24 December 2013

KEPUTUSAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN, SIRKIT 02/2013

Pada 17 hingga 21 Disember 2013 telah berlangsung Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16, Sirkit 02/2013. Seramai 12 orang atlet Johor telah menyertai kejohanan ini.

Secara keseluruhan, Johor menduduki tempat kedua daripada 14 pasukan dengan berjaya merangkul dua (2) emas, satu (1) perak dan dua (2) gangsa.

Berikut adalah senarai nama pemenang:

10m AIR PISTOL

10m AIR PISTOL MEN (INDIVIDU)
  • Hazeq Haqeem Bin R Azmi - ke6 (540 mata)
  • Muhammad Hudzriy Bin Jaslan - ke7 (539 mata)
  • Muhammad Amirul Haziq Bin Norhan - ke11 (527)
10m AIR PISTOL MEN (TEAM)
  • Berjaya meraih pingat gangsa (1614 mata)
10m AIR PISTOL WOMEN (INDIVIDU)
  • Yvone Ong - ke4 (351 mata)
  • Nurul Amierra Bt Zulkiflee - ke8 (347 mata)
  • Elaine Ong - ke13 (341 mata)
10m AIR PISTOL WOMEN (TEAM)
  • Berjaya meraih pingat emas (1047 mata)

10m AIR RIFLE

10m AIR RIFLE WOMEN (INDIVIDU)
  • Nur Ain Bt Kamari - Emas (389 mata)
  • Norliana Bt Abu Naim - Perak (383 mata)
  • Aznie Fazlien Bt Mohd Azry - ke19 (364 mata)
10m AIR RIFLE WOMEN (TEAM)
  • Berjaya meraih pingat perak (1132 mata)
10m AIR RIFLE MEN (INDIVIDU)
  • Iqbal Hazim Bin Nordin - ke7 (563 mata)
  • Mohammad Zakee Bin Roslee - ke14 (553 mata)
  • Mohammed Fareez Daniel Bin Mohd Fauzi - ke20 (536 mata)
10m AIR RIFLE MEN (TEAM)
  • Berjaya meraih pingat gangsa (1653 mata)

23 December 2013

KEJ. TINJU REMAJA LELAKI & WANITA KEBANGSAAN 2013

2 EMAS

Pada 16 - 22 Dis 2013 yang lepas, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Persatuan Tinju Amatur Negeri Johor telah menghantar seramai 8 orang peninju di Kejohanan Tinju Remaja  Lelaki & Wanita kebangsaan 2013 bertempat di Kompleks Sukan Gemas Negeri Sembilan. Pasukan Johor telah berjaya membawa pulang 2 Emas di kejohanan tersebut. berikut adalah senarai pemenang pingat emas di kejohanan tersebut: -

1. EMAS - MUHD ALIESHAH BIN MOHD KAMARUZAMAN - 81 KG

2. EMAS - MUHD ASHRI HAZREEN - 60 KG

TAHNIAH KEPADA PEMENANG.

KEJ TAEKWONDO SPORT EXCEL NATIONAL JUNIOR & SENIOR CIRCUIT 2013 GRAND FINAL

1 EMAS 2 GANGSA
Pada 19-21 Dis 2013, seramai 4 orang atlet Taekwondo pelapis negeri Johor telah layak ke Grand Final Sports Excel National Junior & Senior Circuit 2013 yang berlangsung di Dewan Badminton Cheras Kuala Lumpur. Pasukan Pelapis Negeri Johor telah berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan 2 gangsa. berikut senarai pemenang di kejohanan tersebut :
1. EMAS - RAYMOND THOMAS - FEATHER WEIGHT
2. GANGSA - DIPAN A/L KALAIMANNAN - BANTAM WEIGHT
3. GANGSA - RAJANANNDINI A/L PARMASIVAM
Congratulation  kepada Coach & Atlet ..

19 December 2013

MESYUARAT PEMBANGUNAN SUKAN PERAHU LAYAR

Perbincangan Bersama Persatuan Perahu Layar Johor

Tarikh : 17 Disember 2013
Tempat : Bilik Persatuan Perahu Layar Johor
Kehadiran :

1) En Norzaidi Ahmad Fuad
-Pengurus Tunjuk Laut Resort

2) En Aziz Hashim
-JSM Pelapis Sukan Perahu Layar

3)En Ezranee
-Felda Enterprise

4)Haji Mazlan Othman
-Johor Corporation

5)En Abdul Razak
-Persatuan Perahu layar Johor

6)En Mohd Faizal
-Jabatan Pelajaran Negeri

Isu yang dibincangkan

1) Pengerusi pembangunan persatuan perahu layar iaitu Haji Mazlan mencadangkan untuk menubuhkan komuniti dari setiap pengurus felda bagi membantu membangunkan sukan perahu layar dimana kebanyakkan atlet-atlet berasa dari kawasan berdekatan dengan Pusat Latihan Negeri iaitu di Tanjung Leman Mersing , Johor

2) Selain itu , beliau menitikberatkan program pelapis iaitu progam pembangunan dimana permulaan sukan yang baik adalah daripada bawah di saya telah menerangkan kepada beliau , berkenaan progam yang di adakan pada awal tahun iaitu Program pengenalan perahu layar kepada pelajar-pelajar di sekitar sekolah Tenggaroh di mersing.

3)Atas cadangan dan idea daripada pelbagai pihak yang hadir, pada tahun hadapan,satu program Pengenalan Sukan Perahu layar akan diadakan dimana pada program kali ini , penglibatan ibu-bapa adalah perlu.Ini kerana , pada pandangan saya , kebanyakkan ibu-bapa tidak percaya dan takut untuk melepaskan anak-anak mereka untuk berlatih memandangkan , latihan sukan perahu layar ini melibatkan kawasan laut lepas.Oleh yang demikian , pada progam kali ini , ibu-bapa akan diberi ceramah tentang tahap keselamatan semasa latihan dijalan kan seperti pemantauan setiap masa oleh jurulatih semasa latihan , dan insurans atlet jika berlaku sesuatu.

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan dijangka pada awal tahun , akan diadakan sekali lagi Mesyuarat bagi melancarkan program yang sudah di tetapkan







PEMANTAUAN SUKAN PERAHU LAYAR

SUKAN PERAHU LAYAR

Tarikh : 17 Disember 2013
Masa Latihan : 8.30 - 11.30 Pg
Tempat : PLN Tanjung Leman Mersing
Kehadiran
Jurulatih : En Aziz bin Hashim
Jurulatih : En Zamri Bin Azlan
Jurulatih : En Zaidi Bin Amin

Pasukan Institut Sukan Negara yang terlibat
1)Pn Nurhazirah Binti Ahmad
2)Pn Nor Rafidah Binti Hashim
3)Pn Azura Binti Mat Nasir
4)Pn Durrah bt Ramli
Atlet : 13 Lelaki Lelaki 10 Perempuan

Latihan :
-Ujian kecergasan oleh Institut Sukan Negara
-Menitik berat kan tahap stamina atlet sebelum menyertai pertandingan

Antara aktiviti yang dilakukan oleh Institut Sukan Negara Johor ialah

1) Sesi Pemantauan dan Khidmat Sains sukan
2) Sesi Psikologi dan Pemakanan Sukan
3) Sesi Ujian Kecergasan


Kehadiran :
-Kebanyakkan atlet yang hadir berasal dari sekitar kawasan PLN Tanjung Leman dan ada diantaranya dari Pasir Gudang
-Atlet menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam menjalankan latihan

Peralatan :
-Peralatan masih berada didalam keadaan yang uzur dan dijangka Pihak sukma akan memberi bantuan sempena Kejohanan Sukma yang akan berlangsung pada bulan Mei 2013
-Terima kasih diucapkan kepada Majlis Sukan Negara kerana memberi bantuan geran bot untuk baik pulih bot jurulatih

Sekian Terima kasih












14 December 2013

FITNESS TEST ATLET TAEKWONDO PELAPIS NEGERI JOHOR


TARIKH : 5 DIS 2013
TEMPAT: STADIUM LARKIN JOHOR
MASA : 8.00 PG
Pada 5 Disember 2013 yang lepas, USPTN Johor melalui PLN Taekwondo Pelapis Negeri Johor dengan kerjasama MSN Johor telah mengadakan Fitness Test Atlet Taekwondo bagi tahun 2013. Ujian Kecergasan tersebut dikendalikan oleh Pegawai Kecergasan MSN Johor iaitu En. Omar. 

05 December 2013

PROGRAM SEHARI BERSAMA ISN -SUKAN OLAHRAGA & BERBASIKAL TREK / PEMANTAUAN PLN

Tempat: Stadium Sultan Ibrahim,Muar,Johor.
Tarikh: 03.12.2013 
Masa: 0830-0500
Sukan: Berbasikal Trek & Olahraga

Program ini diadakan dengan jalinan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) cawangan Johor. Seramai enam (6) orang pegawai ISN yang terlibat di dalam program ini. Program ini berjaya di laksanakan dengan kerjasama jurulatih Berbasikal Trek & Olahraga. Sambutan dari atlet juga menggalakkan. Program ini juga adalah salah satu cara untuk menilai tahap kecergasan atlet-atlet Pelapis Negeri Johor. Seramai 40 orang atlet yang terlibat dalam program ini.

Pegawai ISN yang terlibat : 

  1. Pn Nor Azura Mat Nasir
  2. Pn Dhura Ramli
  3. Pn Norafidah Hashim
  4. Pn Norazirah Ahmad
  5. En Mohammad Nawawi Farhan Mohammad Noh
  6. Pn Nor Azura Che Ya
Jurulatih yang terlibat :
  1. Muhammad Firdaus Bin Daud (Berbasikal Trek)
  2. Muhammad Fuad Bin Daud (Berbasikal Trek)
  3. Md Shah Bin Md Noh (Olahraga)
  4. Tuan Hj Yusof Bin Khalid (Olahraga)

Pendaftaran & Taklimat Program Oleh Pegawai ISN






Atlet Warm Up sebelum memulakan ujian


Standing Broad Jump


                                      



                                       


Vertical Jump




Sit Up 

Push Up


Hand Grip

Yo Yo Test



Sesi Psychology


Sesi Nutrition / Body Composition