air Rifle 



Keputusan kejohanan adalah sepertimana berikut :-

10m Air Rifle Wanita (Individu)
1. Aida Natasya Binti Rasip            (Melaka)       - 383 + 99.5
2. Nur Syahirah Binti Zulkifle         (Selangor)     - 380 + 97.8
3. Nor Fadhillah Binti Ahmad Kamal (Pahang)      - 377 + 99.6

10m Air Rifle Wanita (Berpasukan)
1. Pahang           - 1128
2. Pulau Pinang   - 1125
3. Selangor         - 1108

10m Air Rifle Lelaki (Individu)
1. Zul Haziq Bin Rosli                        (WPKL)           - 579 + 98.3
2. Nur Muhammad Izham Bin M. Azwi (Terengganu)     - 570 + 98.9
3. Muhammad Furqan Bin Jaslan       (Johor)             - 566 + 98.1

10m Air Rifle Lelaki (Berpasukan)
1. Terengganu          - 1663
2. WPKL                 - 1661
3. Pulau Pinang        - 1652

10m Air Pistol Wanita (Individu)
1. Nur Zunaira Binti Zakaria        (Selangor)       - 367 + 94.5
2. Judith Sharon Jimmy              (Sabah)          - 356 + 95.5
3. Najaa Syairah Binti Mahyuddin (Selangor)      - 354 + 92.6

10m Air Pistol Wanita (Berpasukan)
1. Selangor                   - 1074
2. Sabah                      - 1035
3. Negeri Sembilan        - 998

10m Air Pistol Lelaki (Individu)
1. Eddy Chew                                   (Johor)          - 556 + 96.3
2. Rishipal Singh Dhanoa                  (Selangor)      - 543 + 95.6
3. Raja Ahmad Firdaus Bin Raja Mohd (Terengganu)   - 539 + 96.3

10m Air Pistol Lelaki (Berpasukan)
1. Selangor         - 1588
2. Terengganu     - 1578
3. Johor             - 1573




USPTN Johor bersama Atlet-atlet Pelapis Sukan Menembak Johor

Pihak USPTN Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri terutama kepada jurulatih dan atlet-atlet menembak Negeri Johor dalam menjayakan kejohanan tersebut. Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh:
Norasikin Binti Ebrahim
Penolong Pegawai Belia & Sukan
(Sukan Menembak Negeri Johor)

06 July 2011

KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI SIRI 02/2011

KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI SIRI 02/2011
6HB - 9HB JULAI 2011

Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor bersama Cawangan Pelapis dan Cawangan Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Siri 02/2011 yang akan berlangsung pada 6hb hingga 9hb Julai 2011 bertempat di Lapangsasar Menembak Negeri Johor, Jalan Tanjung Labuh Batu Pahat Johor.

Seramai 141 orang pegawai, jurulatih dan para atlet yang berusia pada dan bawah 16 tahun akan menyertai kejohanan yang mempertandingkan 4 acara iaitu air pistol lelaki dan wanita, air rifle lelaki dan wanita.

Pertandingan akan dilangsung pada 7hb dan 8hb Julai 2011.

03 July 2011

KEJUARAAN OLAHRAGA PERBATASAN CABANG OLAHRAGA SUKAN SEPAK TAKRAW

JEMPUTAN KEJUARAAN OLAHRAGA PERBATASAN 
CABANG OLAHRAGA SUKAN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 25hb Mei - 29hb Mei 2011
Tempat : Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia

Pasukan Sepak Takraw Pelapis Negeri Johor telah diberi penghormatan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor bagi menyertai undangan Kejuaran Olahraga Perbatasan Cabang Olahraga Sukan Sepak Takraw dengan seramai seorang penyelaras pasukan, pengurus pasukan, 2 orang jurulatih dan 5 atlet. Pertandingan ini mempertandingkan acara antara regu melibat 3 regu disetiap pasukan. Namun pasukan Pelapis Johor hanya mendapat menghantar satu regu sahaja kerana beberapa orang atlet tidak mendapat pelepasan dari pihak sekolah. Pasukan yang menyertai Kejuaran Olahraga Perbatasan Cabang Olahraga Sukan Sepak Takraw adalah sebanyak 5 pasukan iaitu :
1. Johor - 1 Regu
2. Kepulauan Riau - 3 Regu
3. Riau - 3 Regu
4. Sumatra Barat - 3 Regu
5. Singapura - (Tarikh Diri disaat akhir)

Pasukan Pelapis Negeri Johor telah menjuarai Kejuaraan tersebut. 

Berikut adalah aksi-aksi majlis perasmian Kejuaraan Olahraga Perbatasan Cabang Olahraga Sukan Sepak Takraw: -