22 August 2010

KEJOHANAN BOLING SIRKIT REMAJA JOHOR 2010

KEJOHANAN BOLING MSNJ/USPTN/PSTBJ DAN IBU-BAPA USPTN
SIRKIT REMAJA JOHOR 2010
SIRKIT 3/ 
PACIFIC BOWL, BATU PAHAT MALL JOHOR

17 Mei 2010, Pacific Bowl , Batu Pahat Mall, Batu Pahat Johor telah menjadi vanue Kejohanan Boling MSNJ/USPTN/ PSTBJ/ Ibu-bapa USPTN bagi Sirkit 3. Sirkit ini merupakan sirkit yang ketiga selepas Sirkit 2 di Ole2 Bowl, Kulai Johor. Kejohanan ini telah menarik minat peserta dari seluruh daerah Negeri Johor termasuk dengan penyertaan dari Sekolah Sukan Bandar Penawar Kota Tinggi Johor. dan penyertaan pada kejohanan ini mempamerkan taring sekolah Sukan Bandar Penawar yang mengungguli kategori bawah 15 tahun lelaki dan perempuan. Selain itu juga, Sirkit 3 ini juga merupakan penyertaan yang paling tinggi berbanding pada sirkit 1 dan sirkit 2..Ini membuktikan kejohanan ini semakin mendapat perhatian dari atlet seluruh Negeri Johor. 
 
Berikut adalah jumlah penyertaan mengikut kategori :-
B12 lelaki =21 orang
B12 perempuan = 16 orang
B15 lelaki = 31 orang
B15 perempuan = 27 orang
B18 lelaki = 30 orang
B18 perempuan = 10 orang
Jumlah Keseluruhan = 135 orang peserta
 
Pendahulu Gp Point bawah 18 tahun Muhammad Mizan Bin Abd Rahman kembali berada di kedudukan teratas setelah berjaya kembali menjadi juara bawah 18 tahun lelaki dengan mengalahkan peserta dari Kluang Muhd Nurafiq Bin Azni dan peserta ditempat ketiga iaitu Muhammad Izzat Syahmi dari Kulai Jaya. Muhammad Mizan yang kecewa dengan prestasi di Sirkit 2 kembali menebus kehampaan tersebut dengan memenangi kategori bawah 18 tahun dan meletak beliau ditempat pertama rangking point semasa. Manakala jatuhan pin yang tertinggi pula bagi kategori bawah 18 tahun dimenangi oleh Muhd fareed dari dareah Batu Pahat dengan jatuhan pin tertinggi iaitu 227.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Setelah kecewa ditempat ketiga di Sirkit 2 Kulai bulan lalu, Saidatul Munawarah telah menebus kehampaan tersebut dengan menjuarai katagori bawah 18 tahun perempuan dengan mengalahkan rakan sepelatih di Program Pelapis Negeri iaitu Syamim Bt Jaini ditempat kedua dan Pemenang bagi MSSJ 2010 Salmi Suhana dari daerah Muar ditempat ketiga.Saidatul juga telah mengungguli acara jatuhan pin tertinggi pada sirkit 3 ini dengan membuat jatuhan pin tetinggi iaitu 223 jatuhan pin di game yang kelima.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Manakala bagi katogori bawah 15 tahun menyaksikan kegarangan peserta-peserta dari Sekolah Sukan Bandar Penawar Kota Tinggi Johor dengan meyapu bersih kategori bawah 15 tahun perempuan dan lelaki. Najwa Asyikin Bt Abdul Jalil menjadi Johan bagi kategori bawah 15 tahun perempuan diikuti tempat kedua Noor Syairah Bt Amran dan ditempat ketiga Syazana Aqilah ditempat keempat. Pada Kejohanan ini seramai 21 orang atlet Sekolah Sukan Bandar Penawar telah turut serta. 20 orang bermain di kategori bawah 15 tahun dan seorang bawah 18 tahun. Manakala Rabiatul Adawiyah bt Nasir telah menyekat penguasaan bawah 15 tahun perempuan SSBP dengan mengungguli jatuhan pin tertinggi iaitu 222 pada game yang ketiga.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Juara baru bagi kategori bawah 15 tahun lelaki iaitu Ahmad Aidil dari Sekolah Sukan Bandar Penawar ternyata bukan lawan bagi peserta -peserta lain dan jelas berada di kelas yang tersendiri. Ahmad Aidil telah mengalahkan rakan sepelatih dari Sekolah Sukan Bandar Penawar iaitu Abdul Basit ditempat kedua dan Mohd Amirul Qaiyum dari Batu Pahat ditempat ketiga.Juara kategori bawah 15 tahun lelaki Sirkit 2 iaitu Amirul Hafiz Bin Noor Haizat hanya mampu berada di tempat keempat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hasrat Fais Imadi Bin Daud untuk muncul peserta pertama membuat hatrik memenangi acara bawah 12 lelaki tidak kesampaian setelah di kecewakan oleh Mohd Fitri Bin Masri yang juga dari daerah Segamat. Mohd Fitri bin Masri akhirnya berjaya menembusi tembok yang dibina oleh Faris Imadi Bin Daud juga dari Segamat dengan menjuarai Bawah 12 tahun lelaki. Faris Imadi manjadi naib johan dan tempat ketiga dimenagi oleh peserta yang juga dari daerah Segamat iaitu Mohd Shahrul Asyraf.

Penatian dan kesabaran untuk muncul juara kategori bawah 12 tahun perempuan akhir lah terlaksana di sirkit 3 bagi Arissa Zharira Bt Ahmad Zhafreen dari daerah Segamat.
Peserta dari Segamat ini yang sebelum ini N. Johan di Sirkit 2 telah berjaya menjadi juara mengalahkan Johan Sirkit 2 Izzliyana Bt Salim dari Johor Bahru ditempat kedua. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Syazwani Bt Abd Razak dari Daerah Kluang. Arissa membawa pula pulang hadiah bagi kategori bawah 12 tahun dan hadiah bagi jatuhan pin tertinggi bawah 12 tahun perempuan dengan jatuhan pin 181.

Peserta Bawah 12 tahun lelaki
Peserta bawah 15 tahun lelaki
 

KEJOHANAN BOLING SIRKIT REMAJA JOHOR 2010

KEJOHANAN BOLING MSNJ/USPTN /PSTBJ/ IBUBAPA
SIRKIT REMAJA JOHOR 2010 SIRKIT 2 / 
OLE2 BOWL IOI MALL KULAI LEG
17 APRIL 2010
Kejohanan Boling MSNJ/ USPTN/PSTBJ/Ibu- Bapa USPTN yag kedua (2nd Leg) telah didadakan di Ole-Ole Bowl, IoI Mall Kulai Johor. Kejohanan dimana mendapat kerjasama baik dengan pihak Ole2- Ole2 Bowl, Ibu-bapa dan guru-guru dari seluruh Daerah Negeri Johor. 

Penyetaan bagi 2nd Leg adalah sepertimana berikut :-
Bawah 12 tahun lelaki = 21 orang
Bawah 12 tahun perempuan = 15 orang
Bawah 15 tahun lelak =33 orang
Bawah 15 tahun perempuan=20 orang
Bawah 18 tahun lelaki = 27 orang
Bawah 18 tahun perempuan= 7 orang
Jumlah keseluruhan = 127 orang

Selain itu juga, pihak Ole2 Bowl juga telah memberi sumbangan penyediaan bagi Piala Pusingan pada Sirkit Akhir bagi setiap kategori yang dipertandingkan.














Kategori bawah 18 tahun perempuan pula dimenangi oleh peserta dari daerah Kluang iaitu Liyana Putri Bt Suhaimi yang mengalahkan peserta dari Johor Bahru iaitu Syamim Bt Jaini ditempat kedua dan Saidatul Munawarah Bt Abd Matin ditempat ketiga. Jatuhan pin tertinggi pula dimenangi oleh Syamim Bt Jaini yang membuat jatuhan pin sebanyak 191 jatuhan pin.


















Mohd Shahrizal Aminuddin daripada daerah Pasir Gudang telah berjaya mendominasi kategori bawah 18 tahun lelaki dengan menumpaskan peserta ditempat kedua iaitu Muhammad Izzat Syahmi dari Kulai Jaya dan tempat ketiga peserta dari daerah Muhammad Azri Syukri Bin Mohd Razif dari Batu Pahat. Selain itu juga, Mohd Shahrizal juga mengungguli acara jatuhan pin tertinggi bawah 18 tahun lelaki dengan membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 246 jatuhan pin.














Bagi kategori bawah 12 tahun perempuan pula dimenangi oleh Izzliyana Bt Salim dari Daerah Johor Bahru. Izzliyana mengalahkan pemain ditempat kedua iaitu Arissa Zharifa Bt Ahmad Zhafreen dari segamat ditempat kedua dan Nurul Athirah dari Pasir Gudang ditempat ketiga. Manakala bagi kategori jatuhan pin tertinggi bawah 12 tahun perempuan dimenangi oleh Anis Nur Fathihah Bt Hanafi dari daerah Pasir Gudang dengan 194 jatuhan pin.


Tidak dinafikan lagi pemenang bagi kategori bawah tahun lelaki dimana juara di Sirkit 1 Johor Bahru iaitu Faris Imadi Bin Daud dari daerah Segamat telah mengekalkan kejuaraan kedua kali ini di Sirkit 2 Ole2 Bowl IOI Mall Kulai Johor. Mohd Faris telah mengalahkan pemain dari Batu Pahat iaitu Teng Koi Yong yang pertama kali bermain di Sirkit 2 ditempat kedua dan tempat ketiga diungguli oleh peserta dari daerah Kluang Mohd Azri Bin Azni. Manakala bagi Kategori jatuhan pin tertinggi Lelaki bawah 12 tahun dimenangi oleh Mohd Fitri Bin Masri dari daerah Segamat.

Amirul Hafiz Bin Noor Haizat muncul pemenang bagi kategori bawah 15 tahun lelaki setelah kecewa pada sirkit 1 di Johor Bahru. Amirul Hafiz yang menduduki n. johan pada sirkit 1 JB akhirnya berjaya menjadi juara pada sirkit 2 mengalahkan rakan sepelatih di Program Pelapis Negeri iaitu Mohd Zareef Bin Abd Matin dari daerah Batu Pahat dan ditempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Sekolah Sukan Bandar Penawar. Manakala bagi acara jatuhan pin tertinggi di menangi juga oleh Amrul Hafiz Bin Noor Haizat dengan jatuhan pin sebanyak 256 jatuhan pin.


Nur Amira irdeena Bt Mohd Rafi muncul peserta pertama bagi kategori perempuan bawah 15 tahun yang mana muncul sebagai juara di Sirkit 1 dan Sirkit 2..Nur Amira muncul juara mengalahkan peserta ditempat kedua iaitu Nur Syafiqa Mustafa daripada Johor dan Nur Alwany Bt Lahat Dadok dari Johor Bahru. Selain itu juga, Nur Amira Irdeena juga mengungguli kategori Jatuhan Pin tertinggi Perempuan Bawah 15 tahun dengan jatuhan pin senbanyak 224 pin.











Pesertabawah 12 tahun perempuan
Peserta bawah 12 tahun lelaki
Peserta bawah 15 tahun perempuan
















Peserta bawah 18 tahun
terima kasih diucapkan kepada guru-guru, ibu bapa dan ahli jawatankuasa yang sama -sama terlibat secara langsung bagi menaikan mutu sukan boling di Negeri Johor.

KEJOHANAN BOLING SIRKIT REMAJA JOHOR 2010

KEJOHANAN BOLING SIRKIT REMAJA
JOHOR 2010


Kejohanan ini merupakan Kejohanan yang dianjurkan bersama dengan Majlis Sukan Negeri Johor dan Persatuan Sukan Tenpin Bowling Johor dan Kelab Kebajikan Ibu-Bapa atlet USPTN Johor. 
Kejohanan ini merupakan kejohanan yang diadakan khusus untuk program pelapis negeri mencungkil bakat bakat baru khususnya bawah 12 tahun, 15 tahun dan bawah 18 tahun. Program yang diadakan ini adalah julung –julung kali diadakan pada tahun 20q0 dibawah Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor. Pertandingan ini juga akan dijadikan medan bagi jurulatih untuk menilai tahap kemahiran dnn prestasi atlet-atlet program 2010 di bawah jagaan masing-masing. Kejohanan ini juga bertujuan bagi membuat pemilihan atlet ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 2010 khusus para atlet di bawah program pelapis negeri Johor sepanjang tahun 2010. Kejohanan ini telah dijalankan sebanyak lima (5) sirkir dan 1 pusingan akhir.




Berikut adalah senarai finalist yang layak ke pusingan akhir GP FINAL.Tahniah diucapkan kepada para atlet yang layak dan kepada yang tidak layak boleh mencuba lagi tahun hadapan.







19 August 2010

BULETIN USPTN JOHOR APRIL-JUN 2010


Bagi mempromosikan lagi program sukan di negeri Johor, beberape program telah diubah dalam bentuk buletin agar mudah dicetak dan dibaca oleh para peminat sukan di luar sana. Untuk memuaturun buletin tersebut, anda boleh la terus click di lampiran di bawah:-

1. BULETIN USPTN JOHOR (APRIL-JUN 2010)


15 August 2010

KEM BINA SEMANGAT USPTN SE-MALAYSIA

AKSI ANGGOTA 
USPTN JOHOR
KEM BINA SEMANGAT USPTN 2010

Kem Bina Semangat USPTN 2010 yang julung-julung kalinya dianjurkan Cawangan Pelapis dan Cawangan Sumber Manusia Majlis Sukan Negara Malaysia yang telah menghimpunkan semua anggota USPTN Se-Malaysia melibatkan Ketua Unit/Pemangku Ketua Unit/Pegawai Pembangunan Sukan/Pembantu Tadbir dan Pem Am Pejabat dari 2hb - 6hb Ogos 2010 di Kem Permata Resort Alor Gajah Melaka

Semua anggota USPTN Johor telah hadir kecuali En Ismail bin Abd Azizi - Penyelia Asrama yang menghadiri peperiksaan dan Pn Nur Sabrina Hj Ahmad yang masih di dalam cuti dari pembedahan lutut beliau. Pergerakan anggota telah menaiki 3 buah kereta dari Pejabat USPTN Johor yang berkumpul dari jam 6.30 petang dan sampai di Kem Permata Resort Alor Gajah jam 9.30 malam. Berikut aksi-aksi pegawai dan anggota USPTN Johor di sepanjang kem tersebut. 



APA YANG PENTING KERJASAMA

PEJABAT SEMENTARA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR 
MULAI 23HB OGOS 2010 - APRIL 2011

Bagi memberi lalui menaiktaraf bumbung di kawasan (grandstand) Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bahru (Stadium Larkin), pihak Perbadanan Stadium Johor telah meminta pejabat USPTN Johor dan beberapa pejabat yang menyewa di kawasan grandstand berpindah sementara di ruang yang telah disediakan.

USPTN Johor akan berpindah sementara pada 23hb Ogos 2010 yang dijangka selama 6 - 8 bulan ke ruang pejabat Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) (diatas dewan makan atlet ASZS). Bagi maklumat perhubungan masih lagi dikekalkan sepertimana yang sedia ada. Pejabat USPTN Johor juga akan berkongsi ruang bersama Pusat Satelit ISN - Johor.



08 August 2010

BTN PARA ATLET ASZS

KURSUS BINA NEGARA (BTN)
SIRI 2/2010

Cawangan Pelapis / Cawangan Kejurulatihan bersama Cawangan Sumber Manusia Majlis Sukan Negara Malaysia telah menganjurkan kursus BTN kepada semua atlet pelapis serantau di Pulau Langkawi Kedah mulai 21hb Julai - 25hb Julai 2010 yang lalu. Seramai 11 orang atlet dari Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) dan 11 orang dari Pusat Latihan Sek. Sukan Bandar Penawar yang terdiri dari sukan Olahraga, Memanah dan Angkat Berat bersama seorang pegawai dari USPTN Johor iaitu En Mohd Azni bin Lokman telah bertolak dari Johor Bahru menaiki bas persiaran yang disediakan oleh pihak penganjuran pada jam 1.30 pagi dan tiba di Kuala Perlis pada sekitar jam 12.30 tengahari. Berikut adalah gambar aksi para peserta terutama dari ASZS : -

YOUTH OLYMPIC 2010

YOUTH OLYMPIC 2010 
D' SINGAPURA

Tahniah kepada adik Mohd Amirul Shafiq Md Jais, atlet pelayaran yang berasal dari Johor kerana layak secara merit mewakili negara di 'Youth Olympic Games 2010' yang pertama kali diadakan di Singapura mulai 14hb Ogos 2010 ini. Beliau kini menjalani latihan di Pusat Latihan Pelapis Kebangsaan di Langkawi, Kedah bersama-sama beberapa atlet yang berasal dari Johor sejak tahun 2008. Beliau juga merupakan belas atlet dari Pelapis Negeri Johor dibawah bimbingan jurulatih penuh masa iaitu Mohd Fadzly Abd Aziz dan Abd Aziz Hashim di Pusat Latihan Pelapis Negeri Sukan Pelayaran Tanjung Langsat Johor.

Marilah rakyat bersama-sama mendoakan kejayaan beliau dan Malaysia khususnya di Temsya 'Youth Olympic Games 2010 dan bersama-sama memberi sokongan hadir beramai-ramai ke Singapura. Difahamkan pertandingan akan di langsungkan di Marinan Bay, Singapura.

02 August 2010

KLINIK SUKAN BADMINTON BAWAH 11 TAHUN

KLINIK SUKAN BADMINTON
BAWAH 11 TAHUN

Johor Bahru; Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan klinik sukan badminton bawah 11 tahun yang bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru bagi diserapkan di bawah Program Pelapis Negeri Johor. Mereka-mereka yang terpilih akan diserapkan bagi projek 5 tahun Program Pelapis Negeri Johor. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru-guru besar, SK Larkin 1, SK Tanjung Puteri dan SJK ( C) Fonn Yew 3 kerana menghantar penyertaan yang ramai. Persatuan Badminton Johor diatas penyediaan gelanggang dan pembantu jurulatih serta tidak ketinggalan anggota urusetia klinik yang diketuai oleh Zahari Zahar Yusof (Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Badminton) bersama Ketua Jurulatih Badminton Program Pelapis Negeri Johor.

Seramai 54 orang penyertaan murid dari sekolah berhampiran telah menyertai klinik pada kali ini. SK Larkin 1, Johor Bahru seramai 10 orang, SK Tanjung Puteri 16 orang, SK Taman Sri Pulai, Johor Bahru seramai  4 orang, SJK ( C) Foon Yew 3, Johor Bahru seramai 20 orang dan SK Bandar Baru Uda dan English Collega masing-masing seorang. Berikut adalah aksi dan gelaggat para peserta klinik.