30 September 2009

JAMUAN MERAI PELAJAR UiTM MEJALANI LATIHAN AMALI

Tarikh : 30hb September 2009 / Rabu
Masa : Jam 1.00 tengahari
Tempat : LC Catering
Jemputan : Semua Staff USPTN Johor

Pihak USPTN Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Faizal kerana sudi menjalani latihan amali di USPTN Johor selama 3 bulan. Di harap di lain masa pihak UiTM dapat menghantar pelajaran lain bagi menjalani latihan amali di USPTN Johor / MSN Johor.

Tiada barang atau hadiah dapat diberi selain doa agar anda tersebut berjaya di dalam bidang yang akan ditempuhi.

Jasa dan kenangan anda selama 3 bulan akan kami hargai.




ini dia menu utama majlis..... ayam penyek.....



set menu ayam penyek....... sedap kan......?



antara staff USPTN Johor yang hadir..... Cik akma tak sabar nampak... tenung semacam je....



lapar sanggat lah tu.... ini lah dia jejak yang dirai.... faizal namanya....



sedap ye............ tambah-tambah lagi....

28 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGARAH MSNJ & PENGARAH CAWANGAN PELAPIS MSNM

Aktiviti : Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah Cawangan Pelapis dan Pengarah MSN Johor
Tarikh : 14hb September 2009 / 24 Ramadhan 1430h
Masa : 6.00 petang
Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan.



Tetamu jemputan yang turut sama berbuka bersama para atlet....... dri kanan, Tn Hj. Harun Ismail (Presiden Persatuan Tinju Amatur Johor), wakil Pengetua Sek. Men. Keb. Amirnuddin Baki Johor Bahru, Ustat yang membimbing majlis membudayakan al-quran, en ismail, tn hj ismail bin hj abdul rahaman (Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, En Jefri (Pengarah Cawangan pelapis MSNM, dan En khairuddin Wakli pengetua SSBP.



antara kakitangan usptn Johor bergambar kenangan bersama Pengarah MSN Johor



lepas makan.... main bunga api...hati-hati jgn sampai x balik raya nnt.......



bagus semuanya...... beratur utk mengambil juadah berbuka...... menu majlis:
1. Nasi Berani
2. Lauk Kambing masak kurma
3. Lauk ayam masak sambal
4. laksan Johor
5. Sate
6. Murtabak Johor
7. Kurma
8. 2 jenis kuih
9. Minuman sejuk dan panas



cerita permasalahan sukan di negara ini............ Pengarah Cawangan Pelapis (PCP), En Khairuddin (SSBP) dan fiszal (KU Johor).........



Pengarah Cawangan Pelapis MSNM memberi ucapan ringkat sebelum masuk berbuka puasa kepada para atlet supaya menjaga permakanan agar prestasi sentiasa di dalam keadaan bersedia dan fit........



para tetamu khusus mendengar amanat dari Pengarah Cawangan Pelapis. Jagn dengar telinga kanan keluar telinga kiri udah lah ye.....



para atlet dan tetamu menunaikan solat magrib berjemaah di aras 1 dewan makan akademi serantau zon selatan. Semoga mendapat keberkatan dari NYA.....



Bos jgn panjang sangat amanat tu.... waktu berbuka dah nak masuk.....

Pihak pengurusan akademi serantau zon selatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudiaan hadir dan memeriahkan majlis berbuka puasa ini.

sekian

PERSIAPAN MAJLIS BERBUKA PUASA ASZS

Tarikh : 14hb September 2009 / 24 Ramadhan 1430 H
Masa : 3.oo petang
Tempat : Halaman Akademi Serantau Zon Selatan

Semua kakitangan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dan Jurulatih serta atlet akademi serantau zon selatan sibuk membuat persiapan Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan Pengarah Cawangan Pelapis MSNM.



atlet-atlet & coacg aszs semua nya ringan tulang....... bagus...bagus....







15 September 2009

KAJIAN KELOMPOK DI BULAN RAMADHAN - ISN

Institut Sukan Negara dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan kajianan ke atas semua atlet di setiap negeri sepanjang bulan Ramadhan ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti beberapa faktor yang berkaitan dengan pengaruh puasa terhadap prestasi atlet yang beragama Islam. Selain itu, satu kesimpulan akan dibuat bagi membantu mengenalpasti permasalahan yang wujud dan mampu memberi penyelesaian terbaik demi kecermelangan sukan negara.

Bagi Negeri Johor, kajian telah dijalankan oleh Institut Sukan Negara Pusat Satelit Larkin dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor dan USPTN Johor yang melibatkan atlet SUKMA, Pelapis serta atlet-atlet yang terdapat dalam program sukan MSNJ dan MSNM. Proses pengumpulan data telah dilaksanakan bermula pada 7hb September 2009.

Tarikh : 11 September 2009
Tempat : Pusat Latihan Sukan Silat Olahraga Pelapis Negeri
 
Atlet Silat Olahraga di Taman Molek di bawah bimbingan Coach Ayub.

Tarikh : 12 September 2009
Tempat : Pusat Latihan Sukan Perahu Layar Pelapis Negeri
Sesi Suai Kenal Bersama Atlet dan Ibu Bapa

 
Perbincangan Pengisian Borang Soal Selidik Oleh En. Sarkawi (ISN Larkin)
Sekian, terima kasih kepada semua yang terlibat. Sokongan anda semua adalah diharapkan.

08 September 2009

SESI LATIHAN ATLET MEMANAH ASZS

Tarikh : Isnin / 7hb September 2009
Tempat : Pusat Latihan Sukan Memanah, Lapangsasar Memanah Negeri Johor





Coach Memanah Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) memberi sedikit taklimat sebaik tamat sesi latihan dan warm down. Pada bulan puasa ini, coach Pong akn menyediakan makan dan minuman kepada para atlet dia sendiri sebagai tambahan menu dan makan di waktu malam (mentong). Good Job Coach............




Pantang nampak camera pasti nak possing maut..... antara atlet yg menjalani latihan dgn tidak mengenali penat atau dahaga di waktu bulan puasa dan di bawah matahari.

04 September 2009

LATIHAN DI BULAN PUASA............




Walaupun berpuasa, para atlet pelapis serantau di akademi serantau zon selatan tetap menjalani latihan seperti biasa. Jurulatih pun tidak berkecuali training bersama atlet.

Sesi latihan telah diubah suai disepanjang bulan puasa ini. Dimana atlet memanah menjalani latihan seperti biasa sesi pagi dan sesi petang.

Atlet tinju dan olahraga menjalani latihan sesi petang dan sesi malam (selepas tarawih).

Go atlet pelapis jangan putus asa teruskan berusaha, tingkatkan semangat dan pastikan kejayaan kita yang punya.....