28 February 2013

TID Sukan Skuasy Johor Bahru 2013

Pada 28 Feb 2013 , Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor , Persatuan Skuasy Johor,Institut Sukan Negara (ISN) dan Sportspin Event And Athlete Management Sdn Bhd telah menjalankan program mengenalpasti bakat sukan skuasy (TID) dan penubuhan Pusat Akademi skuasy Azlan Iskandar di Johor Bahru .

Program ini telah mendapat sokongan daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara iaitu Dato' Zolkples Embong dan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia iaitu Dato' Ahmad Shabery Cheek

Dianggarkan peserta yang terlibat semasa program dijalankan adalah seramai 115 pelajar. Berikut adalah maklumat tentang program yang dijalankan :-

Tarikh : 28 Februari
Masa : 9.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat : Dewanraya Taman Tun Aminah
Sasaran : Pelajar Sekolah sekitar Johor Bahru

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari serta mencungkil bakat-bakat baru untuk diserap ke Program Pelapis Johor,Sekaligus menjadi pelapis untuk mewakili negeri Johor di peringkat MSSJ,MSSM DAN SUKMA















25 February 2013

Penyerahan Bantuan Peralatan Latihan Bagi PLN Olahraga Negeri Johor

Tarikh: 13hb Februari 2013
Masa:4.00 P.M
Tempat: USPTN Johor
Kehadiran: JSM - Md Shah Bin Md Noh.

Pada 13hb feb yang lalu satu perjumpaan bersama jurulatih olahraga negeri Johor telah dilakukan.
Perbincangan mengenai hala tuju dan perancangan untuk tahun ini telah dibincangkan.sementara ini penyerahan bantuan peralatan juga diserahkan bagi membantu dan menaikan prestasi atlet pelapis olahraga negeri Johor.Diantara peralatan yang diserahkan adalah, training hurdles,mini hurdles, starting block dan thera band.diharap bantuan yang diberikan akan menaikan semangat dan prestasi atlet Pelapis Negeri Johor.






18 February 2013

Pemantauan Latihan Tinju

Tarikh : 15 Feb 2013
Masa : 5.00 petang
Tempat : PLN Tinju MSNJ
Kehadiran : 8 orang
turut hadir : Presiden PTAJ En Mohd      Kamarulzaman

Lawatan Ke PLN Angkat Berat

Tarikh:  17 Februari 2013
Masa: 4:00 petang hingga 8:00 malam

Lawatan bulanan ke pusat latihan negeri telah dibuat pada 17 Februari yang lalu. Pada lawatan ini, SDO  Black tidak sempat untuk melihat sesi latihan kerana dijalankan pada waktu pagi.

PLN angkat berat di Felda Pemanis 1 telah berubah wajah kerana telah dicat baru, dan kos mengecat telah ditanggung oleh Kelab Angkat Berat Felda Pemanis 1 dengan kerjasama pengurusan Felda Pemanis 1. Tiada sebarang masalah yang dilaporkan oleh jurulatih setakat ini, kecuali platform yang disalurkan oleh pihak Cawangan telah rosak. Namun, pihak Kelab Angkat Berat telah mengambil inisiatif untuk menggunakan semula getah pada platform yang telah rosak tersebut untuk diletakkan pada platform baru.

Pada lawatan kali ini juga, SDO Black dan JSM Zamzuri telah mengadakan perjumpaan dengan Encik Ismail di Bandar Segamat Baru. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk menerangkan dan membincangkan tentang cadangan bagi melantik Encik Ismail sebagai JSM angkat berat.

Perjumpaan dengan Encik Ismail 

Pusat latihan yang lebih ceria 

..

15 February 2013

BERBASIKAL TREK : ANAK JOHOR DITAJA AIR ASIA



PADA BULAN NOVEMBER 2012 YANG LEPAS 8 ORANG ATLET BERBASIKAL KEBANGSAAN TERMASUK SEORANG ANAK KELAHIRAN JOHOR IAITU MOHD FAKHRUDDIN BIN DAUD YANG JUGA MERUPAKAN BEKAS PELUMBA PELAPIS JOHOR TELAH DITERBANGKAN KE MELBOURNE, AUSTRALIA BAGI MENJALANI LATIHAN BERSAMA KETUA JURULATIH BERBASIKAL KEBANGSAAN NEGARA EN.JOHN BEASLY. SEMOGA LATIHAN INI DAPAT MENINGKATKAN PRESTASI ATLET BERBASIKAL NEGARA SERTA MENAIKAN SEMANGAT PELUMBA BASIKAL TERUTAMA DI NEGERI JOHOR MENJADIKAN MOHD FAKHRUDDIN BIN DAUD SEBAGAI IDOLA MEREKA UNTUK BERJAYA DALAM BIDANG SUKAN.
(AIR ASIA MAGAZINE CUTTING)


Pemantauan Latihan Taekwondo

Tarikh : 14.2.2013
Masa : 8.30 mlm
Tempat : PLN Teakwondo MSN Johor
Kehadiran : 13 

07 February 2013

TID Sukan Perahu Layar Daerah Felda Tenggaroh Mersing 2013

Pada 5 & 6 Februari, Unit Sukan Prestasi Tinggi Johor dan Persatuan Pelayaran Johor telah menjalankan 1 program TID Sukan Perahu Layar daerah Mersing bersama dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Negeri Johor

Antara sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini ialah:-

Sekolah Rendah Tenggaroh 2
Sekolah Rendah Tenggaroh 4
Sekolah Rendah Tenggaroh 5
Sekolah Rendah Tenggaroh 6

Program TID ini bertujuan untuk mencari bakat baru dalam sukan perahu layar memandangkan kawasan Tenggaroh Mersing adalah kawasan yang pling hmpir dengan PLN sukan perahu layar iaitu Tanjung Leman.Pelajar-pelajar yang terpilih akan mengikuti Klinik Asas perahu layar yang dijangka berlansung pada bulan March

Kerjasama daripada pihak sekolah amat memberangsangkan dan mereka menyambut baik program yang dianjurkan ini.

Terima kasih kepada pihak sekolah dan juga individu-individu yang terlibat kerana bersama-sama menjayakan program TID mersing tahun 2013.

1) En Abdul Razak Abu Bakar
Setiausaha Persatuan Pelayaran Johor

2) En Abdul Aziz Bin Hashim
Jurulatih PLN Sukan Perahu Layar

Sekian Terima Kasih




  SK Tenggaroh 2

 


                                                                      SK Tenggaroh 3



  SK Tenggaroh 3


Bersama-sama En Abdul Razak ( SU Persatuan Perahu Layar )
           En zainal (Guru Besar Sk Tenggaroh 3 )
           En Abd Aziz (Jurulatih PLN Pelayaran )

06 February 2013

PEMANTAUAN LATIHAN TERJUN


Pemantauan Latihan Harian Sukan Terjun



Tarikh : 1 & 4 Febuari 2013
Masa Latihan : 3.30 -6.30 ptg
Tempat : PLN Terjun Negeri Johor/ Stadium Larkin

Kehadiran :
1. Jurulatih : JLN Xu Ji / Pegawai ISN
2. Atlet : 6 Perempuan 3 Lelaki

Latihan
1. Drylan exercise
2. A,B,C Position tepi pool, 1 & 3 meter Springboard
3. 101A 101 C, 101 B (with & without harness)

4. Sirkit Training with ISN.


Ulasan
1. Pihak PPN hanya memantau sesi latihan dari jam 5.30 - 7.00 ptg, Latihan telah bermula jam 3.30 petang.

2. Bermula bulan Febuari ini jurulatih telah menjalankan 2 sesi latihan pagi & petang pada setiap hari Sabtu sahaja. Penambahan sesi latihan tersebut dijalankan di atas permintaan PPN sendiri setelah berbincang bersama JLN dan beliau tiada sebarang masalah untuk menambah waktu sesi latihan. Memandangakn sesi latiahan setiap hari dijalankan dari jam 3.30 - 7.00 petang kecuali hari ahad.

3. Semasa pemantauan kali ini PPN melihat ada beberapa orang atlet mula menunjukkan peningkatan prestasi yang mendadak. Jurulatih juga mula mengajar atlet-atlet tersebut dengan terjunan yang baru. Menurut JLN beliau hanya mengajar terjunan baru jika atlet tersebut dilihat sudah mempu membuat terjunan tersebut kerana jika tidak atlet tersebut boleh tercedera semasa membuat terjunan baru. Walaubagaimanapun semua atlet telah menunjukkan peningkatan yang baik sejak berlatih bersama JLN sedia ada. Pihak PPN berharap agar JLN tersebut tidak akan berputus asa melatih atlet sedia ada memandangkan beliau mempunyai sedikit masalah kemunikasi bersama atlet. Namun pihak JLN tersebut sendiri sedikit sebanyak cuba belajar memahami bahasa melayu bagi memudahkan beliau melatih atlet.

Laporan oleh : Siti Radziah Abd Sahar

Sesi Latihan di Kolam Renang MBJB




Sesi Latihan Bersama ISN