07 November 2012

KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON SELATAN SIRI 1/2012

Tarikh: 3 November sehingga 4 November 2012
Tempat: PLN Felda Pemanis 1, Segamat, Johor

Pada 3 November sehingga 4 November 2012 yang lalu, Kejohanan Angkat Berat Zon Selatan Siri 1/2012 telah berjaya dilaksanakan di PLN Felda Pemanis 1. Kejohanan yang dianjurkan oleh USPTN Johor dengan  kerjasama Persatuan Angkat Berat Negeri Johor dan JKKR Felda Pemanis 1 ini telah disertai oleh seramai 35 orang atlet sepertimana berikut:
  1. Pelapis Johor (7 orang)
  2. Johor Gemilang (6 orang)
  3. Pelapis Melaka (12 orang)
  4. Pelapis Negeri Sembilan (8 orang)
Pada kejohanan kali ini, sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu bawah 50 kg, bawah 60 kg, bawah 70 kg, dan atas 70 kg. Tiada penyertaan daripada atlet wanita pada kejohanan ini.

Selain itu, kejohanan ini telah diselitkan dengan program TID khusus untuk pelajar-pelajar sekolah yang berada di gugusan Felda Pemanis dan juga program angkat suka-suka khas untuk penduduk Felda Pemanis.

Walaubagaimana pun, hujan lebat yang berpanjangan pada petang hari Sabtu (3 November) telah menyebabkan venue program terpaksa ditukarkan dari dataran Felda Pemanis 1 ke balairaya Felda Pemanis 1. Kerjasama dan keprihatinan petugas-petugas JKKR telah memudahkan kerja-kerja memindahkan peralatan pertandingan dan juga khemah-khemah yang telah dipasang.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ayub Bin Rahmat selaku Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah. Turut hadir ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Marijan (Pengurus Felda Pemanis 1), Encik Md. Edros Bin Kandar (Ketua Peneroka merangkap Ketua Kampung), Encik Anuar Bin Manan (Presiden MBFM), dan Encik Hafiszal Bin Tukemin (Ketua Unit USPTN Johor mewakili Pengarah MSN Johor).

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan menjayakan program ini, khasnya Cawangan Pelapis, MSN Johor, JKKR Felda Pemanis 1, Persatuan Angkat Berat Negeri Johor, USPTN Melaka, USPTN Negeri Sembilan, dan urusetia-urusetia yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang berlangsungnya program ini.




-Black-


..

No comments:

Post a Comment