22 August 2010

KEJOHANAN BOLING SIRKIT REMAJA JOHOR 2010

KEJOHANAN BOLING MSNJ/USPTN/PSTBJ DAN IBU-BAPA USPTN
SIRKIT REMAJA JOHOR 2010
SIRKIT 3/ 
PACIFIC BOWL, BATU PAHAT MALL JOHOR

17 Mei 2010, Pacific Bowl , Batu Pahat Mall, Batu Pahat Johor telah menjadi vanue Kejohanan Boling MSNJ/USPTN/ PSTBJ/ Ibu-bapa USPTN bagi Sirkit 3. Sirkit ini merupakan sirkit yang ketiga selepas Sirkit 2 di Ole2 Bowl, Kulai Johor. Kejohanan ini telah menarik minat peserta dari seluruh daerah Negeri Johor termasuk dengan penyertaan dari Sekolah Sukan Bandar Penawar Kota Tinggi Johor. dan penyertaan pada kejohanan ini mempamerkan taring sekolah Sukan Bandar Penawar yang mengungguli kategori bawah 15 tahun lelaki dan perempuan. Selain itu juga, Sirkit 3 ini juga merupakan penyertaan yang paling tinggi berbanding pada sirkit 1 dan sirkit 2..Ini membuktikan kejohanan ini semakin mendapat perhatian dari atlet seluruh Negeri Johor. 
 
Berikut adalah jumlah penyertaan mengikut kategori :-
B12 lelaki =21 orang
B12 perempuan = 16 orang
B15 lelaki = 31 orang
B15 perempuan = 27 orang
B18 lelaki = 30 orang
B18 perempuan = 10 orang
Jumlah Keseluruhan = 135 orang peserta
 
Pendahulu Gp Point bawah 18 tahun Muhammad Mizan Bin Abd Rahman kembali berada di kedudukan teratas setelah berjaya kembali menjadi juara bawah 18 tahun lelaki dengan mengalahkan peserta dari Kluang Muhd Nurafiq Bin Azni dan peserta ditempat ketiga iaitu Muhammad Izzat Syahmi dari Kulai Jaya. Muhammad Mizan yang kecewa dengan prestasi di Sirkit 2 kembali menebus kehampaan tersebut dengan memenangi kategori bawah 18 tahun dan meletak beliau ditempat pertama rangking point semasa. Manakala jatuhan pin yang tertinggi pula bagi kategori bawah 18 tahun dimenangi oleh Muhd fareed dari dareah Batu Pahat dengan jatuhan pin tertinggi iaitu 227.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Setelah kecewa ditempat ketiga di Sirkit 2 Kulai bulan lalu, Saidatul Munawarah telah menebus kehampaan tersebut dengan menjuarai katagori bawah 18 tahun perempuan dengan mengalahkan rakan sepelatih di Program Pelapis Negeri iaitu Syamim Bt Jaini ditempat kedua dan Pemenang bagi MSSJ 2010 Salmi Suhana dari daerah Muar ditempat ketiga.Saidatul juga telah mengungguli acara jatuhan pin tertinggi pada sirkit 3 ini dengan membuat jatuhan pin tetinggi iaitu 223 jatuhan pin di game yang kelima.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Manakala bagi katogori bawah 15 tahun menyaksikan kegarangan peserta-peserta dari Sekolah Sukan Bandar Penawar Kota Tinggi Johor dengan meyapu bersih kategori bawah 15 tahun perempuan dan lelaki. Najwa Asyikin Bt Abdul Jalil menjadi Johan bagi kategori bawah 15 tahun perempuan diikuti tempat kedua Noor Syairah Bt Amran dan ditempat ketiga Syazana Aqilah ditempat keempat. Pada Kejohanan ini seramai 21 orang atlet Sekolah Sukan Bandar Penawar telah turut serta. 20 orang bermain di kategori bawah 15 tahun dan seorang bawah 18 tahun. Manakala Rabiatul Adawiyah bt Nasir telah menyekat penguasaan bawah 15 tahun perempuan SSBP dengan mengungguli jatuhan pin tertinggi iaitu 222 pada game yang ketiga.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Juara baru bagi kategori bawah 15 tahun lelaki iaitu Ahmad Aidil dari Sekolah Sukan Bandar Penawar ternyata bukan lawan bagi peserta -peserta lain dan jelas berada di kelas yang tersendiri. Ahmad Aidil telah mengalahkan rakan sepelatih dari Sekolah Sukan Bandar Penawar iaitu Abdul Basit ditempat kedua dan Mohd Amirul Qaiyum dari Batu Pahat ditempat ketiga.Juara kategori bawah 15 tahun lelaki Sirkit 2 iaitu Amirul Hafiz Bin Noor Haizat hanya mampu berada di tempat keempat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hasrat Fais Imadi Bin Daud untuk muncul peserta pertama membuat hatrik memenangi acara bawah 12 lelaki tidak kesampaian setelah di kecewakan oleh Mohd Fitri Bin Masri yang juga dari daerah Segamat. Mohd Fitri bin Masri akhirnya berjaya menembusi tembok yang dibina oleh Faris Imadi Bin Daud juga dari Segamat dengan menjuarai Bawah 12 tahun lelaki. Faris Imadi manjadi naib johan dan tempat ketiga dimenagi oleh peserta yang juga dari daerah Segamat iaitu Mohd Shahrul Asyraf.

Penatian dan kesabaran untuk muncul juara kategori bawah 12 tahun perempuan akhir lah terlaksana di sirkit 3 bagi Arissa Zharira Bt Ahmad Zhafreen dari daerah Segamat.
Peserta dari Segamat ini yang sebelum ini N. Johan di Sirkit 2 telah berjaya menjadi juara mengalahkan Johan Sirkit 2 Izzliyana Bt Salim dari Johor Bahru ditempat kedua. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Syazwani Bt Abd Razak dari Daerah Kluang. Arissa membawa pula pulang hadiah bagi kategori bawah 12 tahun dan hadiah bagi jatuhan pin tertinggi bawah 12 tahun perempuan dengan jatuhan pin 181.

Peserta Bawah 12 tahun lelaki
Peserta bawah 15 tahun lelaki
 

No comments:

Post a Comment