28 February 2013

TID Sukan Skuasy Johor Bahru 2013

Pada 28 Feb 2013 , Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor , Persatuan Skuasy Johor,Institut Sukan Negara (ISN) dan Sportspin Event And Athlete Management Sdn Bhd telah menjalankan program mengenalpasti bakat sukan skuasy (TID) dan penubuhan Pusat Akademi skuasy Azlan Iskandar di Johor Bahru .

Program ini telah mendapat sokongan daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara iaitu Dato' Zolkples Embong dan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia iaitu Dato' Ahmad Shabery Cheek

Dianggarkan peserta yang terlibat semasa program dijalankan adalah seramai 115 pelajar. Berikut adalah maklumat tentang program yang dijalankan :-

Tarikh : 28 Februari
Masa : 9.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat : Dewanraya Taman Tun Aminah
Sasaran : Pelajar Sekolah sekitar Johor Bahru

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari serta mencungkil bakat-bakat baru untuk diserap ke Program Pelapis Johor,Sekaligus menjadi pelapis untuk mewakili negeri Johor di peringkat MSSJ,MSSM DAN SUKMA















No comments:

Post a Comment