02 August 2010

KLINIK SUKAN BADMINTON BAWAH 11 TAHUN

KLINIK SUKAN BADMINTON
BAWAH 11 TAHUN

Johor Bahru; Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan klinik sukan badminton bawah 11 tahun yang bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru bagi diserapkan di bawah Program Pelapis Negeri Johor. Mereka-mereka yang terpilih akan diserapkan bagi projek 5 tahun Program Pelapis Negeri Johor. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru-guru besar, SK Larkin 1, SK Tanjung Puteri dan SJK ( C) Fonn Yew 3 kerana menghantar penyertaan yang ramai. Persatuan Badminton Johor diatas penyediaan gelanggang dan pembantu jurulatih serta tidak ketinggalan anggota urusetia klinik yang diketuai oleh Zahari Zahar Yusof (Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Badminton) bersama Ketua Jurulatih Badminton Program Pelapis Negeri Johor.

Seramai 54 orang penyertaan murid dari sekolah berhampiran telah menyertai klinik pada kali ini. SK Larkin 1, Johor Bahru seramai 10 orang, SK Tanjung Puteri 16 orang, SK Taman Sri Pulai, Johor Bahru seramai  4 orang, SJK ( C) Foon Yew 3, Johor Bahru seramai 20 orang dan SK Bandar Baru Uda dan English Collega masing-masing seorang. Berikut adalah aksi dan gelaggat para peserta klinik.

No comments:

Post a Comment