03 June 2013

KEM BAKAT MENEMBAK 01/2013

LAPORAN KEM BAKAT MENEMBAK 01/2013
TARIKH: 27 MEI - 1 JUN 2013

Pada 27 Mei hingga 1 Jun 2013 yang lalu sebuah Kem Bakat Sukan Menembak telah dijalankan di Lapang Sasar Menembak Batu Pahat manakala penginapan pula adalah di Crystal Inn Hotel Batu Pahat. Penyertaan kem kali ini adalah seramai 72 orang dengan pecahan 55 orang atlet (7 atlet Johor), 9 orang jurulatih dan 4 orang SDO. Pada sesi pagi hari pertama adalah sesi pendaftaran atlet & penginapan dan pada sesi malam pula diadakan sesi "Ice Breaking" yang dikendalikan oleh penceramah bebas yang terkenal di Negeri Johor iaitu Tn Hj Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Bib.



Atlet Menembak Kebangsaan bergambar bersama Pak Bib


Hari Ke-dua:

Pada sesi pagi diadakan Ujian Kecergasan yang telah dijalankan oleh Pegawai-pegawai dari Pusat Satelit Institut Sukan Negara dari Johor Bharu dan dibantu oleh SDO serta Jurulatih. Ujian dijalankan bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Jenis-jenis ujian adalah seperti Anthropometry ( weight, height, arm span, sitting height), Flexibility (modified sit & reach), Strength (max push up, max crunches, plank test, hand grip dan Aerobic test. Pada sebelah petang atlet telah dibahagikan kepada 2 kumpulan acara iaitu rifle dan pistol dimana team leader bagi kumpulan rifle adalah Coach Yusri manakala bagi kumpulan pistol ialah Coach Tamara. Dalam sesi ini team leader membuat penerangan mengenai sukan menembak, teknik latihan asas serta membuat sesi soal jawab.  Pada Sesi malam pula diadakan sesi Psychology bersama pegawai psychology Pusat Satelit ISN Johor iaitu Puan Azura Nasir dari jam 8.30 hingga 10.30 malam. Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dari Pusat Satelit ISN Johor kerana sudi menjalankan aktiviti yang diminta.





UJIAN KECERGASAN 

Sesi Psychology

Hari Ke-tiga:

Pada hari ketiga ini sesi pagi dan petang dipenuhi dengan sesi latihan yang dipantau oleh jurulatih-jurulatih negeri terutamanya jurulatih kebangsaan. Bagi kumpulan pistol, coach Tamara banyak menekankan aspek persediaan psikologi yang menghubungkan fungsi body dan minda. Untuk rifle pula, coach Yusri telah membuat pecahan 2 kumpulan iaitu teori dan praktikal. Sesi malamnya pula diadakan sesi ceramah Suaian Fizikal oleh Pegawai dari Pusat Satelit ISN Johor iaitu En Mohamad Nawai Farhan dari jam 8.00 hingga 10.00 malam.



Sesi Suaian Fizikal

Sesi Latihan

Hari Ke-empat:


Pada hari ke-empat latihan dijalankan seperti biasa pada sesi pagi manakala pada sebelah petang pula, satu siri pertandingan full course dijalankan untuk melihat prestasi keseluruhan atlet walaubagaimanapun pada siri kedua tembakan terdapat gangguan elektrik di kawasan lapang sasar dan pertandingan tersebut terpaksa dihentikan pada jam 4.00 petang dan perlu disambung pada esok hari. Sesi malam pula atlet diisi dengan program aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh Tn Syed Abd Rahman yang berlangsung selama 2jam. 



Sesi bersama Pak Bib.


Hari Ke-lima:

Hari kelima ini merupakan hari terkahir kem dan pada sesi pagi atlet hanya menjalani latihan ringan memandangkan bekalan elektrik masih belum dibaiki sewaktu tiba pagi di lapang sasar. Bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada jam 11 pagi dan pertandingan disambung semula pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 8mlm. Berikut adalah keputusan pertandingan mini menembak di Kem Bakat Menembak 2013:-

Air Rifle Lelaki
1. Nur Muhd Izham (Tganu) - 579
2. Zul Haziq (PK) - 572

Air Rifle Wanita
1. Nur Ain Kamari (Jhr) - 393
2. Wan Khaleda (Perak) - 384

Air Pistol Lelaki
1. Hazeeq Hakeem (Jhr) - 553
2. Low Wei Chern (Phg) - 550

Air Pistol Wanita
1. Nur Hidayah (Sel) - 365
2. Khairun Nasehah (Mlk) - 362


  Air Rifle Wanita 
Nur Ain Kamari (Jhr) - 393   

    Air Pistol Lelaki
   Hazeeq Hakeem (Jhr) - 553
                          


Kesemua Atlet yang terlibat.


Secara keseluruhan semua atlet menunjukkan peningkatan semasa dalam kem tersebut terutamanya atlet dari Negeri Johor dimana 2 atlet telah berjaya mendapat tembakan yang baik semasa mini pertandingan dijalankan. Tahniah dari pihak Pelapis Johor. Diharap dengan adanya kem-kem seperti ini atlet-atlet boleh mengambil peluang yang ada untuk mencari pengalaman serta mempelajari teknik-teknik tembakan yang baru dari jurulatih-jurulatih yang berpengalaman. Diharap juga kem-kem seperti ini lebih kerap diadakan oleh pihak Cawangan Pelapis. Sekian Terima kasih.

No comments:

Post a Comment