Showing posts with label SUKAN SKUASH. Show all posts
Showing posts with label SUKAN SKUASH. Show all posts

15 May 2015

JOHOR-LAPORAN-PROGRAM LATIHAN TINDIK BERSAMA ATLET SQUASH NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 7-10 MEI 2015
TEMPAT : -
1. KOMPLEKS SUKAN TAN SRI DATO' DR. MOHAMAD SAID
2. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PAGI
3. ROYAL SUNGAI UJONG CLUB

LAPORAN

1. Seramai 9 orang atlet termasuk 2 alumni menyertai Program Latihan Tindik Squash di Negeri Sembilan bersama Coach Tarmidi.

2. Antara tujuan utama program ini adalah untuk mencari pesaing dari luar bagi mengadakan perlawanan persahabatan.

3. Ia juga sebagai langkah persediaan atlet bagi kejohanan bulan Jun ini iaitu PBA 13TH PENANG MALAYSIAN JUNIOR OPEN 2015 pada 1-6 Jun nanti.

4. Menurut Jurulatih Johor Nur Aziah atau lebih dikenali sebagai Coach Jijie, beliau ingin atlet Johor mendapat tunjuk ajar daripada Coach Tarmidi kerana beliau merupakan bekas pemain Squash yang disegani dan merupakan seorang jurulatih yang berjaya. Anak beliau juga mengikut jejak langkah beliau degan jayanya iaitu Muhammad Hannan.

5. Atlet Johor mendapat peluang untuk "friendly" bersama atlet Negeri Sembilan semasa latihan di Kompleks Sukan Seremban 2. Kemudian mereka mendapat peluang untuk berlawan dengan atlet dari SMK Seri Pagi yang mempunyai gelanggang skuasy di kawasan sekolah.

6. Keesokan hari, kami dibawa ke Royal Sungai Ujong Club (RSUC) untuk mengadakan friendly dengan pemain skuasy yang mempunyai ranking dan pemain yang lebih dewasa dan berpengalaman.

7. Secara keseluruhan, program ini mendapat maklum balas yang baik dari Coach Tarmidi yang juga mendoakan agar pembangunan skuasy di Johor dapat menjadi lebih lancar.

8. Atlet Johor pula mengatakan bahawa ini merupakan program yang baik kerana mereka merasa tercabar dan bersemangat daripada perlawanan friendly yang dijalankan.

9. Harapan pegawai agar segala isu yang menjadi kekangan untuk skuasy Johor bagi menyertai kejohanan dan pembangunan atlet dapat diperbaiki dan dibentuk untuk menaikkan nama Johor dalam sukan skuasy terutama sekali dalam menghadapi SUKMA 2020 di Johor nanti.


Sekian, terima kasih.

Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


08 March 2015

JOHOR-LAPORAN PEMANTAUAN MSSJ SUKAN SQUASH


LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : SQUASH
TARIKH : 26 FEBRUARI 2015
NAMA : MOHAMAD RASHIDI BIN DAUD
MASA : 10.00  PAGI
TEMPAT : JOHOR BAHRU GOLF COUNTRY CLUB

KEHADIRAN
JSM : NUR AZIAH BINTI OMAR
BIL ATLET : ATLET LELAKI 8, ATLET PEREMPUAN 2

LATIHAN
Tiada

PERTANDINGAN
MSSJ

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Hak atlet masing-masing

PROGRAM PEMBINAAN
Perancangan untuk Program TID

ULASAN
1. Perbincangan dengan JSM akan progres permohonan gelanggang Taman Tun Aminah yang masih di dalam pertimbangan pihak MBJBT. Pengarah MSNJ sudah ambil maklum akan hal ini dan beri kerjasama untuk berbincang terus dengan Pengarah MBJBT.
2. Pegawai turut mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan beberapa guru sekolah yang telah lama komited dalam sukan squash ini termasuk En.Khairul yang merupakan orang lama persatuan.
3. Cikgu sekolah daripada Pontian memberi pujian atas usaha jurulatih muda squash yang terus gigih melatih atlet Johor walaupun mempunyai banyak cabaran daripada beberapa pihak.




Mohamad Rashidi Bin Daud
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
-( Menembak - Terjun -  Renang - Skuasy )-
Tel   : 013-7192169 / 07-5545972
Faks : 07-5548706


24 March 2014

Kejohanan MSSJ Sukan Skuasy

Kejohanan MSSJ Sukan Skuasy 2014

Tarikh : 4 - 7Mac 2014
Venue : Teknik PDRM Muar

Pada 4 - 7Mac 2014 , telah berlansung satu Kejohanan Skuasy Mssj 2014.Penyertaan daripada 9 daerah didalam negeri Johor iaitu daerah Johor bahru , mersing , pontian . segamat , ledang , batu pahat , Kota Tinggi dan Kluang berjaya menarik seramai 260 atlet lelaki dan perempuan di bawah kategori bawah 12 , 15 dan 18 tahun.

Kejohanan ini adalah anjuran daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan kerjasama Persatuan Skuasy Negeri Johor dan ianya telah berlangsung dengan cemerlang skali.

Berikut adalah keputusan Kejohanan bagi setiap kategori :

Lelaki Bawah 12 Tahun

Emas : Muhammad nurhakim(Pontian)
Perak : Mohd khairi(tangkak)
Gangsa : Mohd helmi(jb)
Ke 4- Afiq dzuhair(bpahat)

Perempuan Bawah 12 Tahun

Emas : Alisha qistina(tangkak)
Perak : Fatin sofea(jb)
Gangsa : ester(muar)
Ke 4 : Wan aleeya(jb)

Lelaki Bawah 15 Tahun

Emas : Ahmad sufyan(Kulai)
Perak : Adnan kasuma(jb)
Gangsa : Thoo jun yi(kulai)
Ke 4 - Adam syamil(jb)

Perempuan Bawah 15 Tahun

Emas : Sara halisha(p.gudang)
Perak : Fatin shahira(kluang)
Gangsa : Mariam(tangkak)
Ke 4 : Muna(tangkak)

Lelaki Bawah 18 Tahun

Emas : Asyraf izhar(Tangkak)
Perak : Abudzar(bpahat)
Gangsa : Zulhelmi(tangkak)
Ke 4 : Mukriz(tangkak)

Perempuan Bawah 18 Tahun

Emas : Gillian may(jb)
Perak : Aishah(tangkak)
Gangsa :Maria(bpahat)
Ke 4 - Syaza(jb)








06 February 2014

KEJOHANAN SKUASY TERTUTUP PELAPIS JOHOR BAWAH 12 , 15 & 18 Tahun 2014

Kejohanan Skuasy Tertutup Pelapis Johor Bawah 12 , 15 dan 18 Tahun

Venue : Dewanraya Taman Tun Aminah
Tarikh : 5 - 7 Februari 2014

Sekolah yang terlibat :-

Smk Dato Esa , Batu Pahat
SJK (C) Yeong Chang . Batu Pahat
Sk Penghulu Salleh , Batu Pahat
Foon Yew High School , Batu Pahat
Smk Tun Mamat , Tangkak
Smk Sagil , Tangkak
Smk Lughatul Qurah, Tangkak
Smk Seri Tangkak
Smk Sri Rahmat,Johor Bahru
Smk Tun Ismail, Johor Bahru
Smk Tmn Universiti 1 , Johor Bahru

Kejohanan yang melibatkan beberapa daerah sekitar Negeri Johor amat mengalakkan dan penyertaan daripada setiap daerah amat mengalakkan .

Atas perbincangan bersama guru-guru dan jurulatih , susulan daripada Kejohanan ini,atlet yang menunjukkan prestasi yang baik akan di pilih untuk menjalani latihan bersama program pelapis johor.

Setelah dipersetujui , venue Kejohanan Skuasy Tertutup Pelapis Johor akan datang akan diadakan di Kukup Golf Resort , Pontian .

Berikut Keputusan bagi Kejohanan Tersebut :-

Kategori Bawah 12 Lelaki

1) Emas - Muhammad Nurhakim ( Pontian Pelapis Johor )
2) Perak - Mohd Khairy Bin Hashim ( Tangkak Pelapis Johor )
3) Gangsa - Afiq Dzuhair Samsul ( Batu Pahat Pelapis Johor )

Kategori Bawah 12 Perempuan

1) Emas - Aleeya Maisara ( Kulai Pelapis Johor )
2) Perak - Najlaa Khairul Nizam ( Pelapis Johor )
3)Gangsa - Najwa Khairul Nizam ( Pelapis Johot )

Kategori Bawah 15 Lelaki

1) Emas - Adnan Kesuma ( Pelapis Johor )
2) Perak - Thoo Jun Yi ( Kulai Pelapis johor )
3) Gangsa - Ahmad Sufyan - Kulai

Kategori Bawah 15 Perempuam

1) Emas - Nur Mona ( Ledang )
2) Perak - Marian ( Ledang )
3) Gangsa - NurHuda ( Muar )

Kategori Bawah 18 Lelaki

1) Emas - Asyraf Izhar ( Tangkak )
2) Perak - Abudzar ( Batu Pahat )
3) Gangsa - Zulhelmi ( Muar )

Kategori Bawah 18 Perempuan

1) Emas - Gillian ( Johor Bahru )
2) Perak - Mona ( Johor Bahru )
3) Gangsa - Hazerah ( Johor bahru )

Tahniah diucapkan kepada pemenang .












07 January 2014

PEMANTAUN SUKAN SKUASY

SUKAN SKUASY

Tarikh : 7 Januari 2014
Masa Latihan : 4.30 - 7.00 mlm
Tempat : Royal Johor Golf Club
Kehadiran
Jurulatih : Azilah
Atlet : 4 Lelaki 2 Perempuan

Latihan dijalankan seperti biasa dan kehadiran atlet kurang memuaskan memandangkan ada atlet yang bersekolah pada waktu petang

Perbincangan bersama ibu - bapa akan dijalankan bagi memupuk semangat dikalangan penjaga

PLN lama di Dewanraya Taman Tun Aminah masih berjalan seperti biasa , dan permohonan untuk pengecualian bayaran untuk memohon gelanggang di Royal Johor Golf Club johor telah dibuat memandangkan kos sewaan yang tinggi akan membebankan atlet . Pihak kami masih menunggu keputusan dari pihak pengurusan RGCJ .

Sekian terima kasih

30 October 2013

KEJOHANAN SKUASY PIALA ONG BENG HEE & NICOL ANN DAVID 2013

Pada 22 - 27 Oktober yang lalu , Kejohanan Skuasy Piala Ong Beng Hee & Nicol Ann David telah berlangsung di Pusat Explorefit Skuash Center , Kota Bahru Kelantan

Berikut adalah nama atlet dan pencapaian mereka semasa menyertai kejohanan tersebut

1) Ahmad Suffyan Bin Rusli ( 12 Tahun )

Individual : Rank 6/30 Category Elite
Teams : Rank 11/13

2) Muhammad Nurhakim Bin Eimran ( 11 Tahun)

Individual : Rank 15/30 Category Development
Teams : Rank 11/13

3) Muhamad Khairi Bin Hassim ( 11 Tahun )

Individual : Rank 16/30 Category Development
Teams : Rank 11/13

4) Adam Syamil Bin Azlan ( 12 Tahun )

Individual : Rank 0/30 Category Development
Teams : Rank 11/13

Tahniah diucapkan kepada atlet pelapis johor iaitu Ahmad Suffyan Bin Rusli kerana beliau telah terpilih untuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2014











03 May 2013

Pemantauan Sukan Skuasy PN Johor

Pemantauan Sukan Skuasy di PLN RJGC

Tarikh : 1.5.2013
Masa : 5.30 - 6.30 pm
Tempat : Royal Johor Golf Club

Atlet - 7 orang
Jurulatih - Nur Aziah bte Omar
- Nur Azilah bte Omar

Latihan seperti biasa dilakukan.
Aktiviti seperti Short sprint diutamakan untuk menambah stamina dan ketangkasan atlet bergerak semasa bermain. Drilling dan Cross court juga di utamakan semasa latiha dijalankan .



16 April 2013

Pemantauan Sukan Skuasy PN Johor

Pemantauan Sukan Skuasy di PLN RJGC

Tarikh : 16.4.2013
Masa : 4.00 - 6.30 pm
Tempat : Royal Johor Golf Club

Atlet - 12 orang
Jurulatih - Nur Aziah bte Omar
Presiden persatuan - En Khairul

Latihan seperti biasa dilakukan.
Aktiviti seperti Short sprint diutamakan untuk menambah stamina dan ketangkasan atlet bergerak semasa bermain.













28 February 2013

TID Sukan Skuasy Johor Bahru 2013

Pada 28 Feb 2013 , Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor , Persatuan Skuasy Johor,Institut Sukan Negara (ISN) dan Sportspin Event And Athlete Management Sdn Bhd telah menjalankan program mengenalpasti bakat sukan skuasy (TID) dan penubuhan Pusat Akademi skuasy Azlan Iskandar di Johor Bahru .

Program ini telah mendapat sokongan daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara iaitu Dato' Zolkples Embong dan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia iaitu Dato' Ahmad Shabery Cheek

Dianggarkan peserta yang terlibat semasa program dijalankan adalah seramai 115 pelajar. Berikut adalah maklumat tentang program yang dijalankan :-

Tarikh : 28 Februari
Masa : 9.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat : Dewanraya Taman Tun Aminah
Sasaran : Pelajar Sekolah sekitar Johor Bahru

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari serta mencungkil bakat-bakat baru untuk diserap ke Program Pelapis Johor,Sekaligus menjadi pelapis untuk mewakili negeri Johor di peringkat MSSJ,MSSM DAN SUKMA















03 July 2012

Perjumpaan JSM / Penyerahan Bantuan Peralatan Sukan Squash

Tarikh :  28 Jun 2012
Masa : 2.30 pm
Tempat  : USPTN Johor
Jurulatih : Noraziah Binti Omar

Pada 28hb Jun 2011 yang lalu, satu perbincangan telah dilakukan bersama JSM Noraziah,perbincangan mengenai perancangan program squash dan persediaan atlet Pelapis Johor ke SUKMA 2012 ini. JSM memaklumkan bahawa dua orang atlet Pelapis Johor terlibat dengan SUKMA kali ini iaitu adik Afiqah Bt Shahsul Azhar dan Aqilah Binti Shamsul Azhar yang mana kedua-dua mereka ini adalah adik beradik.

Pada masa yang sama saya mengambil peluang menyerahkan bantuan peralatan bola skuash dari Majlis Sukan Negara Malaysia,diharap bantuan yang diberikan dapat meningkan mutu dan prestasi sukan squash Johor seterusnya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa insyallah.sekian



02 March 2012

Pemantauan PLN Squash


TARIKH: 1/03/2012
MASA: 4.00PM - 6.00PM
TEMPAT: PLN SQUASH ,JOHOR (RJCC)

PERJUMPAAN & PEMANTAUAN PLN SQUASH TELEH DIBUAT DI JGCC BERTUJUAN UNTUK MEMBINCANGKAN TENTANG PERANCANGAN PROGRAM UNTUK TAHUN 2012.BANYAK IDEA & CADANGAN BAGI PERNAMBAHBAIKAN DIBINCANGKAN,& DIHARAP DAPAT DILAKSANAKAN PADA TAHUN INI.SEMASA PEMANTAUAN INI JUGA IBU BAPA TURUT HADIR BERSAMA-SAMA ANAK-ANAK MEREKA BERLATIH,SEMANGAT SAYA KAGUMI DAN DIUCAPKAN SYABAS.



20 February 2012

MESYUARAT JKK SUKAN SQUASH 1/2012

AKTIVITI: MESYUARAT JKK
TARIKH: 16HB FEBRUARI 2012

MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESUARAT MSN JOHOR
KEHADIRAN: 10 ORANG

PADA 16HB FEB YANG LALU,USPTN JOHOR MELALUI MSN JOHOR TELAH MENGADAKAN SATU MESYUARAT JKK SUKAN OLAHRAGA,INI ADALAH MESUARAT KALI PERTAMA UNTUK TAHUN 2012.MESURAT INI TELAH DIPENGERUSIKAN OLEH EN.HAFISTAL BIN TUKEMIN KERANA TUAN PENGARAH MSNJ TIDAK DAPAT HADIR ATAS TUGAS TUGAS RASMI.

MESYUARAT INI TELAH DIHADIRI DARIPADA WAKIL UNIT MSSJOHOR, SUKMA JOHOR, JSM SQUASH ,UNIT GEMILANG JOHOR,WAKIL PERSATUAN SERTA IBU BAPA.BANYAK PERKARA YANG DIBINCANGKAN & BANYAK KEPUTUSAN TELAH DIBUAT UNTUK PERNAMBAHBAIKAN SUKAN SQUASH JOHOR.