08 August 2010

BTN PARA ATLET ASZS

KURSUS BINA NEGARA (BTN)
SIRI 2/2010

Cawangan Pelapis / Cawangan Kejurulatihan bersama Cawangan Sumber Manusia Majlis Sukan Negara Malaysia telah menganjurkan kursus BTN kepada semua atlet pelapis serantau di Pulau Langkawi Kedah mulai 21hb Julai - 25hb Julai 2010 yang lalu. Seramai 11 orang atlet dari Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) dan 11 orang dari Pusat Latihan Sek. Sukan Bandar Penawar yang terdiri dari sukan Olahraga, Memanah dan Angkat Berat bersama seorang pegawai dari USPTN Johor iaitu En Mohd Azni bin Lokman telah bertolak dari Johor Bahru menaiki bas persiaran yang disediakan oleh pihak penganjuran pada jam 1.30 pagi dan tiba di Kuala Perlis pada sekitar jam 12.30 tengahari. Berikut adalah gambar aksi para peserta terutama dari ASZS : -

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas kejayaan atlet-atlet ASZS dalam Kursus tersebut. Sebenarnya Kursus itu dianjurkan hasil usahasama antara Cawangan Hal Ehwal Atlet dan Cawangan Pelapis dengan BTN.
    Semoga Kursus tahun ini dapat memberi impak yang lebih berkesan kepada mereka yang terlibat.
    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete