30 November 2012

Pemantauan latihan Tinju

Tarikh : 22 Nov 2012
Tenpat : PLN Tinju MSN Johor
Masa : 4.45 petang
Latihan
Latihan yang dijalankan adalah persiapan bagi penyertaan atlet di Karnival Remaja Kebangsaan Siri Kedua
Aspek latihan
Asas tumbukan
Kepantasan
Ketahanan
Spa ring
Masalah
Peralatan banyak yang rosak dan boley mengakibatkan kecederaan
Kekurangan peralatan latihan seperti glove, head guard, tali skipping dan puch beg

12 November 2012

Kem Bakat Badminton Astro 8-12 Tahun

Tarikh : 10 November 2012
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Johor Johor Bahru
Masa : 11 Pagi
Perlancaran : Dirasmikan oleh Penaung Persatuan Badminton Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Binti Mansor


Karnival Bola Sepak Mykid Soccer 10 &11 Tahun Zon Selatan Peringkat Ke 3

Tarikh : 11 November 2012
Hari : Ahad
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Padang SK Bandar Putra Kulaijaya, Johor

Penyertaan
1. Johor
2. Melaka
3. Negeri Sembilan

Jumlah Pasukan
Johor 10 tahun ( Team A & B)
Johor 11 tahun ( Team A & B)
Melaka 10 tahun (Team A & B)
Melaka 11 tahun (Team A & B)
N.9 10 tahun ( Team A & B)
N.9 11 tahun ( Team A & B)













07 November 2012

Klinik Pengenalan Menembak & Pemilihan Fasa ke 2 Sukan Menembak


KLINIK PENGENALAN MENEMBAK & PEMILIHAN FASA KE-2 
SUKAN MENEMBAK
24 Oktober 2012, RABU
JAM 8.30 PAGI - 4.00 PTG

Objektif Klinik ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Sukan Mernembak kepada para pelajar yang bakal terpilih menjadi atlet Pelapis Menembak di bawah Program Pelapis Johor. Seramai 77 orang pelajar yang terlibat pada Klinik kali ini dan beberapa orang guru dari sekolah terlibat serta ibubapa pelajar yang berminat untuk turut serta di dalam klinik tersebut. 

Pelajar yang terlibat telah didedahkan dengan pusat latihan sebenar menembak serta diperkenalkan jenis-jenis senjata yang digunakan di dalam sukan menembak. Disamping sesi pengenalan tersebut Jurulatih turut menjalankan sesi pemilihan fasa ke-2 bagi memilih atlet baru untuk di serakan ke dalam program Pelapis Johor. Pemilihan ini adalah susulan dari Program Pemilihan fasa pertama yang telah dijalankan di sekolah-sekolah pada awal oktober yang lalu.  Dan pada akhir sesi seramai 27 orang pelajar yang berjaya terpilih setelah menjalankan beberapa jenis ujian yang telah dijalankan oleh jurulatih. 

Diharap dengan adanya program seperti ini lebih ramai lagi atlet Menembak di Negeri Johor dapat dilahirkan. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua Guru sekolah serta ibubapa pelajar yang terlibat. tidak dilupakan jasa baik jurulatih2 menembak negeri Johor kerana tidak pernah penat mencari atlet menembak untuk Negeri Johor.

Sekian, Terima Kasih.










KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON SELATAN SIRI 1/2012

Tarikh: 3 November sehingga 4 November 2012
Tempat: PLN Felda Pemanis 1, Segamat, Johor

Pada 3 November sehingga 4 November 2012 yang lalu, Kejohanan Angkat Berat Zon Selatan Siri 1/2012 telah berjaya dilaksanakan di PLN Felda Pemanis 1. Kejohanan yang dianjurkan oleh USPTN Johor dengan  kerjasama Persatuan Angkat Berat Negeri Johor dan JKKR Felda Pemanis 1 ini telah disertai oleh seramai 35 orang atlet sepertimana berikut:
  1. Pelapis Johor (7 orang)
  2. Johor Gemilang (6 orang)
  3. Pelapis Melaka (12 orang)
  4. Pelapis Negeri Sembilan (8 orang)
Pada kejohanan kali ini, sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu bawah 50 kg, bawah 60 kg, bawah 70 kg, dan atas 70 kg. Tiada penyertaan daripada atlet wanita pada kejohanan ini.

Selain itu, kejohanan ini telah diselitkan dengan program TID khusus untuk pelajar-pelajar sekolah yang berada di gugusan Felda Pemanis dan juga program angkat suka-suka khas untuk penduduk Felda Pemanis.

Walaubagaimana pun, hujan lebat yang berpanjangan pada petang hari Sabtu (3 November) telah menyebabkan venue program terpaksa ditukarkan dari dataran Felda Pemanis 1 ke balairaya Felda Pemanis 1. Kerjasama dan keprihatinan petugas-petugas JKKR telah memudahkan kerja-kerja memindahkan peralatan pertandingan dan juga khemah-khemah yang telah dipasang.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ayub Bin Rahmat selaku Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah. Turut hadir ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Marijan (Pengurus Felda Pemanis 1), Encik Md. Edros Bin Kandar (Ketua Peneroka merangkap Ketua Kampung), Encik Anuar Bin Manan (Presiden MBFM), dan Encik Hafiszal Bin Tukemin (Ketua Unit USPTN Johor mewakili Pengarah MSN Johor).

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan menjayakan program ini, khasnya Cawangan Pelapis, MSN Johor, JKKR Felda Pemanis 1, Persatuan Angkat Berat Negeri Johor, USPTN Melaka, USPTN Negeri Sembilan, dan urusetia-urusetia yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang berlangsungnya program ini.




-Black-


..

04 November 2012

Manager meeting Tinju Piala Malaysia 2012

Tarikh : 4 November 2012
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Gemilang MSN Johor

Kej Tinju Piala Malaysia 2012
Tarikh : 5-10 November 2012
Tempat : Plaza Angsana Johor Bahru


Pemantauan Pertandingan Dalaman

Tarikh : 4 Nov 2012
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Danga City Mall JB




02 November 2012

Pemantauan Latihan Tinju

Pemantauan latihan sepertimana berikut :
Tarikh : 1 Nov 2012
Masa : 5.00 Petang
Tempat : PLN Tinju MSNJ
Jurulatih : Azme Abd Rahman, Mohd Farid Abd Rahman & Zulkifle Yaakob ( ASZS)
Atlet : 10 orang

Latihan
Latihan yang dilaksanakan adalah latihan persediaan untuk menyertai Kejohanan Tinju Piala Malaysia yang akan diadakan pada 5 hingga 10 Nov 2012 di Johor. Latihan yang dijalan kan lebih kepada
1. Match play ( sparing)
2. Strength
3. Speed

Ulasan
Kehadiran atlet ke latihan masih kurang memuaskan kerana majoriti masih lagi dalam mood final exam Dan SPM.

Peralatan
Jurulatih Mohon disegerakan untuk menyediakan Peralatan seperti glove dan head guard kerana Peralatan yang sedia Ada telah Rosak Dan tidak sesuai untuk digunakan lagi.



Pemantauan Latihan Badminton

Pemantauan latihan badminton sepertimana berikut :-
Tarikh : 1 Nov 2012
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Dewan PBJ Johor Bahru
Jurulatih : Hassan Maarof
Atlet : 6 orang

Latihan yang jalankan :
Basic Skills
1. netting
2. Dropping
3. Shutle Drill
4. match Play

Ulasan
Jurulatih memaklumkan bahawa ramai atlet tidak hadir ke latihan berikutan masih lagi terlibat dengan exam akhir tahun Dan SPM.. Kehadiran atlet dijangka bertambah pada cuti sekolah akhir tahun.