TEMPAT : SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR
Satu lawatan rasmi antara YB Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Tuan Haji Md. Jais Bin Sarday bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Tuan Haji Ismail Bin Haji Abdul Rahman dengan atlet-atlet Sukma Negeri Johor telah diadakan pada 23hb Mac 2010 bertempat di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Sebelum lawatan dimulakan, satu mesyuarat diadakan terlebih dahulu dengan kehadiran Ketua Unit Sekretariat Sukma Johor 2010, Bahagian Atlet dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor, ISN Pusat Satelit Larkin, ISN SSBP serta beberapa kakitangan Majlis Sukan Negeri Johor. Pelbagai perkara yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat ini terutama pembaikpulih peralatan dan kemudahan sedia ada yang telah rosak.
Lawatan dibuat selepas mesyuarat ditangguhkan. Antara tempat yang dilawati oleh YB Exco adalah Pusat ISN di SSBP, Gimnasium, Boling Padang, Tenpin Boling, Judo, Lawan Pedang, Berbasikal, Kolam Renang, Sepak Takraw, dan lain-lain. Di dalam perjumpaan ini, YB Exco turut menyampaikan amanah dan menasihati para atlet agar lebih fokus terhadap latihan masing-masing. Pengarah MSNJ turut memberikan kata-kata semangat kepada para atlet agar memberi persembahan yang terbaik di SUKMA MELAKA 2010 nanti.
YB Exco dan Pengarah MSNJ bergambar bersama atlet-atlet berbasikal
Atlet Negeri Johor bagi Sukan Lawan Pedang menjalani latihan seperti biasa
Gelanggang Skuasy yang dibiarkan begitu sahaja kerana program sukan skuasy telah dibubarkan setelah Jurulatih dipindahkan ke Negeri Lain.
Kejohanan Pencak Silat Tertutup dan Jemputan Remaja Johor 2010
Tarikh: 15 Mac - 18 Mac 2010
Tempat: Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor
Kejohanan yang dilangsungkan di Ruang Concourse Plaza Angsana Johor Bahru ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 236 orang pesilat dari pelbagai daerah, perguruan, dan kelab di seluruh Negeri Johor dan pasukan jemputan dari Singapura.
Kategori yang dipertandingkan bagi silat olahraga adalah kelas A sehingga L untuk kategori Putera, manakala bagi kategori Puteri pula dari kelas A sehingga I. Bagi acara seni pula, kategori yang dipertandingkan adalah Solo Bebas, Solo Baku, Ganda, dan Regu.
Kejohanan ini berjaya dilangsungkan dengan sukses hasil kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Johor, Pesaka Daerah Johor Bahru, PERSISI Singapura, Plaza Angsana (UDA Holdings), dan juga Majlis Sukan Negara Malaysia.
Dalam kejohanan ini, juara keseluruhan adalah pasukan Grasio Singapura, di tempat kedua Pelapis Johor, dan pasukan Gemilang 2012 di tempat ketiga.
Diharapkan kejohanan ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang memandangkan banyak pihak memberikan respons yang sangat menggalakkan, termasuk dari pihak media. Dan sebagai SDO yang bertanggungjawab terhadap sukan ini, saya memhon agar pihak Majlis dapat memperuntukkan penganjuran kejohanan untuk sukan Kategori D pada masa akan datang, dan bukan dianggap sebagai Program Binaan semata-mata.
KU USPTN Johor memberikan kata-kata aluan semasa mesyuarat pengurus
Ucapan penutup oleh Y.B. Dato' Haji Mohd Rashidi, Yang DiPertua Pesaka Johor
Penyeri Majlis: Pertandingan VIP atlet pra-remaja Pelapis Negeri Johor bergambar bersama-sama Jurulatih Pelapis Johor sebelum bertanding melawan pra-remaja Grasio Singapura
Lawatan Y.B. Exco Belia dan Sukan Negeri Johor ke SSBP Tarikh: 22 Mac 2010Tempat: Sekolah Sukan Bandar Penawar
Y.B Exco dan Pengarah Majlis Sukan Negeri telah mengadakan lawatan rasmi ke Sekolah Sukan Bandar Penawar. Di kesempatan itu, satu perjumpaan dengan Pasukan Lawan Pedang Pelapis telah diadakan.
Pemantauan, Perjumpaan bersama Jurulatih dan atlet, dan Pertandingan Mini Angkat Berat PLN Felda Pemanis 1 Siri 1/2010 Tarikh: 28 Mac 2010 Tempat: PLN Felda Pemanis 1, Segamat, Johor
Pertandingan Mini ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada atlet-atlet Pelapis yang masih belum layak bertanding di kejohanan-kejohanan lain kerana masih tidak mencapai had kelayakan yang ditetapkan. Pada program yang pertama ini, 6 orang atlet telah berjaya memecahkan rekod peribadi masing-masing. Antara atlet yang menonjol adalah Mohd. Farid Mohid (Clean & Jerk +7 kg) dan Mohd. Zahrul Zamzuri (Snatch +3 kg, Clean & Jerk + 3 kg).
Selain itu, hasil pemantauan yang dilaksanakan oleh SDO, didapati peralatan latihan seperti plate dan platform telah rosak dan pecah. Oleh yang demikian, diharapkan pihak Majlis dapat menyalurkan bantuan peralatan yang berkenaan memandangkan sukan Angkat Berat merupakan sukan Kategori A yang wajar diberi penumpuan dalam pelbagai aspek.