18 February 2013

Lawatan Ke PLN Angkat Berat

Tarikh:  17 Februari 2013
Masa: 4:00 petang hingga 8:00 malam

Lawatan bulanan ke pusat latihan negeri telah dibuat pada 17 Februari yang lalu. Pada lawatan ini, SDO  Black tidak sempat untuk melihat sesi latihan kerana dijalankan pada waktu pagi.

PLN angkat berat di Felda Pemanis 1 telah berubah wajah kerana telah dicat baru, dan kos mengecat telah ditanggung oleh Kelab Angkat Berat Felda Pemanis 1 dengan kerjasama pengurusan Felda Pemanis 1. Tiada sebarang masalah yang dilaporkan oleh jurulatih setakat ini, kecuali platform yang disalurkan oleh pihak Cawangan telah rosak. Namun, pihak Kelab Angkat Berat telah mengambil inisiatif untuk menggunakan semula getah pada platform yang telah rosak tersebut untuk diletakkan pada platform baru.

Pada lawatan kali ini juga, SDO Black dan JSM Zamzuri telah mengadakan perjumpaan dengan Encik Ismail di Bandar Segamat Baru. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk menerangkan dan membincangkan tentang cadangan bagi melantik Encik Ismail sebagai JSM angkat berat.

Perjumpaan dengan Encik Ismail 

Pusat latihan yang lebih ceria 

..

No comments:

Post a Comment