19 June 2013

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN 1/2013

Sukan     :Berbasikal Trek
PLN        :Berbasikal Negeri Johor,Muar
Tarikh     :22-26 Mei 2013
Vanue     :Veledrom Cheras,Kuala Lumpur
JSM        :En.Fuad Bin Daud
JSM        :En. Firdaus Bin Daud
Berikut adalah sedikit retetan peristiwa dan aksi para atlet johor semasa kejohanan.
















18 June 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: MENEMBAK

Tarikh:14 JUN 2013
Masa:0930 - 1300
Tempat:PUSAT LATIHAN MENEMBAK NEGERI JOHOR

Kehadiran:

1. Siti Radziah Abd Sahar - PKU
2. Subari Ariffin - JPM
3. Nikolaev Victor - JLN
4. Mohd Nasir bin Ramli - JSM

LATIHAN

1. Shooting Trial Air Pistol & Air Rifle 10m

PERTANDINGAN

1. Seramai 16 orang atlet telah menyertai Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Ke3 2013(Sport-Excel, NSC,MILO) dan Kejohonan Menembak Piala Tun Hanif yang diadakan pada 06 - 09 Jun 2013.

KEPUTUSAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN KE3 2013 (SPORT-EXCEL, NSC, MILO)

  • Di dalam kejohanan ini pasukan Menembak Negeri Johor telah menduduki di tangga ke2 dari segi pungutan pingat. Pasukan ini telah meraih secara keseluruhannya 6 emas, 4 perak dan 5 gangsa.
  • Bagi acara 10m Air Rifle Men Team, pasukan ini telah meraih pingat gangsa. Manakala bagi acara 10m Air Rifle Men Individual, Nik Muhammad A'imullah Supardi telah menduduki di tangga ke 5, Iqbal Hazim Nordin di tangga ke14 dan Mohamad Zakee Roslee di tangga ke20.
  • Bagi kategori wanita pula, pasukan ini telah meraih pingat emas di dalam acara 10m Air Pistol Women Team. Erene Chew telah merangkul pingat perak bagi acara 10m Air Pistol Women Individual. Di ikuti dengan rakan pasukannya Elsa Chew menduduki di tangga ke 4, Elaine Ong di tangga ke 16, Yvone Ong di tangga ke 18 dan Nurul Amierra Zulkiflee di tangga ke 25.
  • Eddy Chew telah merangkul pingat emas di dalam kategori 25m Sport Pistol Men Individual. Manakala rakan pasukannya Choo Wen Yan telah menduduki di tempat ke 4 dan Ong Zhen Shen di tempat ke 13. Bagi kategori 25m Sport Pistol Men Team pula, pasukan ini telah meraih pingat perak.
  • Nik Muhammad A'imullah Supardi telah mucul sebagai wira apabila beliau meraih pingat emas bagi acara 50m Rifle Prone Men Individual.
  • Bagi kategori 10m Air Pistol Men Individual, Eddy Chew telah meraih pingat perak. Manakala Choo Wen Yan telah menduduki di tempat ke 4, Ong Zhen Shen di tempat ke 8, Hazeq Haqeem R. Azmi di tempat ke 11. Pasukan ini telah meraih pingat emas di dalam acara 10m Air Pistol Men Team.
  • Nik Muhammad A'imullah Supardi sekali lagi menyumbang pingat gangsa di dalam acara 50m Rifle 3 Position Men Individual.
  • Pingat emas di dalam kategori 25m Pistol Women Individual telah disumbangkan oleh Erene Chew.
  • Eddy Chew telah menyumbangkan pingat emas didalam kategori 50m Pistol Men Individual. Untuk acara 50m Pistol Men Team pula, pasukan ini telah meraih pingat perak.
KEPUTUSAN KEJOHANAN MENEMBAK PIALA TUN HANIF 2013

  • Pasukan Menembak Johor telah menduduki di tangga ke 5 daripada 15 pasukan bagi kedudukan pingat di dalam kejohanan ini.
  • Bagi kategori 10m Air Rifle Men Individual, Nik Muhammad A'imullah Supardi telah meraih pingat gangsa.
  • Pingat Gangsa adalah milik pasukan ini di dalam acara 10m Air Pistol Women Team.
  • Nik Muhammad A'imullah Supardi, telah meraih 2 pingat perak di dalam acara 50m Rifle Prone Men Individual dan 50m Rifle 3 Position Men Individual.
  • Eddy Chew juga telah menyumbang pingat emas di dalam acara 10m Air Pistol Men Individual
  • Bagi acara berpasukan 10m Air Pistol Men Team, pasukan ini telah meraih pingat emas.
  • Choo Wen Yen telah meraih pingat perak di dalam acara 50m Pistol Men Individual. Manakala bagi acara 50m Pistol Men Team pasukan ini telah meraih pingat perak.


ULASAN

1. Ini merupakan kali pertama saya membuat pemantaun bersama PKU bagi sesi perkenalan bersama atlet dan jurulatih
2. En Subari B Ariffin menyatakan terdapat sedikit pertukaran format pertandingan secara menyeluruh mengikut perundangan terkini ISSF yang telah dipinda selepas Olympic London 2012.
3. Jurulatih memohon permohanan dari pihak pentadbiran bagi pembayaran bil elektrik di Pusat Latihan Negeri Johor.
4. JLN, Nikolaev Victor ingin mengambil cuti pada 06hb - 31hb Ogos 2013 untuk pulang ke kampung halaman
5. Atlet menjalani latihan seperti biasa.


Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Roshaza Azeera bt Roslan
SDO Menembak Negeri Johor
Tarikh: 18/6/2013

12 June 2013

PEMANTAUAN LATIHAN TERJUN SEMPENA CUTI SEKOLAH

LATIHAN TERJUN SEMPENA CUTI SEKOLAH
27 Mei - 8 Jun 2013
Atlet : 10 Orang
Jurulatih : Xu Ji


Sempena Cuti sekolah yang lalu, jurulatih telah mengambil kesempatan dengan menjalankan 2 sesi latihan pada setiap hari. Manakala pada 30 Mei & 6 June telah di selitkan sesi Psychology bersama pegawai psychology dari ISN Johor iaitu Puan Azura.

Sesi Latihan pagi dijalankan dari jam 8.30-12.30tgh manakala sesi petang disambung pada jam 3.30-7.00 ptg mengikut keadaan cuaca.

Jenis-jenis latihan yang dijalankan adalah latihan darat menggunakan tali serta latihan terjunan A B & C.
Atlet kelihatan bersungguh-sungguh semasa latihan dan jurulatih juga semakin menunjukkan komitmen yang tinggi. 



SEPANJANG SESI LATIHAN BERJALAN  



  MAKAN TENGAHARI BERSAMA PPN




SESI PSYCHOLOGY BERSAMA PUAN AZURA



11 June 2013

Pemantauan Sukan Memanah

Tarikh : 11 Jun 2013
Masa Latihan : 6.30 Pagi – 9.00 Pagi
Tempat : PLN Memanah Sekolah Sukan Tunku Makhota Ismail

Kehadiran :
Jurulatih : En Halim Bin Ismail
Atlet : 5 Perempuan

Latihan :
-Shooting Dril untuk jarak 30m , 50m , dan 70m
-Pembentukan skill oleh jurulatih

Peralatan :
-Komponen Bow untuk memanah seperti Handle dan Sight yang rosak menyukarkan atlet semasa menjalani latihan.

Ulasan :
-JSM memanah memaklumkan bahawa Pasukan Memanah Sekolah Sukan Sstmi akan menyertai kejohanan memanah Sekolah Sukan antarabangsa di Chiang Mai , Thailand.

-Perbincangan bersama Jsm dan Pengetua sekolah utk padang sasar yang baru , untuk jarak 90m .



Pemantauan Sukan Memanah

Tarikh : 31.5.2013
Masa Latihan : 4.30 Ptg – 6.00 Ptg
Tempat : PLN Memanah Larkin Johor

Kehadiran :
Jurulatih : En Azizul Khairi Tajuddin
Atlet : 4 Lelaki

Latihan :
-Shooting Dril untuk jarak 30m , 50m , dan 70m
-Pembentukan skill oleh jurulatih

Peralatan :
-Komponen Bow yang kurang menyukarkan atlet baru utk menjalani latihan . Arrow yang sedia ada terpaksa digunakan semasa latihan

-JPM memohon agak memberi bantuan Bow , arrow dan Target bud .

PLN :
-Pusat latihan memerlukan simpanan stor yang baik untuk mnyimpan target bud


Ulasan :
-JPM memaklumkan PLN di negeri johor masih baru dan akan mengambil sedikit masa untuk medapatkan atlet

-JPN mengingatkan atlet yang ada agar berdisplin semasa membuat latihan dan memberi kesungguhan dan focus yang tinggi semasa latihan dijalankan.



05 June 2013

Pemantauan Latihan Renang

Masa     :  8:00 malam
Tarikh    :  4 Jun 2013
                Tempat  :  Kolam Renang MBJB

Pada 4 Jun yang lalu, pemantauan bulanan bagi sukan renang telah dijalankan. Pada sesi latihan kali ini, kehadiran atlet adalah tidak memuaskan kerana musim cuti sekolah dan juga cuaca hujan pada lewat petang.

Latihan dimulakan dengan warm up 200 meter freestyle, 100 meter backstroke, 100 meter butterfly, dan 100 meter breast stroke.

Latihan diteruskan dengan set utama iaitu:
8 x 50 medley (25 meter fast pace dan 25 meter slow pace)
4 x 50 meter freestyle
2 x 50 meter freestyle
4 x 50 meter back stroke
2 x 50 meter back stroke
Sprint with fin 4 x 50 meter medley
Secara keseluruhannya, tiada sebarang masalah yang dilaporkan oleh jurulatih. Jurulatih juga memaklumkan kepada SDO bahawa terdapat atlet-atlet baru yang masih dalam pemerhatian sebelum diserapkan ke Pelapis Johor.

Latihan tamat pada jam 9:55 malam.




..

03 June 2013

KEM BAKAT MENEMBAK 01/2013

LAPORAN KEM BAKAT MENEMBAK 01/2013
TARIKH: 27 MEI - 1 JUN 2013

Pada 27 Mei hingga 1 Jun 2013 yang lalu sebuah Kem Bakat Sukan Menembak telah dijalankan di Lapang Sasar Menembak Batu Pahat manakala penginapan pula adalah di Crystal Inn Hotel Batu Pahat. Penyertaan kem kali ini adalah seramai 72 orang dengan pecahan 55 orang atlet (7 atlet Johor), 9 orang jurulatih dan 4 orang SDO. Pada sesi pagi hari pertama adalah sesi pendaftaran atlet & penginapan dan pada sesi malam pula diadakan sesi "Ice Breaking" yang dikendalikan oleh penceramah bebas yang terkenal di Negeri Johor iaitu Tn Hj Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Bib.



Atlet Menembak Kebangsaan bergambar bersama Pak Bib


Hari Ke-dua:

Pada sesi pagi diadakan Ujian Kecergasan yang telah dijalankan oleh Pegawai-pegawai dari Pusat Satelit Institut Sukan Negara dari Johor Bharu dan dibantu oleh SDO serta Jurulatih. Ujian dijalankan bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Jenis-jenis ujian adalah seperti Anthropometry ( weight, height, arm span, sitting height), Flexibility (modified sit & reach), Strength (max push up, max crunches, plank test, hand grip dan Aerobic test. Pada sebelah petang atlet telah dibahagikan kepada 2 kumpulan acara iaitu rifle dan pistol dimana team leader bagi kumpulan rifle adalah Coach Yusri manakala bagi kumpulan pistol ialah Coach Tamara. Dalam sesi ini team leader membuat penerangan mengenai sukan menembak, teknik latihan asas serta membuat sesi soal jawab.  Pada Sesi malam pula diadakan sesi Psychology bersama pegawai psychology Pusat Satelit ISN Johor iaitu Puan Azura Nasir dari jam 8.30 hingga 10.30 malam. Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dari Pusat Satelit ISN Johor kerana sudi menjalankan aktiviti yang diminta.





UJIAN KECERGASAN 

Sesi Psychology

Hari Ke-tiga:

Pada hari ketiga ini sesi pagi dan petang dipenuhi dengan sesi latihan yang dipantau oleh jurulatih-jurulatih negeri terutamanya jurulatih kebangsaan. Bagi kumpulan pistol, coach Tamara banyak menekankan aspek persediaan psikologi yang menghubungkan fungsi body dan minda. Untuk rifle pula, coach Yusri telah membuat pecahan 2 kumpulan iaitu teori dan praktikal. Sesi malamnya pula diadakan sesi ceramah Suaian Fizikal oleh Pegawai dari Pusat Satelit ISN Johor iaitu En Mohamad Nawai Farhan dari jam 8.00 hingga 10.00 malam.



Sesi Suaian Fizikal

Sesi Latihan

Hari Ke-empat:


Pada hari ke-empat latihan dijalankan seperti biasa pada sesi pagi manakala pada sebelah petang pula, satu siri pertandingan full course dijalankan untuk melihat prestasi keseluruhan atlet walaubagaimanapun pada siri kedua tembakan terdapat gangguan elektrik di kawasan lapang sasar dan pertandingan tersebut terpaksa dihentikan pada jam 4.00 petang dan perlu disambung pada esok hari. Sesi malam pula atlet diisi dengan program aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh Tn Syed Abd Rahman yang berlangsung selama 2jam. 



Sesi bersama Pak Bib.


Hari Ke-lima:

Hari kelima ini merupakan hari terkahir kem dan pada sesi pagi atlet hanya menjalani latihan ringan memandangkan bekalan elektrik masih belum dibaiki sewaktu tiba pagi di lapang sasar. Bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada jam 11 pagi dan pertandingan disambung semula pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 8mlm. Berikut adalah keputusan pertandingan mini menembak di Kem Bakat Menembak 2013:-

Air Rifle Lelaki
1. Nur Muhd Izham (Tganu) - 579
2. Zul Haziq (PK) - 572

Air Rifle Wanita
1. Nur Ain Kamari (Jhr) - 393
2. Wan Khaleda (Perak) - 384

Air Pistol Lelaki
1. Hazeeq Hakeem (Jhr) - 553
2. Low Wei Chern (Phg) - 550

Air Pistol Wanita
1. Nur Hidayah (Sel) - 365
2. Khairun Nasehah (Mlk) - 362


  Air Rifle Wanita 
Nur Ain Kamari (Jhr) - 393   

    Air Pistol Lelaki
   Hazeeq Hakeem (Jhr) - 553
                          


Kesemua Atlet yang terlibat.


Secara keseluruhan semua atlet menunjukkan peningkatan semasa dalam kem tersebut terutamanya atlet dari Negeri Johor dimana 2 atlet telah berjaya mendapat tembakan yang baik semasa mini pertandingan dijalankan. Tahniah dari pihak Pelapis Johor. Diharap dengan adanya kem-kem seperti ini atlet-atlet boleh mengambil peluang yang ada untuk mencari pengalaman serta mempelajari teknik-teknik tembakan yang baru dari jurulatih-jurulatih yang berpengalaman. Diharap juga kem-kem seperti ini lebih kerap diadakan oleh pihak Cawangan Pelapis. Sekian Terima kasih.