20 June 2011

Kejohanan Angkat Berat Tertutup dan Jemputan Johor 2011

Program: Kejohanan Angkat Berat Tertutup dan Jemputan Johor
Tempat: Plaza Kotaraya, Johor Bahru, Johor
Tarikh: 17 Jun - 19 Jun 2011

Pada 17 Jun - 19 Jun 2011 yang lalu, pasukan Pelapis Angkat Berat Negeri Johor telah menyertai Kejohanan Angkat Berat Tertutup dan Jemputan Negeri Johor 2011. Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Negeri Johor ini telah disertai seramai 50 orang atlet dari 7 pasukan yang terdiri daripada pasukan Pelapis Johor, Johor Gemilang, Sabah, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, dan pasukan Singapura.

Pada kejohanan ini, pasukan Pelapis Negeri Johor telah menghantar 5 orang atlet yang terdiri daripada atlet bawah 16 tahun. Namun, amat mendukacitakan apabila 2 orang atlet Pelapis Johor tidak dapat bertanding kerana tidak memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Kejohanan pada kali ini, 2 orang atlet Pelapis Johor iaitu Mohd Zahrul Nizam dan Mohd Syafiq Abas telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berbanding jumlah angkatan yang dilakukan pada Karnival Pelapis Negeri 01/2011 di Kelantan pada bulan Mei yang lalu. Manakala, Mohd Akmal Md. Ali yang baru sahaja menyertai pasukan Pelapis Negeri Johor juga telah berjaya membuat angkatan untuk mencipta rekod peribadinya sendiri.

Kejohanan kali ini telah menyaksikan Mohd Zahrul Nizam berjaya menyumbangkan pingat perak kategori 56 kg untuk pasukan Pelapis Johor.




Sesi perkenalan peserta 56 kg


Sesi warm-up


Aksi Zahrul


Pemenang pingat


Pasukan Angkat Berat Pelapis Negeri Johor


..