27 May 2010

PEMANTAUAN KERJA BAIK PULIH KELENGKAPAN LATIHAN TERJUN (HARNESS & TRAMPOLINE)

PEMANTAUAN KERJA BAIK PULIH KELENGKAPAN LATIHAN TERJUN

(HARNESS & TRAMPOLINE)
SETELAH 95% SIAP
DATE: 27 MEI 2010

MASA: 2.00pm



Sekali lagi pemantaun ke Kolam Renang MBJB Larkin telah dibuat, bagi memastikan kerja-kerja baik pulih kelengkapan latihan terjun berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, kerja-kerja baik pulih telah hampir siap 95%. Trampoline lama yang koyak telah ditukar baru. Harness juga telah lengkap dipasang dengan pukal dan tali yang diminta oleh Jurulatih. Namun disebabkan berlaku beberapa perubahan struktur dari yang asal dipasang, iaitu tambahan besi di kiri dan kanan tiang utama harnes tersebut. Pihak MBJB telah meminta pemasangan besi tambahan itu ditangguhkan sehingga mendapat kelulusan dari Datuk Bandar. Lakaran dari pihak kontraktor telah diberi kepada pihak MBJB seperti yang diminta untuk membuat ukuran jarak dari tiang utama ke besi yang menyokong di kiri dan kanan tiang tersebut. Pihak MBJB tidak mahu besi tersebut menggangu sebarang aktiviti yang akan dilakukan di koam terjun pada masa akan datang. Namun pihak SDO telah pun berbincang agar kelulusan dapat diberi dengan segera.
Diharap dengan adanya kemudahan ini, sukan terjun di negeri Johor akan bertambah maju dan menunjukkan prestasi yang baik. Tiada lagi alasan tiada peralatan latihan dan lain-lain. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu terutamanya di dalam memberi kelulusan membaik pulih kelengkapan ini. USPTN Johor akan memastikan penerjun Malaysia bakal dilahirkan dari negeri Johor Darul Ta'zim. Sekian Terima Kasih.


TIANG YANG TELAH DIUBAH KEDUDUKAN LEBIH SELARI



HARNESS 1METER SPRINGBOARD

HARNESS 3METER SPRINGBOARD


BESI SOKONGAN TIANG UTAM MASIH BELUM DIPASANG
TALI DAN PUKAL YANG SESUAI TELAH DIPASANG



TRAMPOLINE YANG TELAH SIAP DIGANTI


TRAMPOLINE DITUTUP AGAR KURANG PANAS DAN MENGELAKKAN KETIKA HUJAN

25 May 2010

PEMANTAUAN KERJA BAIK PULIH KELENGKAPAN LATIHAN TERJUN (HARNESS & TRAMPOLINE)


PEMANTAUAN KERJA BAIK PULIH KELENGKAPAN LATIHAN
(HARNESS & TRAMPOLINE)
MASA: 3.00 PM
TARIKH : 25 MEI 2010

Bermula 19 Mei lalu, kerja-kerja baik pulih kelengkapan terjun telah mula dijalankan di Kolam Renang MBJB Larkin. Kerja-kerja dilakukan dengan menjalankan perbincangan yang terperinci terlebih dahulu diantara pihak kontraktor dan jurulatih agar kesilapan yang lalu tidak berulang lagi. SDO telah berbincang bersama kontraktor tersebut akan kesesuaian tali yang digunakan serta besi untuk menyokong besi sedia ada agar lebih kukuh dan tidak mudah bergoyang agar langkah-langkah keselamatan atlet semasa latihan kelak dapat diberi keutamaan. Pihak mereka juga menganggarkan sekurang-kurangnya akhir minggu ini kerja-kerja baik pulih dapat diselesaikan. Namun kerja-kerja pembersihan di sekitar kolam tersebut amat di beri perhatian oleh pihak MBJB, namun segala kerja-kerja pembersihan akan dijalankan selepas selesai kerja-kerja membaik pulih. Sekian terima kasih.




Trampoline yang berkarat sudah dicat.



Lubang yang baru telah ditebuk


Pihak kotraktor sedang memateri besi yang lama untuk dialihkan kebelakang sedikit



Lubang yang lama telah disimen semula agar nampak lebih kemas.



Kerja-kerja baik pulih.

19 May 2010

SIRKIT 3 REMAJA BOWLING JOHOR

KEJOHANAN BOLING MSNJ/USPTN/PSTBJ DAN IBU-BAPA USPTN
SIRKIT REMAJA JOHOR 2010
SIRKIT 3/ PACIFIC BOWL, BATU PAHAT MALL JOHOR

17 Mei 2010, Pacific Bowl , Batu Pahat Mall, Batu Pahat Johor telah menjadi vanue Kejohanan Boling MSNJ/USPTN/ PSTBJ/ Ibu-bapa USPTN bagi Sirkit 3. Sirkit ini merupakan sirkit yang ketiga selepas Sirkit 2 di Ole2 Bowl, Kulai Johor. Kejohanan ini telah menarik minat peserta dari seluruh daerah Negeri Johor termasuk dengan penyertaan dari Sekolah Sukan Bandar Penawar Kota Tinggi Johor. dan penyertaan pada kejohanan ini mempamerkan taring sekolah Sukan Bandar Penawar yang mengungguli kategori bawah 15 tahun lelaki dan perempuan. Selain itu juga, Sirkit 3 ini juga merupakan penyertaan yang paling tinggi berbanding pada sirkit 1 dan sirkit 2..Ini membuktikan kejohanan ini semakin mendapat perhatian dari atlet seluruh Negeri Johor. Berikut adalah jumlah penyertaan mengikut kategori :-

B12 lelaki =21 orang
B12 perempuan = 16 orang
B15 lelaki = 31 orang
B15 perempuan = 27 orang
B18 lelaki = 30 orang
B18 perempuan = 10 orang
Jumlah Keseluruhan = 135 orang peserta


Pendahulu Gp Point bawah 18 tahun Muhammad Mizan Bin Abd Rahman kembali berada di kedudukan teratas setelah berjaya kembali menjadi juara bawah 18 tahun lelaki dengan mengalahkan peserta dari Kluang Muhd Nurafiq Bin Azni dan peserta ditempat ketiga iaitu Muhammad Izzat Syahmi dari Kulai Jaya. Muhammad Mizan yang kecewa dengan prestasi di Sirkit 2 kembali menebus kehampaan tersebut dengan memenangi kategori bawah 18 tahun dan meletak beliau ditempat pertama rangking point semasa. Manakala jatuhan pin yang tertinggi pula bagi kategori bawah 18 tahun dimenangi oleh Muhd fareed dari dareah Batu Pahat dengan jatuhan pin tertinggi iaitu 227.

Setelah kecewa ditempat ketiga di Sirkit 2 Kulai bulan lalu, Saidatul Munawarah telah menebus kehampaan tersebut dengan menjuarai katagori bawah 18 tahun perempuan dengan mengalahkan rakan sepelatih di Program Pelapis Negeri iaitu Syamim Bt Jaini ditempat kedua dan Pemenang bagi MSSJ 2010 Salmi Suhana dari daerah Muar ditempat ketiga.Saidatul juga telah mengungguli acara jatuhan pin tertinggi pada sirkit 3 ini dengan membuat jatuhan pin tetinggi iaitu 223 jatuhan pin di game yang kelima.




Manakala bagi katogori bawah 15 tahun menyaksikan kegarangan peserta-peserta dari Sekolah Sukan Bandar Penawar Kota Tinggi Johor dengan meyapu bersih kategori bawah 15 tahun perempuan dan lelaki. Najwa Asyikin Bt Abdul Jalil menjadi Johan bagi kategori bawah 15 tahun perempuan diikuti tempat kedua Noor Syairah Bt Amran dan ditempat ketiga Syazana Aqilah ditempat keempat. Pada Kejohanan ini seramai 21 orang atlet Sekolah Sukan Bandar Penawar telah turut serta. 20 orang bermain di kategori bawah 15 tahun dan seorang bawah 18 tahun. Manakala Rabiatul Adawiyah bt Nasir telah menyekat penguasaan bawah 15 tahun perempuan SSBP dengan mengungguli jatuhan pin tertinggi iaitu 222 pada game yang ketiga.


Juara baru bagi kategori bawah 15 tahun lelaki iaitu Ahmad Aidil dari Sekolah Sukan Bandar Penawar ternyata bukan lawan bagi peserta -peserta lain dan jelas berada di kelas yang tersendiri. Ahmad Aidil telah mengalahkan rakan sepelatih dari Sekolah Sukan Bandar Penawar iaitu Abdul Basit ditempat kedua dan Mohd Amirul Qaiyum dari Batu Pahat ditempat ketiga.
Juara kategori bawah 15 tahun lelaki Sirkit 2 iaitu Amirul Hafiz Bin Noor Haizat hanya mampu berada di tempat keempat.

Hasrat Fais Imadi Bin Daud untuk muncul peserta pertama membuat hatrik memenangi acara bawah 12 lelaki tidak kesampaian setelah di kecewakan oleh Mohd Fitri Bin Masri yang juga dari daerah Segamat. Mohd Fitri bin Masri akhirnya berjaya menembusi tembok yang dibina oleh Faris Imadi Bin Daud juga dari Segamat dengan menjuarai Bawah 12 tahun lelaki. Faris Imadi manjadi naib johan dan tempat ketiga dimenagi oleh peserta yang juga dari daerah Segamat iaitu Mohd Shahrul Asyraf.





Penatian dan kesabaran untuk muncul juara kategori bawah 12 tahun perempuan akhir lah terlaksana di sirkit 3 bagi Arissa Zharira Bt Ahmad Zhafreen dari daerah Segamat.

Peserta dari Segamat ini yang sebelum ini N. Johan di Sirkit 2 telah berjaya menjadi juara mengalahkan Johan Sirkit 2 Izzliyana Bt Salim dari Johor Bahru ditempat kedua. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Syazwani Bt Abd Razak dari Daerah Kluang. Arissa membawa pula pulang hadiah bagi kategori bawah 12 tahun dan hadiah bagi jatuhan pin tertinggi bawah 12 tahun perempuan dengan jatuhan pin 181.

Peserta Bawah 12 tahun lelaki

Peserta bawah 15 tahun lelaki




peserta bawah 12 tahun lelaki


Tahniah kepada para pemenang-pemenang di sirkit 3 dan kepada ajk, ibu-bapa dan guru-guru yang terlibat diucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan pengorbanan tuan/ puan/ saudara dan saudari dalam menaikan mutu sukan boling negeri Johor. Jumpa lagi tuan/ tuan di Sirkit 4/ Ampang Superbowl, Leisure Mall Johor Bahru paga 26 Jun 2010

SIRKIT 2 REMAJA BOWLING JOHOR

KEJOHANAN BOLING MSNJ/USPTN /PSTBJ/ IBUBAPA
SIRKIT REMAJA JOHOR 2010
SIRKIT 2/ OLE2 BOWL IOI MALL KULAI LEG
17 APRIL 2010
Kejohanan Boling MSNJ/ USPTN/PSTBJ/Ibu- Bapa USPTN yag kedua (2nd Leg) telah didadakan di Ole-Ole Bowl, IoI Mall Kulai Johor. Kejohanan dimana mendapat kerjasama baik dengan pihak Ole2- Ole2 Bowl, Ibu-bapa dan guru-guru dari seluruh Daerah Negeri Johor. Penyetaan bagi 2nd Leg adalah sepertimana berikut :-

Bawah 12 tahun lelaki = 21 orang
Bawah 12 tahun perempuan = 15 orang
Bawah 15 tahun lelak =33 orang
Bawah 15 tahun perempuan=20 orang
Bawah 18 tahun lelaki = 27 orang
Bawah 18 tahun perempuan= 7 orang

Jumlah keseluruhan = 127 orang

Selain itu juga, pihak Ole2 Bowl juga telah memberi sumbangan penyediaan bagi Piala Pusingan pada Sirkit Akhir bagi setiap kategori yang dipertandingkan.


Kategori bawah 18 tahun perempuan pula dimenangi oleh peserta dari daerah Kluang iaitu Liyana Putri Bt Suhaimi yang mengalahkan peserta dari Johor Bahru iaitu Syamim Bt Jaini ditempat kedua dan Saidatul Munawarah Bt Abd Matin ditempat ketiga. Jatuhan pin tertinggi pula dimenangi oleh Syamim Bt Jaini yang membuat jatuhan pin sebanyak 191 jatuhan pin.





Mohd Shahrizal Aminuddin daripada daerah Pasir Gudang telah berjaya mendominasi kategori bawah 18 tahun lelaki dengan menumpaskan peserta ditempat kedua iaitu Muhammad Izzat Syahmi dari Kulai Jaya dan tempat ketiga peserta dari daerah Muhammad Azri Syukri Bin Mohd Razif dari Batu Pahat. Selain itu juga, Mohd Shahrizal juga mengungguli acara jatuhan pin tertinggi bawah 18 tahun lelaki dengan membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 246 jatuhan pin.



Bagi kategori bawah 12 tahun perempuan pula dimenangi oleh Izzliyana Bt Salim dari Daerah Johor Bahru. Izzliyana mengalahkan pemain ditempat kedua iaitu Arissa Zharifa Bt Ahmad Zhafreen dari segamat ditempat kedua dan Nurul Athirah dari Pasir Gudang ditempat ketiga. Manakala bagi kategori jatuhan pin tertinggi bawah 12 tahun perempuan dimenangi oleh Anis Nur Fathihah Bt Hanafi dari daerah Pasir Gudang dengan 194 jatuhan pin.





Tidak dinafikan lagi pemenang bagi kategori bawah tahun lelaki dimana juara di Sirkit 1 Johor Bahru iaitu Faris Imadi Bin Daud dari daerah Segamat telah mengekalkan kejuaraan kedua kali ini di Sirkit 2 Ole2 Bowl IOI Mall Kulai Johor. Mohd Faris telah mengalahkan pemain dari Batu Pahat iaitu Teng Koi Yong yang pertama kali bermain di Sirkit 2 ditempat kedua dan tempat ketiga diungguli oleh peserta dari daerah Kluang Mohd Azri Bin Azni. Manakala bagi Kategori jatuhan pin tertinggi Lelaki bawah 12 tahun dimenangi oleh Mohd Fitri Bin Masri dari daerah Segamat.


Amirul Hafiz Bin Noor Haizat muncul pemenang bagi kategori bawah 15 tahun lelaki setelah kecewa pada sirkit 1 di Johor Bahru. Amirul Hafiz yang menduduki n. johan pada sirkit 1 JB akhirnya berjaya menjadi juara pada sirkit 2 mengalahkan rakan sepelatih di Program Pelapis Negeri iaitu Mohd Zareef Bin Abd Matin dari daerah Batu Pahat dan ditempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Sekolah Sukan Bandar Penawar. Manakala bagi acara jatuhan pin tertinggi di menangi juga oleh Amrul Hafiz Bin Noor Haizat dengan jatuhan pin sebanyak 256 jatuhan pin.







Nur Amira irdeena Bt Mohd Rafi muncul peserta pertama bagi kategori perempuan bawah 15 tahun yang mana muncul sebagai juara di Sirkit 1 dan Sirkit 2..Nur Amira muncul juara mengalahkan peserta ditempat kedua iaitu Nur Syafiqa Mustafa daripada Johor dan Nur Alwany Bt Lahat Dadok dari Johor Bahru. Selain itu juga, Nur Amira Irdeena juga mengungguli kategori Jatuhan Pin tertinggi Perempuan Bawah 15 tahun dengan jatuhan pin senbanyak 224 pin.







peserta bawah 12 tahun perempuan

Peserta bawah 12 tahun lelaki


Peserta bawah 15 tahun perempuan




                                                                          Peserta bawah 18 tahun

terima kasih diucapkan kepada guru-guru, ibu bapa dan ahli jawatankuasa yang sama -sama terlibat secara langsung bagi menaikan mutu sukan boling di Negeri Johor.

18 May 2010

PEMANTAUAN PPN - SUKAN MENEMBAK

TARIKH : 13HB MEI 2010
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK BATU PAHAT, JOHOR
PESERTA : PPN, 2 PEGAWAI ISN, 15 ATLET & 3 JURULATIH


Pemantauan secara berkala dilakukkan bagi meninjau sesi latihan serta program yang dijalankan oleh jurulatih bagi persediaan menghadapi Temasya Sukan Malaysia 2010 di Melaka. Perjumpaan bersama atlet dan perbincangan bersama jurulatih diadakan bagi memastikan tiada masalah dan kekangan yang dihadapi.  

Latihan

Kehadiran atlet amatlah memuaskan dan hanya terdapat segelintir atlet yang hadir lewat jam 6.00 petang berikutan aktiviti di sekolah dan menghadiri tusyen. Semasa pemantauan dijalankan, hanya tinggal 4 orang atlet yang masih menjalani latihan iaitu adik Nurheidiyatun, Nik Ai'mullah, Mohd Muhly dan Ong Zheng Shen. Pada kali ini, kebanyakan atlet menjalani latihan simulator bagi atlet pistol dan air rifle. Semasa kehadiran saya, hanya adik Mohd Muhly yang menjalani latihan menggunakan pellets / peluru sepanjang sesi latihan air rifle. Manakala, atlet-atlet lain sudah selesai menjalani latihan dan bersedia untuk sesi pengenalan bersama pegawai-pegawai ISN iaitu Cik Risnainy dan Cik Azura.


Persekitaran Latihan

Kemudahan dan kelengkapan peralatan baru telah diterima. Ini membolehkan atlet dapat menyesuaikan diri dengan peralatan tersebut dan menjalani latihan dengan selesa. Manakala, kerosakan siling di ruang 10M yang lalu telah dibaiki, namun ruang tersebut perlu dibaiki secara keseluruhan kerana beberapa kawasan telah menunjukkan kesan akan berlaku kerosakan yang sama. Jurulatih turut memaklumkan bahawa kerosakan senjata masih dialami terutama kepada senjata api jenis air rifle. Perkara ini telah dilihat saya sendiri sewaktu jurulatih Mr. Nikolaev Victor memperbaiki kerosakan senjata milik Mohd Shahril Sahak.


Program Bersama ISN

2 orang pegawai ISN iaitu Cik Risnainy (Pegawai Pemakanan) dan Cik Azura (Pegawai Psikologi) telah turut mengikuti PPN dalam sesi pemantauan pada kali ini. Cik Risnainy telah membekalkan atlet-atlet Sukan Menembak dengan supplements dan memberi penerangan berkenaan pemakanan yang seimbang bagi Sukan Menembak. Manakala, Cik Azura telah menjalankan beberapa sesi psikologi bagi atlet-atlet tersebut sebagai motivasi diri. Saya berharap agar sesi bersama pihak ISN akan terus berlanjutan demi meningkatkan mutu Sukan Menembak Negeri Johor.


Cadangan

Jurulatih mencadangkan agar menjalani latihan Pra Sukma seminggu awal di Melaka bagi persediaan atlet ke Temasya Sukan Malaysia XIII, Melaka. Ini membolehkan para atlet menyesuaikan suasana dan keadaan pertandingan terlebih dahulu. Perkara ini telah diambil tindakan oleh pihak Sekretariat SUKMA Johor 2010.
Sekian, terima kasih kepada semua yang terlibat.

Laporan disediakan oleh Norasikin Ebrahim

13 May 2010

KEKOSONGAN JAWATAN

IKLAN JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 
DI UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR, 
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. (a)Jawatan : Pembantu Am Pejabat
    (b) Kementerian/Jabatan : Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor, Majlis Sukan Negara Malaysia
    (c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
    (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

2. Jadual Gaji :
    Gred Jadual Gaji Matriks
    Gred N1 : P1T1 RM649.15 - P1T22 RM1506.79

3. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:
    (a) Warganegara Malaysia;
    (b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    (c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf   
             setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
         (ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan
4. Deskripsi Tugas : Mengendalikan urusan penghantaran dan pengambilan surat, membuat kerja-kerja  fotokopi, menjaga kebersihan pejabat dan menjalankan tugas- tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

5. Cara Memohon:
    5.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang disediakan yang boleh dimuat turun (untuk memuturun click di sini) atau boleh diperolehi di Pejabat Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor di alamat seperti berikut:

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Aras 1, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos (Stadium Larkin)
Jalan Dato' Jaffar,
80350 Johor Bahru, Johor

    5.2 Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF
          BESAR.

    5.3 Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terkini berukuran pasport, salinan  sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan serta sijil tamat persekolahan.

    5.4 Permohonan daripada pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan 17, Peraturan–peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan hendaklah disertakan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2008 serta salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini.

    5.5 Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sebelah atas sampul surat dengan jelas dan terang.

6. Permohonan yang tidak lengkap seperti berikut akan diTOLAK:
        6.1 Tidak menggunakan Borang yang disediakan
        6.2 Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
        6.3 Tidak lengkap, tidak terang dan tidak ditandatangani oleh calon;
        6.4 Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
        6.5 Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.

7. Permohonan hendaklah sampai di alamat berikut sebelum atau pada 14 JUN 2010.

Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Aras 1, Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos,
Jalan Dato' Jaffar,
80350 Johor Bahru, Johor D.T

10 May 2010

CIMB RISING STARS NATIONAL JR CIRCUIT - 3RD LEG

TARIKH : 6 - 9 MEI 2010
TEMPAT : GELANGGANG SQUASH MSP, KUANTAN, PAHANG
PESERTA : 2 JURULATIH & 7 ATLET

Seramai 7 orang atlet iaitu 5 orang atlet lelaki dan 2 orang atlet wanita telah menyertai Kejohanan 3rd CIMB Rising Stars Jr. Circuit pada 6hb hingga 9hb Mei 2010 bertempat di Pahang Squash Academy, Gelanggang Squash MSP, Kuantan, Pahang dengan iringan 2 jurulatih iaitu Syahrin Siva Hj Salim dan Nur Aziah Binti Omar.

Kiri : Adik Ahmad Sufyan menduduki ranking pertama B/U 9

Pada kejohanan ini, tahniah diucapkan kepada adik Ahmad Sufyan Bin Rusli yang telah menduduki Ranking teratas bagi kategori Boys Under 9 buat pertama kalinya. Ini sedikit sebanyak telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik bagi Sukan Skuasy Negeri Johor. Saya berharap agar atlet-atlet yang lain turut mengikut jejak adik Ahmad Sufyan. Untuk makluman, seramai 5 orang atlet yang layak ke 4th Leg CIMB Rising Stars yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 25hb hingga 27hb Jun 2010. 

Gambar semua pemenang dalam setiap kategori
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Sekian.

TUN HANIFF OMAR TROPHY / SPORT EXCEL 4TH JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIPS

TARIKH : 2 - 9 MEI 2010
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK KEBANGSAAN, SUBANG
PESERTA : 2 JURULATIH & 21 ATLET

Pasukan Menembak Negeri Johor telah meraih tempat pertama dalam Kategori Remaja Sport Excel dengan pungutan pingat 6 - emas, 1 - perak dan 5 - gangsa. Manakala bagi Kategori Terbuka, Johor menduduki ranking ke -4 dengan pungutan pingat 3 - emas, 3 - perak dan 1 - gangsa. Ini menjadikan pungutan pingat keseluruhan yang diraih dalam kejohanan tersebut adalah 9 - emas, 4 - perak dan 6 - gangsa. Ini merupakan kejayaan yang amat bermakna bagi semua atlet dan jurulatih Sukan Menenmbak Negeri Johor. 

Seramai 21 orang atlet termasuk atlet SUKMA Negeri Johor dan Pelapis Negeri Johor telah menyertai kejohanan tersebut dibawah seliaan 2 orang jurulatih iaitu En. Subari Bin Ariffin dan Mr. Nikolaev Victor. Pada kejohanan kali ini, adik Mohd Shahril Sahak telah melepasi mata kelayakan ke Temasya Sukan Komanwel dalam acara air rifle (588) apabila memperoleh mata 590. Manakala bagi acara 50m air rifle prone berpasukan, gandingan adik Mohd Shahril Sahak, Nik Muhammad A'imullah Supardi dan Mohd Muhly Ibrahim Shah telah berjaya memperbaharui dan mencipta rekod baru kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Menembak Negeri Johor sepanjang penyertaan kejohanan tahun 2010. Semoga kejayaan pada kejohanan kali ini dapat dikekalkan dan dijadikan semangat juang untuk menghadapi Temasya Sukan Malaysia XIII di Melaka pada Jun nanti.

UPDATE : KEJOHANAN KFC - JOHOR OPEN REGATTA 2010

TARIKH : 30 APRIL - 2 MEI 2010
TEMPAT : PANTAI PASIR LAYAR, TG. LANGSAT, PASIR GUDANG
PESERTA : 1 PENGURUS, 3 JURULATIH & 28 ATLET

Johor Yatching association (JYA) dibawah Malaysia Yatching Association dengan kerjasama Tanjung Langsat Port Sdn. Bhd. dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menganjurkan Kejohanan KFC - Johor Open Regatta 2010 pada 30hb April hingga 2hb Mei 2010 bertempat di Pantai Pasir Layar, Tangjung Langsat, Pasir Gudang, Johor. 

Seramai 28 orang atlet Pelayaran Negeri Johor telah menyertai kejohanan tersebut termasuk 7 orang atlet Sukma dan 21 orang atlet Pelapis Negeri Johor dibawah Program USPTN Johor. Pelapis Negeri Johor telah memperoleh 3 pingat emas dan 3 pingat gangsa sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga kejayaan ini akan dikekalkan sehingga Temasya Sukan Malaysia XIII di Melaka.


Tahniah diucapkan kepada semua atlet serta semua jurulatih yang sentiasa bertungkus lumus dalam menjalani latihan dan mencapai kemenangan. Sekian, terima kasih.

09 May 2010

LATIHAN PUSAT PASUKAN SKUASY MSSD JB KE KEJOHANAN SKUASY MSSJ 2010

Dimaklumkan bahawa Kejohanan Skuasy MSSJ 2010 akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

TARIKH      : 11HB - 13HB MEI 2010
HARI           : SELASA, RABU DAN KHAMIS
MASA         : 8.00 PAGI - 6.00 PETANG
TEMPAT     : GELANGGANG SKUASY MERCURY HOTEL, KULAI

Manakala, atlet-atlet Pasukan Johor Bahru seramai 24 orang telah terpilih menjalani latihan pusat selama 3 hari untuk memantapkan lagi persediaan ke kejohanan tersebut dengan diselia oleh 11 orang pegawai sepertimana berikut :

TARIKH      : 06, 07 dan 10 MEI 2010
HARI           : KHAMIS, JUMAAT DAN ISNIN
MASA         : 3.00 PETANG - 6.00 PETANG
TEMPAT     : GELANGGANG SKUASY DEWAN RAYA MPJBT, TUTA, SKUDAI


Oleh itu, saya mendoakan agar para peserta yang mewakili Daerah Johor Bahru agar berjaya dalam kejohanan ini.

Sekian, terima kasih.

07 May 2010

KEJOHANAN PERAHU LAYAR THAILAND GULF 2010

KEJOHANAN PERAHU LAYAR THAILAND GULF 2010

Untuk makluman semua, atlet perahu layar Malaysia yang berasal dari Pusat Latihan Perahu Layar Negeri Johor (Pelapis) dan kini menetap di Pusat Latihan Perahu Layar Malaysia di Langkawi telah mendapat keputusan yang baik di Kejohanan Perahu Layar Thailand Gulf 2010. Mereka adalah: -

1. Mohd Amirul Shafiq Md Jais - No 3.
2. Nurul Izzatul Akmar - No 4, Optimist Wanita
3. Zamri dan Hanafi - Acara 420 : No 3


Sekalung Tahniah kepada mereka semua. Terima Kasih kepada En Aziz (Jurulatih Perahu Layar Johor di atas maklumat ini).


KEJOHANAN MSS DAERAH JOHOR BAHRU 2010 - SUKAN SKUASY

TARIKH : 29 - 30 APRIL 2010
TEMPAT : GELANGGANG SKUASY DEWAN RAYA TUTA, SKUDAI
PESERTA : 83 ORANG ATLET

Kejohanan Sukan Skuasy MSS Daerah Johor Bahru telah diadakan pada 29hb hingga 30hb April 2010 bertempat di Gelanggang Skuasy Dewan Raya MPJBT Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Kejohanan ini telah melibatkan seramai 83 orang penyertaan dengan 3 kategori dipertandingkan iaitu Kategori Bawah 12, Bawah 15 dan Bawah 18 bagi Lelaki dan Wanita. Manakala, atlet-atlet yang berlatih dibawah program Pelapis Negeri Johor turut terlibat dalam kejohanan tersebut seramai 20 orang atlet. 

Antara yang terlibat sepanjang MSSD JB

Sebanyak 16 buah sekolah yang terlibat termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah sepertimana berikut:
Ucapan tahniah kepada jurulatih, pegawai teknik sukan skuasy dari Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan guru-guru serta atlet-atlet yang terlibat sepanjang kejohanan ini. 

Sekian, terima kasih.